Saturday, July 31, 2010

p.i.s.a oh p.i.s.a

31/7/2010

nak dijadikan cite,sbg care tok mhilangkan ase kesedihan n kbusanan dok kat uma je sepnjg weekend..aku,kuyu,didi n nadia merancang tok melawat p.i.s.a atau dalam erti kate laen penang international sport arena a.k.a stadium tertutp pulau pinang..panjang gile penerangan huhu..memg xla kitowg melawat saje2 coz terbang gak r dwet ktowg sampai kat sane..ngee..

p aku ni mengap sket..da taw nak kua p xgheti2 nak cucuk atm(kua dwet r)awal2..da sampai jeti bawu r kelam kelibut nak cari mesin atm(cam r jeti + stesen bas = bank)..p perjalanan ktowg dari mutiara ke jeti,jeti ke pulau memg lancar..alhamdulillah..hnya aku,kuyu ngam dd je go first coz cik nadia will go second ngam ehem2 nye..tade la ktowg cam kerang bushuk menanti bas @ feri yg bergerak cam sipot sedot..setibenye ktowg d terminal feri pulau pinang lam kol 12 samting,coz ktowg gerak dari umah kol 10.50 p makn roti canai kejap..huhu...maknenye 11 lbey gak r bawu tolak..ok2,sambung cite kat jeti pulau...

tetibe je didi dengan kuase ajaibnye mngingati bank2 yg bdekatan dengan stesen bas tu..jalan punye jaln dengn matahari btol2 tpack kat atas ubun2 pale ktowg ( cam ayat sastera la plak)maka bermulalah pencarian ktowg..kuyu pom same gak cam aku,need xtra money..muke ktowg tayah cakap r,xplu pkai blusher dah merah2..mgalahkan muke mat saleh yg ktowg terserempak kat tepi jaln tadi..yg buat aku tgelak bile cik kuyu tetibe mgeluarkan fakta dari buku sdn bhd..

'kan bagus klau haba matahari ni mencairkan lemak aku??ni x..menghitamkan kulit aku yg sedia ade gelap je..owg laen lau kna pnas,kulit jadi merah p ble aku kna panas otomatik kulit aku jadi kale purple'

terkekeh aku ngam didi ketawa..

'hape ko ingat ni rawatan sauna ke??'aku mencelah..then didi jawab;

'lau bnda tu jadik memg tinggal rangka la aku..'

xbape lame kendian tnampak la kelibat HSBC bank..seko2 ngam muke heaven nye masuk la..aku ngam cik kuyu terus ke mesin atm..sambil senyum2..
'glad to be here'

tanpa segan silu aku terus la memulakn operasi..da msukkan kad,no pin,jumlah sgale tetibe kad kua balek n tertera kat skrin..maaf,akaun anda tidak dapt dproses..
aku da uat muke khairanan..pandang blakang lak de pak cik ngah tggu turn dye nak kuakn fulus..skali g ngam pantasnye aku mnekan sgale butang yg ade..p masalh same tjadik gak..bingung..
tetibe c kuyu datg..
'dapt x??'aku menggeleng..
then,serentak aku ngam kuyu pom mendongk ke sbelah atas mesin atm..tade tertera MEPS atau BANKCARD kat ctu..alamangai..malu dow..
pe ag,tanpa mbuang mase ktowg blah dari bank tersebut mninggalkan pak cik yg terpinga2 kat blakng aku td..sowi ye pak cik..ksilapn teknikal..heeee..
maka bmulalah pencarian kedua..dekat je ngam bank HSBC,de MAYBANK..so,setel masalh aku ngam kuyu..cume aku dapat sume dwet sploh hengget..kembong beg dwet aku.cam owg kaye je,hahhaa!!

mase lam bas 303 dari jeti ke p.i.s.a aku terserempak la ngam dak2 part 1 coz civil..n bnda yg slalu ktowg dok bgosip btol2 jadik depan mate..dowg sangat bbangge memakai kad matrix g mane2 pom..nak tgelak aku dbuatnye..adoi..bukak2 la adik oi..
n aku ngam muke selenge nye btanye,
'memg wajib ek pkai kad matrik g mane2??'
then,mase twun dari bas bawu r dowg bukak..aiyo..xplu la kot pkai bnda alah tu..ckup la lam kampus je.da r dok lam bus pangai cam pe..da trang2 pkai matrik card student uitm penang..uat malu je..

