Monday, November 22, 2010

BINATANG pom ade PESBUK??


Kalau binatang ada Pesbuk, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......

Cicak: Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk: Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak: Isteriku tersepit dipintu.. :'(

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam: Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....muuaahhh.. I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa..

Cicak: Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sapa nak ikot?

Katak: Malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Ular: Rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang. Hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku b*ngang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles...

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni... Aduhaii...

Kera: Semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah..

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut..

Kucing: Update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther curik ikan bawal kepunyaan Kak Lela Majnun. ..

Lipas: Merasmikan pengunaan kepak baru. Sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kena tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan Cik Cicak..eee seram nyeee....

Itik serati: hahahhaa.. lawak2 ayam serama tu ada hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku la tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tangki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok!

Ikan Jerung: Kenapa takdak sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah... (-__-)

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah Remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: Macam mana nak kurus nie?

Udang: Nasib baik aku xda tulang, xda la sakit badan..

Sotong: Trauma la aku bila dgr perkataan 'salut tepung'..


Sunday, November 21, 2010

my life would suck without you..


Guess this means you’re sorry
You’re standing at my door
Guess this means you take back
All you said beforeAlign Center
Like how much you wanted
Anyone but me
Said you’d never come back
But here you are again

Cuz we belong together, yeah
Forever united here somehow, yeah
You got a piece of me
And honestly,
My life would suck without you

Maybe I was stupid for telling you goodbye
Maybe I was wrong for tryin’ to pick a fight
I know that I’ve got issues
But you’re pretty messed up too
Either way, I found out I’m nothing without you

Cuz we belong together, yeah
Forever united here somehow, yeah
You got a piece of me
And honestly,
My life would suck without you

Being with you is so disfunctional
I really shouldn’t miss you
But I can’t let you go
Oh yeah

Cuz we belong together, yeah
Forever united here somehow, yeah
You got a piece of me
And honestly,
My life would suck without you

Cuz we belong together, yeah
Forever united here somehow, yeah
You got a piece of me
And honestly,
My life (my life) would suck (would suck) without you

Saturday, November 20, 2010

erk??

Urat kaki bersimpul
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
pix_middle

MEMANG kasihan melihat sesetengah orang terutama wanita hamil, khususnya yang berbadan besar, mempunyai masalah urat kaki bersimpul kerana ia bukan saja membuatkan kaki nampak ‘mengerikan’, juga individu berkenaan berasa sakit apabila berjalan atau berdiri lama.

Masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos boleh dilihat dengan jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul pada permukaan kulit kaki, terutama di betis dan buku
lali.





.




PETUA... jaga berat badan dan amal senaman berkala.

Biasanya ia tidak serius tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan pelbagai masalah sehingga membuatkan seseorang sukar berjalan.

Istilah vena varikos diambil daripada perkataan ‘varix’ yang bermaksud simpul dan vena pula merujuk kepada salur darah. Salur darah utama dalam badan kita (juga dipanggil pembuluh darah) boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu arteri dan vena.


Arteri adalah salur yang membawa darah beroksigen dari jantung ke bahagian badan yang lain, manakala vena pula membawa darah tanpa oksigen kembali ke jantung.


Menurut Pakar Bedah Vaskular dan Endovaskular Pusat Perubatan Tropicana, Dr Lee Soon Khai, semua pembuluh darah berpotensi untuk bersimpul tetapi salur darah yang paling berisiko adalah di bahagian kaki.

Masalah urat kaki bersimpul timbul apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah.

Pada keadaan semula jadi, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.

Selepas darah melalui injap, ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir balik ke kaki (aliran songsang). Apabila injap ini lemah, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlakulah aliran songsang darah.

Darah yang sepatutnya mengalir ke jantung akan berpatah balik dan berkumpul di dalam salur darah di kaki. Akibatnya, lama-kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat yang akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembung, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit.

“Pada peringkat awal, pesakit yang mengalami masalah urat kaki bersimpul biasanya mengalami kesakitan dan bengkak pada bahagian kaki.

“Sesetengah pesakit boleh mengesan masalah mereka kerana urat kaki bersimpul ini ada kalanya timbul dan simpulan urat boleh dilihat dengan jelas, terutama pada individu berkulit cerah.

“Masalah ini biasanya berlaku pada individu berumur antara 40 hingga 60 tahun dan lebih kerap dialami wanita (70 peratus). Oleh kerana aliran darah pada kaki terganggu, tisu di sekeliling salur darah tidak mendapat cukup oksigen dan kulit menjadi hilang warna atau menjadi pucat.

“Jika injap pada pangkal paha rosak, simpulan urat yang besar dan biru boleh dilihat pada paha tetapi ia lebih jelas pada belakang betis. Pada peringkat lebih teruk, kulit menjadi pucat dan bengkak pada buku lali,” katanya.
Menurut Dr Lee, punca sebenar masalah urat kaki bersimpul tidak diketahui tetapi pakar percaya beberapa faktor boleh menyebabkan masalah ini iaitu:

# Faktor keturunan — Individu yang kedua-dua ibu bapa mengalami masalah ini mempunyai peluang 80 peratus mendapat masalah sama dan 50 peratus jika hanya seorang saja (ibu atau bapa) ada masalah ini. Bagaimanapun, ada juga kes (23 peratus) berlaku tanpa sebab yang pasti (tiada kaitan dengan keturunan);

# Kehamilan — Hampir 70 peratus wanita mengandung mengalami masalah ini. Ini kerana kehamilan meningkatkan aliran darah dalam tubuh, peningkatan paras hormon progesteron menyebabkan salur darah mengembang dan rahim yang membesar menindih salur darah serta menyekat aliran darah balik ke arah jantung.

Namun begitu, usah risau kerana tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini. Bagi wanita yang mengalami vena varikos ketika mengandung, keadaan salur darah beransur pulih selepas tiga bulan bersalin. Namun, masalah ini berulang pada kehamilan seterusnya;

# Pekerjaan — Biasanya masalah urat kaki bersimpul lebih kerap dialami golongan yang perlu berdiri atau duduk lama ketika bekerja seperti guru dan pekerja kilang. Ini sebabnya kita disaran berhenti rehat dan melakukan senaman ringan atau kerap menukar posisi;

# Umur dan berat badan. Semakin seseorang itu gemuk, lebih mudahlah masalah urat kaki bersimpul terjadi. Masalah ini juga meningkat pada orang lebih berusia dan menjadi serius jika dibiarkan.


Gejala

Masalah vena varikos timbul perlahan-lahan dan proses itu tidak dapat dihentikan. Gejalanya boleh dilihat dengan mudah, sama ada pada paha atau belakang betis; mengikut kedudukan injap bermasalah.

Jika injap pada pangkal paha yang bermasalah, urat kaki bersimpul boleh dilihat pada belakang paha dan betis.

“Pada peringkat awal, pesakit mungkin mengalami gejala seperti kakinya cepat penat, terasa berat dan sengal otot. Pada peringkat akhir, kulit berubah warna menjadi pucat, kering, ulser, berlaku pendarahan apabila salur darah pecah dan sel darah merah keluar daripada kulit.

“Apabila kaki kurang menerima oksigen, kulit menjadi pucat dan kering. Dalam keadaan ini, calar kecil pun boleh menyebabkan ulser.

“Yang menyedihkan ialah ada pesakit hanya berjumpa doktor apabila tidak tahan sakit akibat luka dan ulser pada kaki,” kata Dr Lee.

Antara gejala yang sering dilaporkan ialah:

# Salur darah menjadi besar, berwarna biru, berbelit

# Kaki bengkak

# Bengkak dan sakit pada betis apabila berdiri atau berjalan lama

# Berlaku perubahan pada warna kulit, kulit kaki menjadi pucat

# Buku lali bengkak

# Kaki cepat letih dan alami kekejangan pada waktu malam

# Kulit menjadi nipis dan kering

# Keradangan

# Ulser (peringkat akhir)

# Pendarahan (peringkat akhir)

# Salur darah lebih halus nampak berselirat (juga dipanggil salur darah labah-labah)


Pengesanan dan rawatan

Masalah urat kaki bersimpul mudah dikesan, terutama apabila anda berdiri. Doktor akan memeriksa kaki pada tempat bengkak, sakit, kulit pucat, luka atau ulser. Jika anda menunjukkan gejala urat kaki bersimpul, doktor mungkin perlu menjalankan beberapa ujian untuk mengesahkannya.

