SCENE 1
lokasi : kedai mamak seksyen 7/9 n dll.
masa : tidak menentu sebab kedai mamak bukak 24 jam.
watak : si BuayaFren (BF) dan GeliFren (GF)
sepasang pasangan (halal ceritificated in process) ini sedang menikmati kambing golek madu. selepas 1 minit 15 saat selesai menikmati juadah tersebut,si BF mengeluarkan satu objek berbentuk empat segi x sama sisi dari poket kanan seluarnya.di atas kotak tersebut tertera perkataan "Mariboros ". sebatang rokok dikeluarkan dan dipanggang muncungnya dengan suhu sederhana. lalu bermula la aksi sedut hembus yang tidak sekata kelajuannya.
GF : hai B,xkenyang lagi ke?
BF : kejap lagi kenyang r ni..
GF : B tau tak merokok ni membahayakan kesihatan?dekat kotak dah terpampang amaran pun x pernah nak baca eh? kang mati awal baru tau.
BF : jodoh pertemuan,hidup mati semua di tangan Tuhan b.
GF : B da berape lame hisap benda alah ni?
BF : ok la tu,dari dok hisap benda laen,baek hisap benda ni..(sambil tersenyum kambing)
umm.. B ni belom otai lagi.. ade la dlam 6 7 taun. kenapa?
GF : sekotak berapa ringgit?
BF : alah.baru 10 ringgit malaysia.ape ade hal?like a peanut.
GF : kalau sehari B hisap satu kotak,seminggu dah 7 kotak,sebulan 31 kotak,setaun 365 kotak.365 darab 7 tahun.semua sekali 2555 kotak. ringgit malaysia yang dah melayang terbang sekali ngan asap2 tu overall RM25550.00. pergh!! banyak tuh..
BF : so?
GF : B.. dengan duit tu B dah boleh beli kereta BMW sebijik tau..tadela ke hulu ke hilir bawak moto cabuk tu aje.
BF : B hisap rokok x?
GF : ade ke B tgok baby hisap rokok sepanjang kite kenal?tade kan..
BF : Abis tu? mane BMW baby?
GF : 'speechless.'
SCENE 2 to be continued..
No comments:
Post a Comment