Friday, April 1, 2011

Pepatah songsang



1.Pembohongan apabila terus dipertahankan,satu hari nanti akan menjadi kebenaran

2.Tangan di atas lebih baik daripada kaki di atas

3.Hidup itu seperti roda yg berputar, kadang di atas kadang dibawah, tapi kadang-kadang di bawah lebih lama, kerana masa tu lampu merah.

4. Facebook adalah tempat dimana anda boleh conteng di dinding dan tidak dianggap gila

5.Percayalah kepada Tuhan; sebab ada beberapa perkara yang tidak mampu dijawab oleh Google

6.Walaupun sama-sama berjenis kelamin perempuan, pontianak berpakaian lebih sopan dibandingkan remaja zaman sekarang

7.Pekerjaan seberat manapun akan terasa ringan apabila tidak dikerjakan.

8.Jika seseorang melemparmu dgn batu, balaslah dengan senyuman dan lemparkan bunga, tapi pastikan dengan pasu-pasunya sekali turut terlempar.

9. Wang bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan wang.

10.Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, pergi klinik kemudian.

11.Banyak belajar, banyak lupa – so tak payah belajar agar tidak lupa.

12.Kegagalan adalah awal kepada kegagalan berikutnya.

13.Kehidupan adalah ibarat facebook, ramai kawan-kawan anda ‘like’ komen dan problem anda tapi seorang pun yang selesaikan problem anda kerana masing-masing sibuk updating status masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails