Assalamualaikum w.b.t
Sudah lama rasanya jari jemari kemetotku tidak menaip ‘entry’
untuk blog usang ni. Ada lagikah pembaca yang simpati ataupun semuanya sudah
melupakan kewujudan aku yang hina?
Hari demi hari, dunia semakin menarik aku jauh dari hakikat
hidup yang sebenar. Semakin hari, semakin sibuk dengan urusan dunia yang tiada
berpenghujung.
Terkadang nikmat dunia yang manisnya cuma dihujung lidah membuatkan
aku alpa dengan hakikat sebenar bahawa ia mungkin pahit di pangkal tekak. Hampir
lupa usia makin bertambah, ajal semakin mendekat, namun amal masih di takuk
yang sama.
Terkadang aku
terjatuh, tersungkur, namun ALLAH masih memberi aku kekuatan untuk terus bangkit. Rasa hina yang
teramat bila DIA memberikan aku rezeki dan kasih sayang tanpa henti biarpun aku
lupa untuk bersyukur. Allahurabbi. :’(
Putaran jam bergerak pantas. Matahari berputar mengelilingi
bumi, untuk kesekian kalinya dan hari ini aku masih diberi peluang untuk
bernafas. Masih mampu merasai nikmat
Ramadan, Alhamdulillah.
Namun dalam kegembiraan, ada yang berduka. Membaca berita
saudara kita dari Rohingya, Burma dan yang paling hot sekarang, Palestin
membuatkan dada aku sesak. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang
memikul.
Apa nasib mereka sehingga mereka dibunuh sedemikian
rupa? Tiadakah sekelumit belas kasihan
pada anak-anak kecil yang polos matanya menusuk ke kalbu? Kemana hilangnya rasa
hormat pada kaum hawa? Mana perikemanusianmu wahai manusia?
Kagumnya aku pada
Pemuda Al Qassam, Allah.. Keimanan mereka, semangat jihad mereka, keberanian
mereka, kegigihan mereka. Puasa langsung tidak menjadi penghalang buat mereka. Ramadan,
bulan mulia seolah2 menyuntik semangat mereka untuk terus menegakkan kebenaran.
Melihat mereka, terus aku terkenangkan Saidina Hamzah bin
Abd Mutalib, Singa ALLAH. Perang Badar, dan Operasi Badar. Pemuda Al Qassam,
ALLAH bersama kamu.
Tangisan demi tangisan berguguran melihat seorang demi
seorang saudara seislam di Gaza rebah jatuh ke bumi. Air mata menitis laju bila
kudrat ini langsung tidak mampu dikerah untuk membantu.
Tangisan semakin laju bila mengenangkan mereka Syahid di
Jalan ALLAH, syurga menanti buat mereka. Tetapi aku yang belum tentu bila,
bagaimana cara kematiannya dan kemana penghujungnya masih menjadi rahsia.
Dicampakkan ke Neraka atau dimasukkan ke dalam Syurga? Walahualam.
Nasib penumpang MH 370 yang masih belum diketahui dan mereka yang terkorban dalam tragedi MH 17, itu semua termaktub dalam kitab ALLAH. Peperangan diseluruh pelusuk dunia, pembunuhan, maksiat yang berleluasa dan jenayah yang tiada penghujungnya sebenarnya itu semua untuk kita berfikir. Buka mata kamu luas2, gunakan akal kamu. Dunia sebenarnya hampir berada di penghujungnya .
Dikesempatan ini, aku memohon seribu kemaafan jika ada tersalah kata,terlanjur
bicara, terlancang lidahnya dan juga tersepak juga termengata. Mohon halalkan
dunia dan akhirat jika ada terambil barangnya, tercekik makanannya mahupun
tertelan minumannya.
Jika Ramadan ini ialah Ramadan terakhirku, mohon doa kalian
semua . Doakan semoga aku tenang di sana. J
No comments:
Post a Comment