Tuesday, November 29, 2011

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya.


Bercakap fasal doa,
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.


Cerita yang saya dengar itu begini:


-----------------------------------------------------------------------
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.


Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

-------------------------------------------------------------------------------------------


Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.


Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga bermanfaat note ini.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.

MARI MENJADI HAMBA!



Pulangkan segalanya kepada Allah. Rendahkanlah hatimu.

Saturday, November 26, 2011

Maksud Simbol Jari Peace ( V ) + Lidah Terjelir

Salam kepada semua,


Melihat kepada keadaan remaja-remaja kita sekarang ni , memang malu dan menyedihkan. Terutama sekali kepada mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Janganlah jadi Islam hanya sekadar pada nama tapi perangai tidak mengambarkan cantiknya dan indahnya Islam itu.

Apabila sifat malu sudah tiada lagi maka bermacam perkara yang sanggup di lakukan.


Tampalan gambar di atas ini adalah antara contoh-contoh perbuatan hilangnya sifat malu pada remaja kita sekarang. Malah ada banyak lagi simbol-simbol atau perbuatan yang menjurus kepada hilangnya sifat malu. Mungkin kerana terpengaruh dengan budaya-budaya luar ataupun hanya mengikut sahja tanpa menyelidiki terlebih dahulu.


Simbol "Peace" ( yang ditunjuk menggunakan isyarat jari seperti V ) sebenarnya ditujukan pada bahagian kemaluan perempuan atau lebih dikenali sebagai V-Zone / V-Spot / Miss V. Jadi bila V+ Lidah Terjelir = MENJILAT KEMALUAN WANITA. Sebenarnya simbol ini digunakan oleh golongan lesbian , dan tak perlulah aku huraikan lebih panjang lebar di sini. Kalau tak percaya sila klik diSINI , SINI dan SINI.

Kepada mereka yang pernah bergambar dengan melakukan aksi-aksi tersebut malah meng'up-loadkan' gambar tersebut ke dalam ruangan sosial seperti FB dan lain-lain , maka fikir-fikirkanlah.

Kepada ibubapa, seharusnya peka dengan perkara sebegini bagi memastikan anak-anak remaja kita hari ni tidak terjerumus atau terjebak dengan keruntuhan moral pada hari ini.

Menyampaikan sekadar buat peringatan...


SEJARAH @ KISAH DISEBALIK 555



Assalam..

Sebenarnye aku nak wat entry ni time follower aku mencecah 555,tapi nampaknye terlebey sudah..alhamdulillah..ade jugak mnusia yang terklik butang follow...kihkih..walaupun aku taw belog cabuk nih langsung tiada attraction.

Okeh..kowang ingat lagi x buku kecik yang ade no 555 terpampang kat cover dye tuh.. ala..yang kecik2 tuh,lau kat kedai kopi dulu2 dowang buat buku hutang..hehe.

Mase zaman aku sekolah rendah dulu,buku tu femes la coz senang dapat dan murah..
yela..20 sen satu,nak beli buku kulit tebal tu duit xbape na cukup..

Rase2 mase tu aku darjah 1@ 2,around that age la aku beli buku tuh then aku buat buku kecik tu as my personal diary.. nak2 dulu cerita2.drama2 lam tibi dok tunjuk pasal heroin tulis dairi la.. aku pun sedikit terpengaruh lalu menulis segala luahan perasaan aku kat buku kecik tuh..

Nak dijadikan cerita,mase aku kecik aku ni jenis yang bergaul dengan dak laki2..majoriti dowang tu sume same age wif my 3 brothers. 3 abang aku ni la yang jadi pak gad masa aku kecik,dowang jugak la yang dok spent time layan karenah aku.

Mase kecik2 aku ni gatal sikit,kebetulan ade sowang dari membe abang aku ni muke dye agak ensem la,macam hero cerita dalam tibi gitu..hihi.aku dengan x semena2 terpikat.ecece.

Satu ari yang xberape cerah,mase aku on da road nak kelua rumah aku nampak abang aku ngan geng dye dok tersengih2 sambil bace samting..aku pun mendekati mereka,perghhh!!! Diari comel aku kot?

Dan dengan muka yang tatau malu abang aku membacanya dengan sekuat hati segala apa yang tercatat kat dalam buku tuh depan mamat yang aku minat tang tang..malu beb..malu..rase nak sorok muke lam tong sampah.

Lepas peristiwa tu aku langsung xpenah buat diari buku lagik..tamau sejarah lame berulang..hoho! skang dah ade blog nih..ok la tu..

Owrait..tu la sejarah idup aku ngan buku 555.. sekian.

Wednesday, November 9, 2011

Entry khas untuk GADIS ISTIMEWA


As salam...

Lame suda aku x menaep kat sini..maklum jela semenjak menjadi seowang yang bekrjaya ni jadual melepak dan berblogging agak terhad..lebih2 lagi kerja aku hanyalah sekdar menjadi kuli aja..okeh,da abis pendahuluan yang tade kena mngena dengan tajuk entry.

First of all,

Gadis spesel yang aku maksudkan ialah SYIMAH AHMAD.. (sowi beb aku xtaw name panjang ko yang ade lam IC..tp ase cam norhasyimah..ummm(mikirr..)yang bawu aje menjengah umo 21 taun.. ko dah tue beb,dah bley kawen dah..kihkih..

Minah senget nih aku jumpe kat cb GOMOFM..thanks papa kubi.kwan maya aku ngan akak aku si HANTU CB..asalnya dari bumi kenyalang,sedikit abnormal dan bermata empat. Kecik molek aje,lau nak kompare ngan aku,aku ni ibu jari dye plak jari kelingking..ahaks.(nampak beno saiz kite berbeda)

Maap la aku tadapat nak buat surprise party apetah lagi membungkuskan adiah berupa jam tangan ROLEx maupun beg tangan berjenama GUCCI kerna aku xmampu ma cik..aku x mampu..sigh..terharuu...

MY SPECIAL FRIEND,

Isn’t it funny..

How some special people,

Don’t realize they are special at all?





They are thoughtful Without even thinking about it.

They are always right there When u call





They share,not expecting a thing in return,


Yet always seem richer for giving,


class="MsoNormal">Isn’t it lovely how those special people

Can teach us so much about living!


Youre One Of Those Special People..



Papepun dksempatan ini aku nak ucapkan:

SELAMAT MENYAMBUT ARI LAHIR YANG KE 21

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR SERTA DIMURAHKAN REZEKI

SEMOGA KAMU SENTIASA DIBWAH LINDUNGAN DAN RAHMAT ILAHI

SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL ABADI SAMPAI BILA2.





Related Posts with Thumbnails