Duhai DIRI,
Sekiranya ada insan yang meminta CINTAmu,
Katakanlah bahawa cintamu hanya pada ALLAH.
Sekiranya ada insan yang meminta RINDUmu,
Katakanlah bahawa rindumu hanya pada RASULULLAH,
Sekiranya ada insan yang meminta KASIHmu,
Katakanlah bahawa kasihmu hanya untuk IBU dan BAPAmu.
YA ALLAH,
Jika aku jatuh CINTA,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU..
YA MUHAIMIN,
Jika aku jatuh HATI,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang tertaut padaMU,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..
YA RABBANA,
Jika aku jatuh HATI,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMU..
YA RABBUL IZZATI,
Jika aku RINDU,
Rindukanlah aku pada seseorang yang
Merindui syahid di jalanMU,
YA ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasihMU,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMU..
YA ALLAH,
Jika aku jatuh HATI pada kekasih MU,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalm perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU..
YA ALLAH,
Jika KAU halalkan aku merindui kekasihMU,
Jangan biarkan aku melampaui batas Sehingga aku terlupa pada
cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU..
Amin...
No comments:
Post a Comment