Ujian yang biasa dilakukan ialah imbasan ultra bunyi pada kaki untuk mengenal pasti kedudukan injap yang bermasalah.

Walaupun bukan masalah serius, ia masih memerlukan rawatan awal sebaik anda menyedari kewujudan salur darah begini.

Jika dibiarkan, kerosakan injap menyebabkan salur darah menjadi semakin besar, membuat kaki membengkak, sakit dan menjejaskan aktiviti harian.

Ada beberapa kaedah mengatasi masalah ini, iaitu melalui pemakaian stokin khas (stokin tekanan), suntikan dan pembedahan.

Bagaimanapun, pemakaian stokin khas hanya dapat meredakan gejala urat kaki bersimpul tetapi tidak menghalang proses pembentukannya.

Kaedah suntikan pula hanya berkesan jika salur darah tidak terlalu besar bagi fungsi kosmetik tetapi ia tidak menghalang pembentukan urat kaki bersimpul.

Pernah, kaedah yang sering dicadangkan kepada pesakit ialah pembedahan tetapi ramai pesakit bimbang dan takut apabila diberitahu mereka perlu dibedah; apatah lagi ia mengambil masa lama (dua minggu) untuk sembuh.

Kini ada kaedah baru untuk merawat masalah urat kaki bersimpul iaitu rawatan laser endovenus (EVLT) yang menggunakan tenaga haba.

Teknik ini lebih berkesan kerana ia menggunakan kurang tenaga haba berbanding kaedah lain yang kadangkala menyebabkan lebam dan bengkak akibat tenaga haba yang terlalu tinggi.

“Tidak seperti pembedahan konvensional yang memerlukan pesakit bermalam di hospital, kaedah laser ini hanya mengambil masa lebih kurang sejam dan pesakit boleh balik pada hari sama.

“Dalam rawatan ini, doktor mencucuk jarum pada kaki dan memasukkan satu wayar halus ke dalam salur darah yang bersimpul.

“Selepas kedudukan wayar ditetapkan, doktor mengaktifkan laser dan tenaga haba disalurkan melalui wayar tadi. Ia secara perlahan-lahan memanaskan salur darah dan menyebabkan ia tertutup.

“Apabila salur darah ini tertutup, aliran darah secara automatik beralih ke salur darah lain yang sihat. Maknanya aliran darah kembali normal.

“Biasanya selepas rawatan, pesakit disaran memakai stokin tekanan untuk sekurang- kurangnya dua minggu bagi merangsang aliran darah.

“Kadangkala kaki pesakit terasa sakit sedikit tetapi ia boleh diatasi dengan mengambil ubat untuk beberapa hari,” katanya.

Kaedah ini juga boleh dilakukan pada pesakit yang mempunyai ulser dan tidak sembuh walaupun sudah lama dirawat. Berdasarkan pengalamannya, selepas rawatan ulser lebih cepat sembuh kerana aliran darah pada kaki kembali normal. Malah ia juga sesuai untuk pesakit yang ada masalah jantung.

Individu yang ada masalah urat kaki bersimpul tidak perlu risau kerana walaupun teknik ini agak baru di Malaysia (sekitar empat atau lima tahun) tetapi ia selamat dan berkesan (95 peratus kejayaan).

Bahkan kebimbangan sesetengah pihak terhadap urat yang dirawat menggunakan haba ini terbuka kembali dan menyebabkan masalah itu berulang juga tidak timbul.

Kos rawatan untuk kaedah laser ini adalah dua kali ganda berbanding pembedahan konvensional iaitu sekitar RM6,000 hingga RM8,000 sebelah kaki.

Bagaimanapun, untuk jangka panjang ia lebih murah jika diambil kira kos hospital, kesakitan dialami dan tempoh pemulihan kerana pesakit yang dirawat dengan kaedah laser cepat ‘sembuh’ dengan dan boleh berjalan dengan baik pada hari sama.

