Tuesday, July 10, 2012

Pencarian Bakal Imam/ Tulang Rusuk


Assalamualaikum w.b.t

Aku dapat idea ni lepas aku terbaca salah satu entry sahabat aku.Di dalam entry beliau yang bertajuk SUATU PENCARIAN DAN PENANTIAN menarik minat aku untuk mengupdate blog cabuk ni.Dalam ketidaksedaran diri masih lagi di musim Final exam,orang lain sibuk study aku sibuk ber'entry'.Oh my EPE.! Maafkan saya. (^^)y

Bercerita tentang jodoh.Semua mahukan yang terbaik.Jika wanita mahukan lelaki yang soleh dan begitu jugak sebaliknya. Berkawan dengan orang lain. Bercinta dengan orang lain. Berkahwin dengan orang lain. Sering terjadi. Sebab jodoh itu rahsia Allah.Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.



Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita.

Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik.Perbaiki diri, bila Allah kita jadikan sebagai yang utama, insyaAllah, Allah akan bagi jodoh yang baik.

Kita dalam memilih pasangan jangan terlalu memilih paras rupa.Jangan Sedap di mata tetapi sakit di hati.Jika kerana paras rupa engkau jatuh cinta, Cinta itu akan hilang bersama pudarnya kecantikan itu.

Pilihlah jodoh dengan dua cara.
Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.

Yang ada dalam Islam ialah berkenalan atau taaruf, bukannya bercinta. Bercintalah selepas nikah kerana ia lebih istimewa. Manisnya cinta selepas kawin itu datang dari restu ibubapa.Dan dengan keberkatan dari ALLAH juga.


Buat Sang Hawa,

Jika inginkan yang soleh,kurangkan agenda mencari si SOLEH. Tetapi berusahalah menjadi yang SOLEHAH. Janganlah kamu mencari siapa pemilik tulang rusuk buatlah dia mencari tulang rusuknya sendiri.

Jadilah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.Agar bidadari syurga cemburu kepadamu.

Buat sang Adam,

Jika inginkan yang SOLEHAH,janganlah cerewet mencari yang SOLEHAH. Tetapi berusahalah menjadi yang SOLEH.


Cantik atau tidak, kurus atau gemuk, asal harum agamanya, kahwini dah perhalusi dia, di syurga dia tetap bidadari.Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu.

Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!

Pesanan untuk bakal Imamku;

Jika ada jodoh,kita akan bertemu..Buat masa ini,Biarlah kita berjauhan dulu.

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).

Mungkin Kita Berbeda


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah.Terasa lega yang amat selepas berperang dengan paper DYNAMICS dan STRENGTH. walaupun masih ada satu lagi perjuangan yang belum selesai,paper EPE yang belum aku 'fire'.At least aku sudah bebas dari paras bahaya.

Ibarat terperangkap dalam lif yang terkena muntahan sampah sarap dari mak cik cleaner,Bau busuk menerawang mencucuk ke lubang hidung ,nak bernafas payah,nak tahan nafas semput.Sudahnya kembang kempis kembang kempis lubang hidung dok tahan bauan semerbak.Sesak.

The good news is dynamic dan strength aku berjaya 'Tembak" dengan jayanya.Kerna aku dasarnya memang seorang "sharpshooter" yang professional. (^^)y

Okey,berbalek pada tajuk besar kat atas.Mungkin kita berbeda.Merujuk pada entry sebelum ni "Awek Mechy Membosankan" aku mendapat komen negative dan jugak komen positive. Maaf kiranya entry tersebut ade menyinggung mana2 pihak,tidak terlintas di hati hamba. Hamba hanya manusia biasa.


Memang kita manusia ni Makhluk yang ALLAH ciptakan berbeza.Tak semua orang berwajah bujur macam Fasha Sandha,bermata bulat macam Heliza Helmi,berbibir seksi persis Kilafairy dan bertubuh mantap macam Rozita Che Wan.Tapi

Kita sempurna sepertimana kita dicipta.




