tag:blogger.com,1999:blog-2319007409541798376.post2818997461714322736..comments2023-09-09T04:24:21.576-07:00Comments on Asiah Kuzaiman: INI BARU POLITIK ISLAM.POLITIK RASULULLAH SAWAyanehttp://www.blogger.com/profile/14667288742088705909noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-2319007409541798376.post-44031946805037663932013-09-25T21:17:50.288-07:002013-09-25T21:17:50.288-07:00Politik itu sbenarnya percaturan @ game plan utk m...Politik itu sbenarnya percaturan @ game plan utk mengambil alih kuasa atau utk kekal berkuasa. Dimana percaturan ini melibatkan strategi, pendekatan atau taktik dlm mempengaruhi individu @ masyarakat bertujuan utk mencapai sesuatu yg dikendaki. Boleh rujuk/semak mana2 pakar sains politik tentang hal ini.

Sbb tu yg kita boleh tgk skng bermacam2 pendekatan, cara dan taktik diguna. Ada yg tabur duit, ada yg fitnah, menghasut, berbohong...bermcm percaturan kita tgk, asalkan boleh menang. Suka atau tidak, itu lah menjadi amalan dlm berpolitik. Sedangkan nabi kita tidak membuat percaturan begitu. Baginda mengikut setiap wahyu dgn sempurna sehingga Addin itu tertegak melalui jln nya. Bukan dgn berpolitik. Malah baginda telah menunjukkan perkara ini dlm sirah baginda dimana baginda pernah ditawarkan berbagai2 tawaran seperti harta, pangkat, kuasa oleh pembesar2 quraysh dgn syarat baginda tidak meneruskan perjuangan baginda. Jika baginda berpolitik, boleh saja baginda menggunakan kesempatan ini utk melaksanakan Addin. Namun kerana baginda benar2 faham Addin tidak tertegak melalui cara begitu, maka baginda menolak tawaran2 itu dgn jelas, sekalipun baginda ditawarkan bulan di tangan kiri dan matahari di tangan kanan.

Segala tindakan baginda adalah mengikut wahyu, bukan mengikut kehendak persekitaran atau bukan kerana mahu mendptkan kedudukan kuasa walaupun atas dasar bertujuan menegakkan Addin. Jadi amatlah tidak benar jika mengatakan Rasulullah berpolitik atau politik itu dari Islam. Sangguhkah kita sebagai umat baginda mengatakan sesuatu yg tidak benar (fitnah) terhadap diri baginda? Jgn kerana kita mahu terjebak dgn politik,

kita mengaitkan nama Rasulullah dgn mengatakan sesuatu yg tidak benar tentang diri baginda.

Ada yg menyatakan baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain. Ini adalah benar, namun kedudukan baginda dlm urusan2 tersebut bukan atas dasar berpolitik apatah lg atas dasar seorang ahli politik. Seperti yg sy sudah nyatakan tadi, baginda melakukan urusan2 tersebut kerana melaksanakan wahyu secara sempurna. Politik itu bukanlah urusan pentadbiran tetapi politik itu percaturan ini melibatkan strategi, pendekatan atau taktik dlm mempengaruhi individu @ masyarakat bertujuan utk mencapai sesuatu yg dikendaki termasuk kedudukan pangkat, kuasa dan harta.Gempitahttps://www.blogger.com/profile/01849245332885388796noreply@blogger.com