Thursday, March 31, 2011

kite di zMn hingusan..

budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an mesti ingat
mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku
cerita.
ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.

salesman susu pon camtu gak.


- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je.
bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.


- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.


- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam.
padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.



- cikgu pakai pembaris kuning pjg.
Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.


- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.


- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh.
ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

- main game 2D.
super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.



- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.


- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.

Tora pon best gak.
Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.


- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.


jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni.
kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent.
huhu~

ni la baru zaman kita kawan2

Thursday, March 24, 2011

4 jenis maknan ruji student




Pernah tak kita terfikir makanan yang selama ni kita makan, ada keburukannya, tambah tambah lagi seorang pelajar.Yang duduk di asrama memang tak ada kesempatan nak masak harap kan makanan dekat kafe atau dewan selera je. Kalau duit pinjaman atau duit belanja yang mak ayah bagi tak mencukupi terpaksa ikat perut. Jalan terbaik untuk berjimat ialah makanan segera yang memang mudah di masak dan yang paling penting murah.

Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

Sardin

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

Minuman 3 in 1


Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

Panadol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Seboleh bolehnya elakkan la 4jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti, biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.

i love dats y i care..

chenta dan bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Wednesday, March 23, 2011

antara KERAS dan LEMBUT

Jangan jadi terlalu keras,

Nanti anda akn dipatah-patah kan,

Jangan jadi terlalu lembut,

Nanti anda akan diramas-ramas..

Kowang setuju x ngan pepatah di atas??

Dalam idop ni,kite taleh la terlalu berlembut sangat..memang la,blembut tu penting (bukan lembut yang aww tu k) lam hbungan tapi kalo da blembut sangat tahap pokke,konpem2 kowang kna tindas..

Tiap kali kena buli,kena tinggal,kena kutuk,kena buat keje,kena pjuk dan berbagai2 kena lagi la..tiap kali tu jugak la dok takpe2..dibio kan aje,dok makn ati..simpan lelame buat pekasam,lame2 berulat..sape yang sakit???

Da le bukan salh kowang,tapi dengan ati tebuke je time bnda alah tuh siap g mintak maaf ag,pe kes nih??mane pendirian kowang??jangn la sebab nak jage ati owang kowang kna korbankan ati kowang lak..hey!!wat da??

Silap2 aribulan,de mnusia yang akn gunekan kowang tok kpentingan dowang..bukan takat kpale yang dpijaknye,badan,kaki,tangan..sume cukup lengkap la..pakej!bile da lebam2,patah riuk bawu nak g sepital..aish..

Tapi,kowang jagn la keras sangat plak..kang xpasal2 bilangan musuh anda mendadak naik dengan jayanya..tiap kali bercakap asik nak menang je..mane leh brader..kowtim2 la skit..lam dunia nih bukan ade lu sowang jer..no man is an island beb.

Kalau da taw buat salah,pandai2 le g mintak maap ke..bagi cekelat ke..xpun bagi nota kecik tulih i’m sorry,nak nampak la owg melayu,tulih le saye mintak maap ke..letak bedak,kasi wangi..bawu nampak iklas.

lau maleh gak,taep..pastu anta gune email..xpun post je kat status fb/twitter/tagged dan seangkatan dengannya..xsusah kan?

Ni idak,da taw salah bley plak wat muke sipot sedot jalan cam rejected model tanpa rase besalah dan segan silu blah camtu jeh.

Siap bagi senyuman kambing + jelingan juling lagi..wat da??nak tunjuk ego ko lagi tinggi la??hey..silap2 aribulan ego kowang ntah ke mane,tercampak lam gnung berapi ke,ntah2 tergelincir ke ujung dunia utopia xpun terendam lam lava gunung merapi..u got wat u give dear..

So,be fleksibal cam pembaris yang aku gune..nak patahkan pun susah,nak ramas pun payah.owang pun suke,kamu pun bahagie..

I love dats y i care.

Wednesday, March 16, 2011

PERHATIAN!! untuk si JEJAKA..~


wahai sedare2 sekalian,dengan rase empati dan ambik peduli saye menyarankan agar anda sume menjauhkan telefon bimbit anda dari kedudukan kocek/saku/poket seluar anda kerna.

-------------------------------------------------------------------------------

Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.

presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki. Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.



Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya. "Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit. kosmo.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*p/s: i love dats y i care~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, March 13, 2011

setaun pemergian..


pejam celik,pejam celik...da setaun arwah pegi..
kejap je rase...
ummm...tipu la lau x windu..
tapi,setiap mnusia akan mati.. macam lirik lagu di bawah...

PEMERGIANMU-INtEAM


(Ya Rasulullah…)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

semoga arwah sentiasa di bawah lindungan ILLAHI..dan ditempatkan d kalangan yang beriman..
tidak lupe selawat ke ats junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W..

AL FATIHAH

KUZAIMAN ABDULLAH
RAZALI HAMZAH
HARUN ISMAIL
MUHAMMAD SHAH NOUR MAT ANI
dan sume muslimin muslimat yang telah tiada..

24 Rahsia Disebalik Kentut


1. Orang TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG

Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020

Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA

Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS

Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP

Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS

Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus

dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU

Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

10. Orang yang STRATEGIK

Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH

Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK

Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG

Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH

Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL

Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK

Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK

Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR

Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR

Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR

Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK

Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT

Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN

Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA

Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia

sendiri yang kentut.

Monday, March 7, 2011

Kenapa perempuan kena kahwin dengan engineer??

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.

1-Kehidupan yang lebih terjamin

Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

Manakala

-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman

-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama

-Lulusan seni masih mencari pekerjaan

-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi

Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

Berbeza dengan

-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda

-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda

-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda

-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana

Buktinya

-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda

-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda

-seorang graduan seni adalah seorang penggoda

-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

Wednesday, March 2, 2011

HUTANG IBU

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan Align Centerdi apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA


Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya..
Related Posts with Thumbnails