ok..sempat la aku beli bbrape kpluan lappy aku..syang lappy aku,huuhu..my pwincess..ngee..

cume mase nak balek je ktowg de masalh cari jaln kua.da r crowded gile,panas..brg2 kat tgn aku berat lak tu..cobaan..second time lak aku kna ag..mase lam bas balek mutiara dari jeti de r makhluk ALLAH sowg nih..aku tatw la,dye punye bau..Ya ALLAH..sius,ase nak pitam..nasib bek aku xpengsan..da r dok sebelah aku..kuyu ngam dd taleh kate pe,senyum jela..pas dye blah bawu r aku ase ckup oksigen aku nak bnafas..ALHAMDULILLAH...balek je trus g pasa mlm..beli mknan..p sume owg lom sempat mkn,pas mand trus tdo..penat..

aku pom da nak tdo..pjalanan arini memg sangat penat,gle ah..bnyak bnda jadik sampai aku xlart nak taep kat cni..sambung sok jela..hehe..

masih ingatkan dye..
~nunyte~

Sunday, July 25, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?



(tajuk entry ni tade kna mgena ngam aku,cume nak menceritakan tentang kebenaran & kehebatn ayat kursi dan agama ISLAM)

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.


Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..

Saturday, July 24, 2010

Wanita metropolitan yg tak kenal hukum agama???

mase aku ngah mengupdate blog aku,tetibe aku tnampak blog sesowg yg mnarik mint aku..n salah 1 isi kandungannye mmbuatkan aku ase nak copy n paste je...hehehe..

bermula dengan:

terjumpa satu entry yg sememangnya sgt baik utk aku kongsikan bersama dlm blogsku ni…
Dari artikal tuh, biasalah pengalaman berhadapan dengan interview… sama2 kita renungkan bagaimana PEMIKIRAN ORG ISLAM hanya pada nama agama SBB DILAHIRKAN DIDUNIA adalah org islam!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.

Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju
kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin.

Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php.

Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn. Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.

Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku.

Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku..

“Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again,” Sambil tersenyum sumbing.

Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab. Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan
perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai visual basic?

Maaf, jika bahasa aku biadap.

Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu.

Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.
and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org ni…
————————————————————————-
Aa’ha said,
March 11, 2009 @ 12:42 am

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude!
Let me say this;
U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework
pasal
you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview
and we’all trackback ur blog.
we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog.
guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak
accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial
dan pakai tudung macam mak nenek!!
kalau u rasa nak keja dekat company besar u bettter jgn kolot sangat sebab
u’ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan
zaman nabi dulu!!
and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org
yg konon2 islamik mcm u.

apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem
masjid ke?

DARI AKU;
makaseh buat nursyirah(cahaya ketenanganku)..sowee gak coz dgan swenang2nye mengopikan bnda ni sesuke ati..
aku terkezut gak r sal bnda ni..xsangka lak masalh ni jadik lam dunia kite...lam negara kite,negara islam..
aku ni bukan la baek sangat,tapi tadela sampai mplekehkan owg yg memakai tdung..malh care pmakaian pom dkritiknye..adoyai!pe nak jadi ngam dunia skang??ckup la kite sowg je yg tataw hukum agama p jgn r dok kutuk2,hina sal bnda ni..mnutup aurat ialah bnda yg wajib dalam islam..wlaupom aku sendiri tdak mnutupnye dgn sempurna,tetapi at least aku tidak mpelekehkan hukum agama..
nampaknye,dunIA btol2 da nak KIAMAT..ble umat ISLAM itu sendiri dgn sewenang2 nye mnolak ajaran ISLAM..astagfirullahalazim...nauzubillahiminzalik..

Thursday, July 15, 2010

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.




Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Wednesday, July 14, 2010

Kisah Cinta Burung Phoenix

Banyak kisah mistik yang cukup menarik tentang burung Phoenix. Dengarnya, bulu burung ini sangat cantik dan berwarna-warni tetapi rupa parasnya amat menggerunkan!

Ada yang mengatakan burung ini boleh hidup hingga 1000 tahun lamanya. Ada juga yang kata apabila ia tua, ia akan terbakar dan kembali hidup semula di dalam telur dan sarangnya akan dibakar api yang sangat panas untuk menetaskan telur itu.

You know, all kind of stories was told in many mythological creatures books dan juga berbagai-bagai jenis novel, movie, even lagu-lagu.

But, kisah yang paling menarik bagi I adalah kisah cinta Burung Phoenix yang diceritakan oleh Brother Love, nak dengar? Kikiki

Kisahnya bermula begini…

Kesunyian Puteri Burung Phoenix yang tinggal jauh tinggi di langit Firdausi telah membuatkan dirinya bosan dengan alam mistikalnya. Kegelisahannya telah memberanikan dirinya untuk cuba-cuba menjenguk ke lapisan-lapisan langit di bawah. Perasaan ingin tahu nya memberontak untuk turun ke dunia nyata.

Suatu hari, nun jauh di bawah lapisan langit, si Puteri telah ternampak seekor burung helang yang terbang dengan begitu tegap dan mantap sekali, membuatkan hatinya tiba-tiba terus saja terpikat. Jiwanya begitu meronta kegembiraan dan amat teruja untuk mengenali si burung helang yang kelihatan gagah perkasa.

Terbanglah ia dengan begitu laju turun ke bumi menghampiri helang itu. Malangnya, sesampai saja ia mendekati helang itu, tiba-tiba kelihatan pasangan kekasihnya telah muncul dari sebelah sana dan terbang bersama penuh mesra.

Sepanjang hayat Puteri Burung Phoenix, ia tidak pernah sekali pun merasa kecewa. Malah ia tidak tahu pun bagaimana perasaan kecewa. Namun, peristiwa ini telah membuatkan dia merasa tersangat kecewa dan hampa…satu perasaan yang sangat asing baginya.

Tiba-tiba, dengan hati dan jiwanya yang parah… Puteri Burung Phoenix merasa tersangat panas dari dalam badannya, bahangnya mulai menular, terasa pedih sekali ke seluruh tubuhnya…bulu-bulunya kepanasan, warnanya mulai bertukar kehitaman, lalu perlahan-lahan terbakar membakar seluruh tubuhnya!

Puteri Burung Phoenix terjerit-jerit kesakitan, suaranya teramatnya nyaring, kuat dan bingit sekali. Bagai bergegar seluruh alam mendengar jeritannya dan merasa sakitnya… hinggalah ia lenyap menjadi abu.

Tetapi dari abu itu, dengan tiba-tiba…ia kembali bercamtum dan hidup semula! Bulu-bulunya kembali bersinar dan berwarna-warni. Badannya kembali pulih seperti sediakala. Puteri Burung Phoenix, amat hairan dengan kejadian itu…namun dia tersangat gembira. Tetapi, dia kembali teringat akan kekecewaan cinta pertamanya, dia begitu hampa kerana tidak dapat bersama si helang perkasa…

Tiba-tiba, tubuhnya kembali terbakar…bulu-bulunya hangus serta-merta sehingga sekali lagi menjadi abu. Tetapi, ajaibnya, ia bangkit semula dari abu dan hidup kembali. Ia amat bingung dengan apa yang telah terjadi, lalu ia terbang kembali dan terbang ke arah mencari si helang tadi.

Sekali lagi ia kecewa melihat helang-helang itu yang begitu mesra bersama. Dan setelah beberapa kali lagi dia terbakar hingga menjadi abu, kemudian bangkit hidup kembali, Puteri Burung Phoenix mulai memahami yang rupa-rupanya, sudah menjadi resmi Burung Phoenix, ia akan terbakar jika merasa kecewa atau hampa.

Akhirnya,

Puteri Burung Phoenix bertekad, mulai hari ini, ia tidak mahu lagi memikirkan tentang kekecewaannya atau apa sahaja yang menghampakan dirinya. Sebaliknya ia mahu terus terbang tinggi dan memandang ke arah mana sahaja yang boleh menggembirakan hatinya, kerana ia tahu, jika ia memilih arah yang mengecewakannya, ia akan hanya membakar dirinya sendiri!

The end.

REMINDER : “Lucky for her, ia dibangkitkan semula dan hidup kembali setelah terbakar hingga menjadi abu. For us? Di dunia realiti…bagaimana? Hehe… not a chance babe! ;)”

Jadi, choose wisely your path. Jangan continously melakukan kesilapan yang sama. Malah memilih berulang kali mengecewakan hati sendiri again and again…LEARN FROM YOUR MISTAKES!
Related Posts with Thumbnails