Thursday, January 27, 2011

Rahsia Jari Kita




Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

jari


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Thursday, January 20, 2011

Lirik Kerana by Pagi Band

Monday, January 17, 2011

kaki SKODENG




Punca dan Gejala Ketumbit

Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.

Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair.
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya.
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak,

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

Apakah rawatan bagi ketumbit?

Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.

Bilakah pembedahan diperlukan?

Pembedahan hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.

Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?

Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.

Adakah ketumbit menyebabkan kebutaan?

Tidak. Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata. Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit.

Bolehkah ketumbit menyebabkan gangguan penglihatan?

Ia boleh menyebabkan sedikit gangguan jika terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, yang mana ia menyebabkan astigmatisma.

Anak saya sering mendapat ketumbit, adakah ini bermakna beliau kurang sihat?

Tidak, sebenarnya ia jangkitan dan boleh berlaku pada sesiapa saja.

Bolehkah ketumbit berjangkit?

Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak saya?

Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbik.

Bagaimanakah pembedahan ketumbit jenis kalazion dilakukan?

Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun untuk kanak kanak, pembedahan menggunakan bius am diperlukan.

Friday, January 14, 2011

memang BESSHH la..~

dsebabkan aku ambik auto,final paper aku cme 1 je..
best kan??
p pe yang paling besh ialah jadual klas aku
yang gempaQ gile sipot sedut masak lemak sambal belacan.uish..~
memang enjoy r...




ari jumaat i tade klas taw..hee..
jangan jeles~


Wednesday, January 12, 2011

Kenapa perempuan cantik kalau bertudung


Dia nk tutup aurat… … .

Dia jage maruah… … … ..

Dia x nak tunjuk kecantikan dier… … … … ..

Dia seorang yg pandai… … … .

Dia anak solehah… … … .

Dia dengar cakap mak ayah dia… … …

Dia hormati orang lain… … ..

Dia takut bile dier x pakai tudung orang tgk dia cantik… … dan ade niat x baik… … … …

Dia x nk diminati ramai laki sgt… … ..

Tak nak menyusahkan org lain… … ..

Dapat pahala… … … …

Dapat menghindari dari maksiat… … … .

Supaya menjadi contoh pada perempuan lain… … ..

supaya lelaki yg beriman jer yg suke kat dier… … ..

Mendengar suruhan Allah… … .

Rambut perempuan adalah mahkota baginya… … … jd jgn sewenang2nye menunjuk kpd laki … kerana jika nada menunjuk anda tidak bernilai kerana mahkota anda telah dilihat oleh sume laki… … … ..(kecuali kuarga)

Dapat megurangkan nafsu laki… … .

Sebab patuh pada suami… … …

Sebab… … banyak lg sebab… … fikirkanlah… … … ..