Cara mengelakkan

Dr Lee berkata, beberapa kaedah boleh diambil untuk mencegah masalah urat kaki bersimpul iaitu:

# Memakai stokin tekanan ketika penerbangan jarak jauh, terutama bagi wanita hamil. Stokin ini diperbuat daripada bahan berkualiti menggunakan teknologi dari Jerman. Stokin tekanan ini berfungsi secara perlahan-lahan mengurangkan tekanan pada bahagian buku lali ke paha, sekali gus meningkatkan aliran darah secara betul ke bahagian jantung;

# Menjaga berat badan (berat badan seimbang dengan ketinggian);

# Kerap bersenam dan senaman yang berkala.

dahaga di awal usia

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, SHAMRAN SARAHAN dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
AMBIL KESEMPATAN... Adila musnahkan kerpercayaan ibu bapa.
AMBIL KESEMPATAN... Adila musnahkan kerpercayaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.

KES 1 - ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.


KES 2 - RAHMAN, 15:

“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).

Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.

Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.

Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.

Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.

Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.

Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.”

Sunday, November 14, 2010

aish..sume da berpunye...aku???


Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!

Ingat,usaha yang Allah redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.

~USAH RISAU JIKA DIRI BELUM B'PUNYA..mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita.~



SALAM AIDILADHA


mebi terlalu awal tok aku ucapkan selamat menyambut HARI RAYA AIDILADHA a.k.a HARI RAYE AJI..

Bukan ape..sejak due tige menjak ni aku kesibukan yang amat,kerna mnyetelkan lesen..
n kmungkinan besar aku xkan update blog tok jngke mase yang lame..huu..im gonna miss u!

ape2 pom,smoge raye taon ni ag besh dari taon2 yg dulu..
moge2 taon ni ag bnyak kilo daging yg kowg dapt..t leh wat barbeku..heee..
bertambah2 la thap ktinggian darh kowg..silap2 aribulan beraye kat hospital la jawabnye..
ok..nak share a little bit info bout AIDILADHA...


HARI Aidiladha adalah satu hari kebesaran Islam dan juga hari perayaan bagi umat Islam. Sesungguhnya Allah menganugerahkan kepada umat Islam dua hari untuk mereka makan dan minum serta bergembira iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Oleh kerana itu, umat Islam diharamkan berpuasa pada kedua-dua hari perayaan besar itu. Aidilfitri disambut sebagai tanda kemenangan dan kejayaan selepas berpuasa sebulan penuh Ramadan sementara Aidiladha pula diraikan sebagai simbol salah satu syiar Islam teragung yang cukup sinonim dengannya iaitu ibadat haji.

Aidiladha yang juga dikenali sebagai hari raya korban adalah kerana hari itu adalah hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim di dalam menunaikan perintah Allah dan juga kesabaran anaknya Nabi Ismail memenuhi perintah Ilahi seperti yang termaktub lewat firman-Nya yang bermaksud: Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya), Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya-Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

Di dalam melaksanakan perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada Allah di dalam menunaikan perintah Ilahi sehingga dengan kurniaan Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Allah mengirimkan seekor kibas untuk menggantikan Nabi Ismail.

Dalam hal ini, Allah merakamkan kisah berkenaan melalui firman-Nya yang bermaksud: Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!. Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Surah al-Saaffaat, ayat 104- 108).

Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan mulia ini, umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat haji ke Baitullah al-Haram. Ibadat haji yang dilaksanakan oleh setiap jemaah haji pada setiap tahun membawa bersamanya seribu satu unsur pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat.


amin...

Wednesday, November 10, 2010

PEWOT vs CACING


aritu de kjadian yang agak memalukan..time tu da kol 5 ptg p aku still xsentuh pape ag..lapa beb! time tu sblom final..so,aku kerap ke library,knon2nye stadi la.. on the way nak balek,cam biase r..aku n membe aku masuk lam lif(cite sal lif ag).. tetibe.. reeet..rooot...roor...
cam gtu la bunyiknye..pewot aku berkeroncong!kuat gile..! aku da pegang2 pewot..de sowg lecturer tu tegur;

"klau lapa,g mkan..nanti sakit kang susah..final exam da dekat.."
malu beb!sume yg dok lam lif tu pndang aku..sib baek xramai..n ag sib baek coz sume dak2 pompuan...lau x,jatuh saham aku! balek uma,aku cite kat hosmet2 aku..dowg gelk2 je.. pastu de sowg nih cakp;
"mak aku cakp kan..lau pewot kite bunyik..mknenye ade cacing lam pewot tu..mkin kuat bunyik,mkin bnyak cacing..!"

wat da??terkejut berok aku..xkan la aku penternak cacing yg berjaya??

so,nak daptkan kepastian,aku cari jawapan nye lam tenet..then,aku jumpe ni..lega aku.
..



growling Stomach, atau nama lainnya "Borborygmus" ini adalah satu perkara yang normal. Kita semua tahu fizik kan, dalam fizik bagaimana bunyi dihasilkan? Mestilah ada vibration. Dalam kes growling stomach ini, yang vibrate adalah udara yang terperangkap dalam perut/usus kita. Apa benda pula yang meng-vibrate-kan udara ini?
 Pergerakan dinding perut dan usus kita lah. Bagaimana mekanismanya? Salah satunya adalah seperti yang dikatakan oleh saudara nasrul di Page 1, ianya disebabkan biorhythm perut kita. Perut kita mempunyai keupayaan untuk adapt dengan jadual makanan harian kita, contohnya katakanlah kita biasa makan pukul 12 tengahari.
 So sistem badan kita dah identify, pukul 12 perut akan mula secrete gastric juice dan mula spasm (contraction - bergerak2 seperti peristalsis) menandakan bermulanya proses pencernaan. Kalau kebiasaannya, ia akan spasm kepada makanan yang dimakan untuk tujuan menggaulkannya dengan gastric juice tersebut, tetapi kalau kita tak makan apa2 untuk hari itu, perut (dan usus) adalah kosong dan berisi udara sahaja, so itulah yang bergetar dan mengeluarkan bunyi.
Selain dari biorhythm tu, sebenarnya perut/usus kita juga bergerak2 secara berkala/periodically, setiap sejam@dua jam, sama ada mengandungi makanan atau tidak. stimulation2 lain seperti stress, anxiety, caffein dll mungkin juga provoke pergerakan2 ini, yang menyebabkan terjadinya bunyi. Bagaimana pula kalau dah kenyang pun ada bunyi? Kalau dalam keadaan ini, kemungkinan ada beberapa sebab. Antaranya udara yang terperangkap. Mungkin sebab masa makan tu diselang-selikan dengan meminum air, so ketika minum air tersebut kita mungkin menelan udara sekali lalu terperangkap. Kemudian kita sambung makan, lalu push udara tersebut ke dalam usus. Kalau udara tersebut predominantly di hujung2, boleh la keluar sebagai kentut, atau kalau ada di perut, boleh keluar sebagai burping (sendawa/belahak).
 Tapi kalau di tengah2, udara tu kena la travel either ke atas atau ke bawah, so itu yg berbunyi2 perut tu bila digerak2kan oleh dinding usus. Antara sebab yang lain, adalah diet sendiri. Makanan yang tinggi karbohidrat - kentang, kacang yang tidak sempurna dihadam (akibat makan tak kunyah habis) - partially digested, akan mengeluarkan gas ketika di dalam usus. Gas ini juga akan mengeluarkan bunyi apabila dinding usus bergerak2. Selain karbohidrat, bagi mereka yang menghidap keadaan2 tertentu seperti lactose intolerance juga boleh menyebabkan sedemikian. 
Sebab itulah minum air selepas makan, kunyah makanan dengan cermat! Bila perlu berjumpa doktor? Dalam keadaan biasa, growling stomach ini tidaklah pathogenic (menandakan penyakit) tetapi sebaliknya physiologic iaitu fungsi normal badan. Namun, sekiranya ada tanda-tanda lain seperti - ciritbirit @ sembelit, cramp badan, sengkak perut, sakit, sedu (hiccup) dsb, maka lebih baik anda buat pemeriksaan kesihatan.

p.s* makn la ubat cacing due kali setaun..heee
Related Posts with Thumbnails