Bersebelahan meja aku,
dua Muslimah sedang berbicara perlahan berdekatan aku,
seorangnya bertudung sedang,
dan seorang lagi tidak bertudung berlengan pendek.
"Hasyima, esok teman saya pergi Jalan TAR nak?"
"Eh, ada apa kat sana?"
"Nak pergi beli kain, nak buat tudung baru, Umi yang suruh. Ah, apa kata, saya buat untuk Hasyima gak? Boleh kita sedondon pakai tudung , awak mesti cantik, confirm!", si hijabist berkata dengan penuh semangat.
"Saya... Memang nak pakai tudung... tapi...", ku melihat si Hasyima tertunduk malu. Segan ya cik adik, ohoi!
"Tapi... saya tak nak buat sebab awak yang suruh, saya nak buat dengan ikhlas kerna Allah. Beri saya masa ya?"
Dush!
Bahu ukhti bertudung jatuh sejatuh-jatuhnya,
kecewa barangkali.
Tanpa ku sedar,
aku berbisik,
"La baks. Allah Maha Mengetahui yang terbaik."
Eh.
Tanpa sedarkah?
Abaikan.
***
"Saya tak nak buat sebab awak yang suruh, saya nak buat dengan ikhlas kerna Allah. Beri saya masa ya?"
Ayat ni terngiang-ngiang dalam kepala aku,
siang dan malam,
petang dan pagi,
semacam dah kena implant dalam otak eden ni.
Poning poning.
"Saya tak nak buat sebab awak yang suruh."
Besar maknanya.
Kadang-kadang terasa macam,
eh, betul gak kan,
dia dah menarik dia kepada aku.
Dakyah ni dakyah!
Ish, takleh jadi.
Kemudian,
teringat pula ukhti Niqabis,
yang kecewa tahap Super Duper,
bila seruannya tidak disahut.
Malah,
bila ditembak,
dikatakan disuruh berubah,
kernanya dan bukanNya.
Aduh.
Tertembak diri sendiri.
Belek-belek al-Quran,
pasti ada jawapan buat kebingungan ni seyh,
masakan Al-Quran takde,
kan kan kan.
Belek belek belek,
eh eh.
Sat,
belek ke belakang satu dua muka surat.
*air mata menitis berguguran*
Saspens saspens.
Tapi serius,
ini khas buat para Dai'e.
Dari zaman Rasulullah,
hinggalah ke hari ini,
Allah pujuk kita-kita.
Ahhhhh,
cair.
Muktamad.
***
"Sungguh, engkau tidak dapat menjadikan orang yang mati dapat mendengar, dan menjadikan (tidak pula) orang yang tuli dapat mendengar seruan apabila mereka telah berpaling ke belakang."
Mereka yang mati.
Mereka-mereka yang hatinya mati.
Mereka-mereka yang mematikan hati mereka.
Mereka telah berpaling.
"Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk orang buta dari kesesatannya. Engkau tidak dapat menjadikan (seorang pun) mendengar..."
Mereka yang buta.
Mereka-mereka yang sesat.
Kita hanyalah penyampai.
Kita hanyalah KhalifahNya.
Kita hanyalah AbidNya.
Kita tiadalah memegang hati-hati mereka,
kita tiadalah mampu menjadikan mereka celik,
menjadikan mereka peka,
kecuali,
"... orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami lalu mereka berserah diri."
Mereka yang beriman kepada al-Quran.
Mereka yang hidup berlandaskan al-Quran.
Mereka yang berdamping dengan al-Quran.
Dan mereka berserah diri.
Yakni memeluk Islam (menyerah diri).
- An-Naml 27:80-81 -
.............
Oleh itu,
para Dai'e,
bergembiralah.
Teruskanlah menyampai,
sepertimana Rasulullah cinta kita-kita menyampai,
dan terus menyampai.
Dan jika mereka yang kita sayangi,
tiadalah ingin berpegangan tangan dengan kita,
menuju ke JannahNya,
la tahzan.
Kerna,
kamu-kamu sedang merasai,
apa yang Rasulullah cinta kita-kita rasai,
tatkala bapa saudara Baginda,
tiadalah ingin memeluk Islam.
Teruskan,
terus menyeru,
kerna Rasulullah terus menyeru Abi Talib,
hinggalah ke nafas terakhirnya.
La tahzan la tahzan,
Allah memujuk kita melalui ayat-ayatNya yang indah.
Bergembiralah,
Senyumlah.
Sungguh,
janjiNya itu benar.
Allahu Allah.
***
Dan pekalah wahai saudara-saudaraku,
akan tunjuk ajar daripadaNya.
Diingatkan kita-kita,
bahwa hati mereka-mereka,
tiadalah milik kita.
Dan tiadalah kita berkuasa,
untuk menjadikan mereka peka dan celik,
tapi, celikkah anda-anda,
akan jalan yang dibentangNya?
"... kecuali orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami lalu mereka berserah diri."
Allah sedang memberitahu kita-kita,
yang satu-satunya cara untuk mereka-mereka celik,
dan peka,
adalah dengan beriman kepada ayat-ayatNya.
Maka,
menjadi tugas kita,
untuk mengembalikan mereka-mereka kepada al-Quran,
dampingilah al-Quran,
sentiasa bersama al-Quran,
tunjukkan pada mereka,
bagaimana hendak mentadabbur,
bagaimana hendak menjadi al-Quran sebagai panduan hidup.
Kadangkala,
mereka hanyalah tidak mengetahui.
Allah jadikan kita-kita,
sebagai hambaNya dan khalifahNya.
Erti kata lain,
our default settings,
adalah hambaNya dan KhalifahNya.
Pasti,
pasti ada rasa cinta dalam diriNya pada Allah.
Yang diperlukan hanyalah sentuhan tarbiyyah,
yang bakal meng-clorox segala karat-karat jahiliyyah,
dan menjadikannya logam yang bersinar Nur Islamiyyah.
"Sometimes, all we need is just a pair of hands to lead us to Him."
..........
Berbalik kepada barah otak yang terkini,
iaitu ayat,
"Saya tak nak buat sebab awak yang suruh, saya nak buat dengan ikhlas kerna Allah. Beri saya masa ya?"
Disebarkan Islam,
melalui Rasulullah,
seorang manusia.
Tiadalah pula,
Islam tiba-tiba muncul,
pooof!
Tadaaaa!
Dan tiadalah pula,
Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Bilal bin Rabah, Sumaiyyah, dan para sahabat yang dicintai,
secara tiba-tiba mendapat Hidayah,
untuk memeluk sesuatu yang tidak dikenali.
Tidak, ya akhi, tidak ya ukhti!
Mereka-mereka memeluk Islam,
mereka-mereka mendapat Hidayah,
kerna mereka dapat tahu mengenai Islam,
melalui Rasulullah, seorang manusia jua.
Rasulullah menyeru,
dan para Sahabat menyahut.
Apakah hendak dikatakan para Sahabat tidak ikhlas?
Pabila diturunkan ayat haramnya arak,
Rasulullah menyampaikan,
dan para Sahabat memecahkan, mencurahkan, memuntahkan segalanya,
apakah mereka tidak ikhlas, ya akhi ukhti?
Perlu difahami.
Rasulullah hanyalah penyampai.
Para Dai'e, yakni penyeru jua,
hanyalah penyampai.
Pernahkah kamu dengar,
akan kisah Arab Jahiliyyah,
yang menentang Rasulullah,
seperti Abu Jahal dan Abu Lahab?
Celikkah kamu akan sebab mereka menentang?
Sebab Islam palsukah?
Oh, tidak sama sekali,
Mereka enggan tunduk kepada kepimpinan Nabi,
yang hanyalah manusia biasa,
sedangkan mereka adalah ketua Kabilah.
Nampak permainannya?
Mereka menolak perintah Allah,
kerna manusia.
Kononnya,
jika seorang ketua Kabilah lain,
yang menjadi Rasul,
maka mereka akan memeluk Islam.
Kononnya,
jika mereka berjaya membunuh Rasulullah,
selepas tu mereka akan memeluk Islam.
Pffft.
Mereka buta.
Yang Rasulullah hanyalah menyampai.
Segalanya daripada Allah.
Telah disusunnya,
menjadi takdir.
Qada' dan Qadar yang kita-kita beriman kepada.
.............
Persoalannya,
yang mana satukah kita-kita?
Orang yang mati,
Orang yang tuli,
Orang yang berpaling ke belakang,
Orang yang buta,
ataupun,
orang yang beriman kepada ayat-ayatNya lalu berserah diri?
***
"Beri saya masa."
Sampai bila?