Monday, December 24, 2012

BARING KETIKA AZAN BADAN MENJADI BERAT?

Assalamualaikum Wbt.

Semenjak dua menjak ni ramai pulak yang sebarkan hadis berkaitan

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya..”

Dan jugak Jangan baring ketika azan, nanti mayat berat

Dan yang tak best nya di akhir2 ayat nota kaki yang berbunyi begini :

Rasulullah SAW bersabda "Sebarkan walaupun sepotong daripada ayatku"

PERHATIAN!!!

Sila beritahu kepada kakak,abang,saudara mara,rakan2,jiran sebelah kanan,kiri,depan,belakang dan sama waktu dengannya.Sebarkan di Twitter,Facebook,MySpace,Blog dan segandingan dengannya.

Dakwaan itu tidak benar. Imam Malik bin Anas meriwayatkan di dalam kitabnya al-Muwata’ hadith daripada Tha’labah bin Abi Malik al-Qurazi :

أنهم كانوا في زمان عمر بن الخطاب يُصَلُّون يوم الجمعة حتى يخرج عمر ، فإذا خرج عمر وجلس على المنبر وأذن المؤذنون قال ثعلبة جلسنا نتحدث . فإذا سكت المؤذنون وقام عمر يخطب أنصتنا فلم يتكلم منا أحد

Maksudnya lebih kurang: “Adalah mereka di zaman Omar bin al-Khattab, menunaikan solat (Sunat) pada hari Jumaat, sehinggalah ‘Omar masuk ke dalam masjid, apabila ‘Omar masuk (ke dalam masjid, dan beliau duduk di atas mimbar, lalu tukang azan melaungkan azan. Kata Tha’labah : “Kamipun duduk (berhenti dari menunaikan solat sunat) dan kami berbicara (bersembang). Apabila azan selesai, lalu ‘Omar berdiri untuk menyampaikan khutbah, kamipun diam dan tidak ada seorangpun daripada kami yang berbicara.” (Muwata’ Malik dengan Syarah al-Zarqani. Jld 1, m.s. 307)

 Para ulama berbeza pendapat tentang hukum menjawab azan. Pendapat yang lebih benar adalah pendapat Jumhur (Kebanyakan) Ulama yang mengatakan hukum menjawab azan adalah sunat, inilah pendapat al-Malikiyyah, al-Syafieyyah dan al-Hanabilah.

al-Imam al-Nawawi berkata di dalam al-Majmu’:

“Mazhab kami (al-Syafie) berpendapat menjawab azan adalah sunnah bukannya wajib, inilah pendapat Jumhur Ulama.” (al-Majmu, jld 3/127)

Jika benar terdapat larangan yang keras dari berbicara ketika azan sudah tentu tidak wujud perbezaan pendapat ini

Apa yg anda dengar itu adalah termasuk petua orang2 tua Melayu kita dalam bab targheeb dan tarheeb (menggalak dan mencegah), maka direkanya petua dan semisal hadis palsu.

Cth yg lain:
a. Janganlah memanjat pokok pisang, nanti buruk kemaluan
b. Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul
c. jangan main waktu maghrib, nanti disembunyikan hantu


Yang benar: mayat memang berat kerana ia menjadi solid mass. Tambahan kalau si fulan tu dan Heavyweight, maka sudah tentulah mayatnya berat. Kalau kita dah mati, apa nak dirisaukan mayat kita berat atau ringan, yg kita kena fikirkan ialah beratnya amal. Walahualam.






2 comments:

  1. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Imajinasi lebih penting daripada pengetahuan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

    ReplyDelete
  2. pasal pantang larang duduk atas bantal tu adalh mitos org melayu je...bace ni, duduk atas bantal tu Sunnah Nabi.. ni source nye.. nk komen byk2 pon, aku bukan ustaz..haha..

    bace ni.
    http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/04/01/cintailah-rasulullah/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails