Monday, April 1, 2013

Akakku 'Pejuang' yang Awesome!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Aku punya ukhtun kabiir.
Namanya se gah orangnya.

KHAIRUNISSA yang bermaksud sebaik-baik wanita. InshaALLAH, perjuangkan maksud namamu.

Dia bukanlah secantik Rozita Che Wan mahupun se'hot' Angeline Jolie. Namun, cantiknya dia dalam ketabahannya dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang daie,seorang anak,seorang kakak dan juga seorang isteri.

Dia tidaklah segenius Ainan Cawley ( kalau xkenal sila jangan segan silu tanye Encik Google) namun die punye kepandaian dalam masakan dan cookies.

Dia tidak punye suara semerdu Siti Nurhaliza, namun gelak tawanya mampu menggegar satu dunia. (Apakah ini satu pujian?)Tidak mengapa kak,kita sememangnya berdarah speaker. XD

Dia bukan pelajar jurusan agama, namun semangatnya mengaut ilmu akhirat melebihi segalanya.

Kamu sama semacam ibu kita.Kamu mewarisi ketabahan dan kecekalan beliau.

* Kamu menolak untuk sambung belajar dekat universiti kerana kamu tahu kami adik-adik masih perlukan sokongan dari seseorang selain seorang ibu.Ma seorang tak mampu nak tanggung pelajaran akak dengan kami semua.Tabik hormat untuk kamu.

* Kamu kecewa sebab terpaksa habiskan zaman kanak-kanak dengan menjaga kami semua.Tapi dalam sedar atau tidak kamu masih tunaikan tanggungjawab tersebut dengan sempurna.Tabik hormat untuk kamu lagi.

* Kamu jimatkan duit perbelanjaan makan ketika kamu bekerja di kilang. Pertama kali kamu keluar dari negeri Terengganu. Hasrat untuk beli nasi lemak untuk santapan dipendam memikirkan adikmu di universiti. Aku patut boleh mengagak bila badanmu susut ketika itu. Tabik hormat untuk kamu kali ke-3.

* Kamu lah orang yang memenuhi ruang kecil rumah usang kita dengan televisyen,radio,cd player dan perkakas lain. Supaya kami tidak merasa jauh ketinggalan dari penduduk kampung lain. Baju baru kami dan ma kamu belikan.Beruntungnya kami mempunyai kamu dalam hidup kami.

* Kamu orang yang menentang sekerasnya ma kahwin untuk kali ke 2. Aku tahu kamu bimbang ma semakin terbeban. Tapi Alhamdulillah,Tuhan itu Maha Adil.Dia hadiahkan ayah untuk ma kita.Hidup kita makin lama makin berubah.Aku yakin ayah mampu bawa ma ke Syurga.InshaALLAH. :)

* Kamu diuji dengan ketidakhadiran zuriat selepas bergelar isteri. Bibirmu mengukir senyum tatkala ditujah dengan soalan dari manusia yang tidak memahami tatkala hatimu hanya Tuhan yang tahu. Sungguh aku kecewa dengan diri sebab tidak mengerti perasaanmu apabila kamu mengadu. Maaf kerana tidak memahami...

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)

* Kamu diuji lagi dengan bukan sakit biasa. Zahirnya kamu kelihatan sihat,tapi bukan batinmu. Aku tidak merasa,jadi aku tidak memahami.Untungnya kamu mempunyai seorang suami yang sentiasa dibelakangmu untuk bertongkat saat jatuh rebah. 

* Dan kali ini kamu diuji lagi.Kerapnya kamu diuji.Allahurabbi.Tapi aku percaya kamu mampu kerana aku tahu kamu seorang yang kuat.Kumpulkan kesabaran kamu. Biar ia menjadi gelombang kuasa kame hame ha yang mampu mengalahkan anasir2 'jahat'.


Kamu yang Diuji,


“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)




Related Posts with Thumbnails