Monday, March 5, 2012

HUKUM CEKAK PINGGANG


Apa itu bercekak pinggang?Mungkin sesetengah daripada kita tak tahu apa itu bercekak pinggang. Bercekak pinggang ialah di mana kita meletakkan tangan kita di pinggang. Mungkin ramai daripada kita tidak tahu apa hukumnya bercekak pinggang ini. Dan mungkin juga ada antara kita yang tidak menyangka yang bercekak pinggang ini makruh hukumnya.

Jujurnya saya sendiri pun baru tahu, dan tak pernah tahu pun selama ini. Ingin sekali sayang kongsi sedikit informasi tentang hukum bercekak pinggang ini yang saya dapat dari mendengar ceramah dari Ustaz favorite saya, tak lain tak bukan mestilah Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz.Rasulullah melarang kita bercekak pinggang ketika di dalam solat. Hal ini kerana yang pertama bercekak pinggang ialah perbuatan iblis ketika diturunkan ke dunia.

Ketika iblis diturunkan ke dunia ada dua hal yang dia lakukan iaitu bersiul dan juga bercekak pinggang. Bercekak pinggang ialah makruh kerana itu adalah perbuatan Iblis Laknatullah. Bercekak pinggang ni bagi kita biasalah, asal nak bergaduh cekak pinggang, asal cekak pinggang je bergaduh. Tak sah kalau tak bercekak pinggang ketika sedang marah mahupun bergaduh, sehingga kita sendiri pun tahu kalau seseorang itu bercekak pinggang dengan muka yang agak tegang, ha confirm la tu tengah marah.

Yang kedua bercekak pinggang itu juga adalah cara yahudi. Nabi kata orang yahudi ini kegemarannya ialah bercekak pinggang, dan yang ketiga nabi berkata bercekak pinggang itu makruh kerana itu adalah perangai orang-orang sombong, dan yang keempat ialah cara-cara ahli neraka duduk di dalam neraka, hal ini kerana ahli-ahli neraka mereka duduk di dalamnya dalam keadaan bercekak pinggang, sebab itulah nabi larang kita bercekak pinggang ketika sembahyang dan juga nabi larang walaupun saja-saja kita bercekak pinggang ketika berjalan. Wallahualam…

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails