Saturday, May 28, 2011

EDISI KHAS: SAYA SAYANG MAMA


Hari ibu da lame berlalu,tapi bak kata ayah

“Setiap hari adalah hari ibu”

Arini aku nak bercerita pasal mama aku.semua tentang mama.mama merupakan seorang mahluk ALLAH dan insan yang sangat bernilai dan tak ternilai.dan mama aku jugak merupakan WANITA ISTIMEWA.nak tau sebab ape??

1) Ada TANGAN AJAIB

Tiap kali mama masak mesti sedap wlaupun cekodok kosong yang ade tepung dengan air.

Kadang2 nasi goreng yang kat kedai yang ade sgala macam “seaput” tu tu pun blom tentu bley lawan nasi goreng putih mama yang letak telur mate kerbau sebijik kat atas.

Bile tangan mama usap kepala ataupun belakang badan ketika dye memberi pelukan,segala penat lelah hilang.rase tenang je segala msalah terbang begitu aje..ajaib kan?

2) Ada SUARA MERDU

Suara mama aku ni memang merdu gile.kalah Siti Nurhaliza wa cakap lu..(ditokok tambah).

Mane taknye tiap kali mama bercakap terus sentap ke jantung.bila mama ulit kite dengan berzikir,konpem sampai ke esok tidur lena.

Kebnyakan suara merdu mama disumbangkan ketika kitowang buat slah..ape lagi?membebel la..hehe.tapi mama cakap bebel mama bersebab.sebab mama sayangkan kitowang,mama ambik berat pasal kitowang.

3) Ada KAKI BESI URAT DAWAI

Mama ni seorang tukang jahit.tiap kali raya mesti bnyak tempahan dan mesin jahit mama plak manual yang gune kaki tu.kadang2 mama menjahit dari pagi sampai malam.benti untuk solat dan makan.aku cakap kat mama “kalau letih,benti la dulu ma.”

tapi ma akan cakap,”tape,ma xletih pun”.

Kuat kan kaki mama?

Pernah sekali aku naik bas dengan mama nak balek kg arwah abah.kebetulan bas tu penuh,ade satu seat je dan mama bagi aku duduk. Bukan aku xsuruh mama duduk tapi mama berkeras nak berdiri sedangkan perjalanan memakn mase 2 jam lbey.tapi di bibir mama tetap terukir senyuman.

4) Ada MATA LASER

Mata mama memang tajam.kalau mama tengok je trus bley nampak ape yang terbuku kat hati.dan mata mama jugak bley tgok perubahan pada anak2 mama dengan sekali imbas je.dasat kan? Bile aku nakal ataupun buat hal,mama akan memncarkan laser. Dan aku paham yang aku kena diam.

Tiap kali aku buat sesuatu tanpa pengetahuan mama tiap kali akan terbongkar sebab mata tajam mama bley mengesan sesuatu pada wajah aku.jadi,aku da xbley mnipu mama lagi.mama memang pro.

5) Ada INSTINCT YANG DASYAT

Naluri mama tersangat la kuat.kadang2 bley merentasi gunung dan lautan.setiap kali aku sakit,mama akan kol bertanya khabar.setiap kali aku tade dwet,blom sempat aku nak telefon je mama dan kol tanye ade dwet ke idak..ha..tu yang paling aku suke.heee..

bila aku ada maslah mesti mama akan dapat kesan dengan cepatnya.

6) Ada NUR di WAJAH

Setiap kali pandang wajah lembut mama mesti aku rase tenang sangat2..bila dye tidur,cuba korang pandang wajh mama kowang.mesti menitis air mata kowang..wlaupun muke mama da xsetegang dahulu,dah xputeh mase mama maseh dara pingitan dulu tapi mama masih yang tercantik.

Bile tenung wajah mama lama2 rase sebak di dada.aku sendiri tatau nape yang pasti tiap kali pandang wajah mama mesti senyuman terukir di bibir.

7) Ada SYURGA di TAPAK KAKI

Bak kate pepatah “kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah tiada penghujungnya”.

Dalam lirik lagu Aisyah tu plak ade tulis ‘syurga itu di telapak kaki ibu’.

Dan ade lagu english;

“who should i give my love to,my respect and my honour to?”

“After ALLAH and RASULULLAH..then YOUR MOTHER.”

Dan nama mak ataupun ibu disebut 3 kali baru la ayah.

Dalam Al Quran pun ada tercatat pasal kewajipan menyayangi dan mghormati ibu.

Thursday, May 26, 2011

MUHASABAH DIRI


Duhai DIRI,

Sekiranya ada insan yang meminta CINTAmu,

Katakanlah bahawa cintamu hanya pada ALLAH.

Sekiranya ada insan yang meminta RINDUmu,

Katakanlah bahawa rindumu hanya pada RASULULLAH,

Sekiranya ada insan yang meminta KASIHmu,

Katakanlah bahawa kasihmu hanya untuk IBU dan BAPAmu.

YA ALLAH,

Jika aku jatuh CINTA,

Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,

Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU..

YA MUHAIMIN,

Jika aku jatuh HATI,

Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang tertaut padaMU,

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

YA RABBANA,

Jika aku jatuh HATI,

Jagalah hatiku padanya,

Agar tidak berpaling daripada hatiMU..

YA RABBUL IZZATI,

Jika aku RINDU,

Rindukanlah aku pada seseorang yang

Merindui syahid di jalanMU,

YA ALLAH,

Jika aku menikmati cinta kekasihMU,

Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya

bermunajat di sepertiga malam terakhirMU..

YA ALLAH,

Jika aku jatuh HATI pada kekasih MU,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalm perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU..

YA ALLAH,

Jika KAU halalkan aku merindui kekasihMU,

Jangan biarkan aku melampaui batas Sehingga aku terlupa pada

cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU..

Amin...

Monday, May 2, 2011

Belacan & Paku mat saleh berjiwa melayu


si Belacan dan si Paku berasal dari USA. Belacan berasal dari Utah manakala Paku berasal dari Arizona. Masing-masing berumur 22 tahun dan pernah tinggal di Sarawak sebagai ahli sukarelawan.. Sebelum sampai ke Malaysia, Belacan dan Paku terlebih dahulu memulakan training mereka pada bulan August 2007 di US then pergi ke Malaysia bulan September 2007. Paku memulakan tugasnya sebagai sukarelawan di Bintulu, manakala si Belacan ditempatkan di Singapura buat sementara waktu.. Setelah selesai di Singapura, Belacan pergi ke Bintulu, Sarawak mengikuti jejak si Paku..

Belacan dan Paku balik ke USA pada tahun 2009.. Sekarang mereka bekerja di tempat yang sama di Utah.




i love belacan yang comey dan paku yang sempoi..
nak tgok lagi??
klik la kat SINI..

Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan 'C.S.D.P 13/43' - Funny



klaka gile cikgu english neh....aduyai..!

demam NUR KASIH kembali..

Dari sebuah drama yang ditonton 19 juta penonton, sebuah kisah cinta terulung di Malaysia, kini filem Nur Kasih The Movie bakal ditayang pada penonton pada 19 Mei 2011.

Sinopsis Nur Kasih The Movie

Filem ini adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia.


sape2 yang nak tgok cite tu kat pawagam sile sdiakan tisu yang manyak aw..okeh??


Sunday, May 1, 2011

aku kembali aktif dalam sukan bina badan..

dsebabkan aku skam nih ngah cuti,so bnyak la waktu2 yang terluang kat uma yang aku ade..
mohon maaf la coz aku suda bertuka bidang,aku da tamo aktif blogging coz aku skam lbey bminat ngan aktiviti cambesh ni,,sukan bina badan..



erk!!bukan cam sazali samad tuh..tapi sukan yang ag satu..erti kate laen,menternak lemak??hehe..

make,aku bley konklusikan yang berat bdan aku akan bertambah dengan jayenye coz aktvtv tidur dan mkan yang aku sedang jalani skam nih makin giat djalankan..

umm..tetibe windu penang..aish!
Related Posts with Thumbnails