Thursday, June 30, 2011

SEBARKAn!!


Assalamualaikum..
Rakan2 ku sekalian dimohon utk :
Buka kmputer/laptop anda pada Local Disk (C)
Program Files
\ Microsoft Office \ MEDIA \ CAGCAT10 ,
cari gmbr b'nama J0285926.
Anda akan temukan gmbr Lambang/bendera Zionis Israel lengkap (persis dgn wrna aslinya) dgn lilin (sarana ibadah mereka). Sebaiknya korang delete!


Gmbr t'sebut ada di seluruh PC & Laptop.
SEBARKAN SEMAMPUNYA.........

Monday, June 27, 2011

entry kering idea

assalamualaikum..

wlaupun da bnyak ari aku skip entry bawu tapi
aku still tade idea nak tulis ape..
so,aku nak kerah sume2 blogger yang singgah kat blog
aku secare sengaje
atau tidak sengaje,kome2 pegi la timbang blog kowang tuh..

mane idaknye,ade stengah2 blog tuh da macam kdai gajet dah,
nak loading pun macam nak tanak je..
kalo lawan ngan sipot aq ase sipot tuh da bersorak sambil makan big mac lagi..
ingat..maksimun size blog ialah 200.
lau tlebey tuh pandai2 la kome2 buang bnda yang ta patot..





#

Domain name Size Load Time Average Speed per KB

1www.mearale.blogspot.com193.89 KB2.3 seconds0.01 seconds




fuhh!nasib baek xsampai 200..kekeke..lega2..

nak ry?klik kat SINI..

Thursday, June 23, 2011

ADE SAPE2 LAGI KE YG NAK MURTAD?

Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan


Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Bait

ulmal," kata Jamil.


*aku ingatkan ni negara islam..diharamkan murtad.kebebasan beragama bukan ke untuk yyang bukan beragama islam?sigh...

sumber from

Lagi Sayang... Lagi Diuji


"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

"Macam mana kalau tak betul?"

Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.

Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya:

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu

Adikku,

Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?

Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?

Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.

Ujian Ini Nikmat Keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?

Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?

Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?

Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!

Artikel iluvislam


Tuesday, June 21, 2011

im prefer black n white rather than colour..

arini kelas aku sampai kol 10 je..sebab tade keje nak buat lau trus balek umah,
hosmet aku cik nadiyah ajak aku ngan cik kuyu ke satu port yang besh tuk wat photoshoot..



lau la aku taw tempat ni dari awal2 tayh kitowang g pulau tok photoshoot aritu..



tengah2 dok edit ( sebab ambik gamba gune kamera 5.0 je),aku tgok cam scene tu seswai tok wat pre wedding zamn dulu2 nye theme..chantek.so,aku ubah sume gamba jadi itam puteh je..klasik kan?



xsangka dekat uitm pulau pinang ade spot chantek camni..nampak sgt xpena na ambik taw..huhu.







puas ati wlaupun tpakse mendedahkan kulit kami dengan cahaye matahari di tengah2 padang.

UiTM di HATIku.


Saturday, June 18, 2011

HARI BAPA ESOK?? aku..aku..aku..


bile sebut je 19 jun,sume owang cakap xsaba nak tggu esok..
"aku nak kol ayah/papa/daddy aku.."
yang syoknye dowang siap beli adiah lagi ha..
mase g jusco aritu aku de tgok mug yang tulis
"happy father's day" and
"u re the greatest dad in the world!"
soo sweet..

tapi kan..bile sebut sal ayah ni,aku tacing skit la sebab aku da tade ayah.
mase kecik2 dulu ma aku selalu cakap aku selalu tanye sal abah.

aku yg comel: ma..abah g ane?owang xpenah tgok abah pun

ma aku yang cantik: abah keje dik.nanti abah balek.

tiap kali aku tanye,mesti tu yg ma aku jawab.
tapi bile aku da besar skit bawu la ma aku cakap yang aku ni anak yatim,tade abah.
abah da meninggal.

sebab tu la tiap kali aku pegi mane2 mesti mak cik2 tegur..

"oh ni ke yang bongsu tu.."

pastu ma aku cite la yang abah aku mninggal time dye ngandungkan aku 2 bulan.
abah mninggal sebab demam.mase tu akak aku 5 taun,abg2 aku umo 4taun ,3taun , dan setaun..ma pulak baru 27..kesian ma..mude2 da jadi janda anak 5..
I LOVE U MOM.

tapi,lpas 2 minggu arwah abah tade bawu la sedar yang dye mgandungkan aku..macam2 bnda yang ma buat tok gugurkan aku.makan nenas la nasib baek xmnum klorok.huh!
mama takut orang mngate,laki da tade tapi mgandung lagi.. :(

ALHAMDULILLAH..
Tuhan nak aku rase idup kat dunia ni..atok aku perasan mama pregnant
and dye marah mama sebab cube "bunuh" aku.
last2 kua jugak aku..huhu..tanpa ABAH.

lepas 18 taun mama menjanda,akhirnya mama kawen bawu.
aku da ade ayah tapi akak aku cakap ayah ni xsame dengan abah.its ok..
saye sayang due2 ayah saye. :)



Wednesday, June 15, 2011

uitm aku kena hack!!!

Selamat pagi. Web ping terkenal Malaysia, gengblogger.com baru sahaja digodam pagi tadi oleh seseorang yang menggelarkan dirinya adam oscar dimarco. Sehingga entri ini ditulis, pada pukul 6.46 pagi, web tersebut masih belum dibaik pulih oleh Admin GB sendiri. Berikut adalah screenshot yang sempat diambil oleh saya:

  • Beberapa orang mendakwa penggodam hanya melakukan defacement pada hompage http://gengblogger.com/index.php , tidak melibatkan keseluruhan web.

Gengblogger GB

Antara mesej yang ditinggalkan adalah:

dont focus on popular blogger only. promote them too :) listblog

Im not anonymous. Im adam oscar dimarco
I’ve been here before. Remember Me?

Penafian kaitan dengan Anonymous

Seperti yang semua orang maklum, pada tengah pagi tadi, OpMalaysia turut dilakukan oleh Anonymous Hacker. Walaubagaimanapun, penggodam yang menggodam (hack) web gengblogger menafikan beliau terlibat dengan geng Anonymous, sebaliknya mendakwa beliau pernah menggodam gengblogger suatu ketika dahulu. Ya, GB pernah beberapa kali digodam dan diserang malware sebelum ini. Walaubagimanapun, cara penyerang menggodam web tersebut masih tidak diketahui.

Diharapkan admin GB, Kong (atau admin lain-lainnya) dapat mengambil serius hal ini kerana gengblogger merupakan satu web ping yang sudah dikenali ramai. Mungkin kes-kes seperti ini sedikit sebanyak akan mencalarkan imej gengblogger itu sendiri.

Senarai web yang diserang dalam #OperationMalaysia

Dah alang-alang tulis pasal geng Anonymous, berikut adalah antara web yang diserang. Ada di antaranya yang di hack, dan ada yang di DDOS. Kebanyakannya adalah laman web milik kerajaan, dan serangan dilakukan atas tindakan SKMM menyekat pengguna internet dari melayarti 10 laman web muat turun. Sumber world.yes.my:

SabahTourism.com – Hacked + leaked

Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) – Hacked

Tourism Malaysia – Unaffected

UiTM Penang – Hacked

JBiotech - Hacked

Social Welfare Department (Ezi2Care) – Hacked

CIDB – Hacked but back up 12:20am

Land Public Transport Commision – Hacked but back up 12:15am

1Malaysia – DoS / Switched off 3:45am

Malaysian Communications and Multimedia Commission - Unaffected

ASEANConnect – DoS / Switched off

Malaysian Meteorological Service – DoS / Switched off

Ministry of Education – DoS / Switched off

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia – DoS / Switched off

Bomba - DoS / Switched off

TMNet - Unaffected

Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off

Kementerian Kerja Raya Malaysia - DoS / Switched off

Parlimen Malaysia – DoS / Switched off

Malaysian Treasury – DoS / Switched off

University Kebangsaan Malaysia – DoS / Switched off

Jobs Malaysia – DoS / Switched off

Information, Communications and Culture – DoS / Switched off

Human Resouce Ministry – DoS / Switched off 3:59am

National Sports Council – DoS / Switched off

Polis Diraja Malaysia (PDRM) – DoS / Switched off


source from:critical angle

jom puasa esok!


alhamdulillah...
pejam celik pejam celik da pom sampai bulan rejab..
esok plak 15 rejab,jom kite same2 bepose dan berusaha mndapat fadilat bulan rejab!

lah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”


ASIAH KUZAIMAN IS BACK!


assalamualaikum wage2 blogger sekalian..!

i juz wanna say dat im back!hehe...
setelah beberape lame menderita kesakitan kurang online dan
kurang hiburan sebab saye skang ni suda menetap di kolej KRISTAl.
.dan bukan lagi d MUTIARA..
betape busannye idop kat dalm neh..huhu..
at last,UNIFI akhirnya menemani cuma...
LEMBAPNYE KO!!!
Related Posts with Thumbnails