Tuesday, January 4, 2011

aku masih anak mama


Sakitnye bukan kepalang.. bukan zahir je yang menderita namun batin juge tersiksa..cukup pakej orang kate.luar dalam sume lengkap..Mungkin ini suratan hidup aku. Bukan salah aku tok dlahirkan dalm keadaan camni..
Aku xpena mintak mama aku selimutkan aku dengan kain buruk yang mama gune tok lap lantai.kesian kat mama kena beli kain lain tok ganti selimut aku.
Aku jugak xsempat nak suruh mama potong uri aku coz mama lom ajar aku berkate2.. nak jugak aku petah berbicara macam dak haziq pondok2 tu.mane tau bile aku besar nanti bleh jadi pelakon ke..penyanyi ke..
Mama teblkan lagi selimut aku,mungkin mama takut aku kesejukan,mama balutkan lapisan ke dua dengan surat kabar tamil.. sepatah haram aku xpaham..salah mama jugak sebab x ajar aku membaca..
Mungkin nak cukupkan syarat bilik tidur paling sempurna dan menawan tok aku,mama baringkan aku dalam buaian yang dperbuat dari plastik itam yang tarafnye same dengan pembalut tong sampah depan rumah student uitm kat anjung harmoni.kelambunye itam je,tade lobang2 cam buaian baby len..tu sebab aku spesel kot..
mule2 aku nampak cahaye terang kat atas..kelihatan wajah pucat mama,mesti mama lupe pkai mekap ni..yela,biasenye mama tempek bedak tebal2,calit gincu kale merah bile nak kua dengn papa. Sayu wajah mama,terukir seulas senyuman d bibir mama..tetibe setitis demi setitis mutiara jernih mengalir dari kelopak mama..macam paip air bocor je jatuh menghempap wajah comel aku..
makin lame makin sempit ruang cahaya kat atas..sekeliling jadi gelap gelita.aku mule tertanya2 kenapa jadi macam ni??tubuhku terhuyung hayang ke ats dan kebawah..laen benar buaian ni berayun..memang buaian alaf baru macam ni ek??mama lupe nak bagi tong oksigen la!nanti adik lemas la mama..mungkin mama nak latih aku jadi perenang kot..
rase macam tubuh aku melayang ke udara.mama lempar aku btol2 ke dalm bekas besar yang ade macam2 bau.masam,busuk,hancing,hapak..dalm jarak yang jauh mama layak menyertai sukan lontr cakera atau lontar peluru.konpem mama jadi juara..! gedebak!badan kecilku bergolek seketika.adeh! patah la tulang sum sum aku..
serta merta aku menangis..sakit kot!nape mama wat camni..??kalau ye pun nak latih aku jadi kuat bukan cenggini..”mama,tolong adik..adik sakit..”berulang kali aku menjerit sekuat ati mengalahkan suara soprano ning baizura malh lagi lantang dari vokal shafinaz..”mama!!”
seolah2 tiada manusia laen yang wujud dalm muke bumi ni.aku macam makhluk asing je.tade sape yang dengar ke??peti suara aku da mule mendatar bunyinye..badan aku suda x mampu nak bertahan dengan kesakitan tadi..nafas aku sudah tidak selancar d awalnya..inikah pengakhiran hidup aku??..
bersambung...

Sunday, January 2, 2011

mutiara DOA





Doa keluar rumah
“Dengan nama ALLAH(dalm keadaan),aku menyerahkan diri kepada ALLAH,tidak ada daya upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan ALLAH jua.”

Doa ketika hendak masuk rumah
“ wahai TUHAN ku bahawasanya aku memohon kepada-MU sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar.Dengan nama ALLAH kami masuk dan dengan nama ALLAH kami keluar.Dan kepada ALLAH Tuhan kami,kamu menyerahkan diri”

Doa apabila mendapat berita gembira
“Segala puji kepunyaan ALLAH,Tuhan yang memelihara segala alam pujian yang menyamai nikmatNYA dan menandingi keutamaanNYA”

Doa tetapkan iman
“Wahai Tuhanku,berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi dipengaruhi kekufuran dan serikanlah kepadaku rahmat yang dengannya aku mencapai kemuliaan daripada kemuliaanMU di dunia dan akhirat”

Doa pada waktu pagi dan petang
“Aku berlindung dengan kalimat2 ALLAH yang sempurna,dari kejahatan apa yang terjadi”

Doa ketika melihat langit
“Wahai Tuhan kami,tiadalh engkau menjadikan ini dengan percuma. Aku akui kesucian-Mu,maka peliharalah kami dari azab neraka”

Doa memohon kesabaran
“Tuhan kami,limpahkanlah kesabaran keatas kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonhlah akan kami yang mengingkari”

Doa ketika sukar tidur
“Tidak ada Tuhan seain ENGKAU,Maha Suci ENGKAU. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri”

Doa ketika takut atau terkejut
“Aku berlindung diri dengan kalimah ALLAH yang sempurna dari kemarahanNYA dan seksaanNYA dan daripada kejahatn hambaNYA,daripada gurisan syaitan dan daripada kehadiran mereka itu”
Related Posts with Thumbnails