Tidak mengapalah seandainya dirimu tidak memiliki wajah yang cantik untuk menjadi rebutan dan sebutan ramai manusia, asal dirimu punya akhlak baik yang menjadi kebanggaan Allah, agama, dan Rasul mu.. Itu sudah terlebih baik dan amat cantik." ♥

|Siti Khadijah R.A|




Saturday, July 7, 2012

Awek Mechy Membosankan?



Assalamualaikum w.b.t



Fuhh! Fuhh! hembus2 sikit bagi hilang bau tempoyak.
Okeh,aku masih dalam minggu Final Exam.A little bit stressed that why i wrote an entry here. Just short one okey,promise! (^^)y



Awek mechy (mekanikal) MEMBOSANKAN? Is that true?



Isu ni dah lama sebenarnya berkumandang di corong2 redio dan jugak pernah menjadi isu hangat di parlimen cuma aku saja je tak nak gembar gemburkan. Nanti aku pulak yang dapat nama.Xpasal2 wajah aku terpampang di muka depan surat khabar HARI HARI METRIK bersama Aaron Aziz dan jugak majalah GADIS. eerk. Motif?



Isu berbangkit ni timbul bila satu group Pelajar lelaki mekanikal berdebat mengenai kebosanan berada di fakulti disebabkan oleh tiada bunga yang boleh mencuci mata diorang. Dan malangnya perdebatan tersebut turut disertai oleh Awek mechy yang agaknya diragui jantina mereka oleh jejaka2 tersebut. Antara alasan2 yang dibentangkan ialah;



1)Awek mechy muka petak2,berminyak macam Piston.



- Relevankah kami2 semua memakai Foundation Mac,Bedak Silkygirl Eyeliner Avon, Mascara Maybelline dan Lipstick In 2 It semata2 untuk masuk ke kelas dan menulis nota serta membuat sedikit latihan lalu balek semula ke rumah?.Membazir make up je saudara. Lagipun kami tak payah pakai mekap dah cantik kot.(ok,ni ayat sedapkan hati)






2) Awek mechy tak ada style. Asyik pakai jaket blue black tu aje.



- Relevankah kami masuk bengkel pakai skirt dan jugak kemeja yang ada ribbon kat belakang tu? Nanti kang tersadung dekat milling machine ke tak pasal2 kurang duit hantaran kahwin. Lagipun pakai jaket ni jimat masa saudara. Korang pakai jaket sebab jimat baju. Ye dak?



3) Awek mechy/bakal engineer perempuan tiada ciri2 pendidik dan jugak tak pandai bab2 hal ehwal rumahtangga.Tak macam cikgu.



- Tak ada bukti jangan main fitnah2 saudara. Muka kami je brutal tapi bab asam pedas dengan masak lemak cili api celah gigi je.Nak rasa mai sini,biar aku cili2 sikit mulut tu. Ciri2 mendidik tu bukan ada dekat kerjaya je,tapi bergantung pada individu tu sendiri.




Bila aku cakap aku nak kahwin umur 27 semua pakat buat muka terkejut macam nampak gajah naik hot air ballon.rilek lah.Xsalah pun nak cari ilmu tinggi2,keja setahun dua kumpul duit hantar mak ayah pergi umrah.kan? kan? kan?



Tak apelah kalau saudara2 mechy tak suka awek mechy.Awek mechy pun bukan suka sangat saudara2 mechy.bahaha! Ayat tak boleh belah.Kalau dah jodoh umur 46 pun kahwin jugak. InsyaALLAH.



Andai KEBURUKAN & KEKURANGAN yang kita CARI dalam diri seseorang
maka amat2 MUSTAHIL untuk kita NAMPAK KEBAIKANNYA..
Tetapi,jika kita sedia MENERIMA kekurangan seseorang..
pasti kita akan nampak seluruh KEBAIKANNYA..
KEKURANGANNYA DIREDHAI.. KELEBIHANNYA DISYUKURI..



Ok lah,tanak merapu panjang2.Doakan saya ye kawan2.Assalamualaikum.

Thursday, July 5, 2012

CINTA ITU BUKAN TUHAN!

Cinta bukan Tuhan.Tidak semua kehendak cinta mesti kita patuhi. Bila cinta melanggar batas-batas rasional, nilai-nilai kemanusiaan dan yang paling utama melanggar syariat, kehendaknya mesti dihentikan.Dan yang paling utama, bagaimana pula hukum Allah yang akan dilanggar jika hubungan terlarang (haram) itu diteruskan. Mencinta isteri dan suami orang adalah haram. Curang itu khianat. Khianat itu adalah antara ciri kemunafikan. Ya, cinta memang buta, tetapi orang yang bercinta (lebih-lebih lagi orang beriman) jangan pula sampai buta mata hati untuk mengawal dan mengendalikan rasa cinta. Demi cinta sanggup berdosa? Demi cinta sanggup menempah neraka? Fikir dan zikirkanlah (ingatkanlah)!

Malangnya, begitulah realitinya kini. Cinta dimertabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung… Demi cinta segala-galanya berani diterjah dan sanggup diredah. Tidak percaya? Bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Isteri jatuh cinta pada suami orang. Suami jatuh cinta kepada wanita lain dan rela meminggirkan isteri sendiri. Bila ditanya kenapa? Kebanyakannya menjawab, “apa boleh buat, kami sudah jatuh cinta!”


Inilah gara-gara dan bahananya menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem “yang sewaktu dengannya”. Inilah impak lagu-lagu cinta yang menyumbat telinga dan menyempitkan jiwa. Secara tidak sedar filem-filem dan lagu-lagu itu telah menawan “akal bawah sedar” sesetengah masyarakat, bukan sahaja remaja, bahkan “retua” hingga sanggup menobatkan cinta sebagai Tuhan dalam kehidupan.


Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin dalam filem-filem tersebut sanggup melepasi apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka. Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu-bapa dipinggirkan, kononnya kerana menghalang kehendak cinta. Apa sahaja plot dan klimaks cerita, cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta!
Mari kita renung sejenak. Cuba tanyakan siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? Tentu sahaja jawabnya ialah Allah. Allah mencipta manusia, hati, akal dan perasaannya. Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah pada setiap hati. Lalu kita tanyakan lagi untuk apakah Allah berikan naluri cinta ini?


Untuk mengetahui apa tujuan cinta kita perlu kembali kepada persoalan asas, untuk apa manusia dijadikan? Ini adalah kerana semua yang diberikan Allah kepada manusia adalah untuk memudahkan manusia menjalankan tujuan ia diciptakan oleh Allah. Apakah tujuan Allah menciptakan manusia? Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.

Ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba (beribadah) kepada-Ku.”Al Dhariyat 51: 56
Dan Allah menegaskan lagi:
“Kami jadikan di muka bumi manusia sebagai khalifah.”
Dua tujuan penciptaan manusia ini adalah amanah yang sangat berat. Allah menegaskan lagi:
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, namun semuanya enggan memikul amanat itu kerana mereka khuatir mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu tersangat zalim dan jahil.” Al Ahzab 72

Sebagai hamba Allah, manusia perlu mengabdikan dirinya kepada Allah setiap masa, ketika dan di mana sahaja. Ia perlu menjadi manusia yang baik melalui ibadah-ibadah fardu Ain yang diwajibkan secara personel oleh Allah ke atas dirinya. Dan sebagai khalifah di muka bumi, manusia perlu mengurus, mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini berpandukan hukum-hakam Allah s.w.t. Ini adalah tanggung-jawab yang berat dan memerlukan penyertaan orang lain bersama-sama untuk dilaksanakan. Kebanyakannya amalan berbentuk fardu kifayah ini memerlukan tenaga jemaah.

Allah swt Maha Mengetahui akan kelemahan manusia. Dua tujuan yang besar penciptaan manusia itu tidak boleh dipikul secara bersendirian. Justeru, awal-awal lagi manusia ujud secara “co-existance” (ujud secara bersama). Kebersamaan ini sangat perlu untuk memberi kekuatan bagi memikul tujuan hidup yang sangat besar dan berat itu. Dan titik awal perpaduan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain ialah hubungan suami-isteri yang membentuk sebuah keluarga.

Keluarga adalah nukleus yang pertama dalam hubungan sesama manusia. Daripada sebuah keluarga terbentuklah masyarakat, daripada penyatuan masyarakat terbentuklah daerah, negeri, negara dan akhirnya dunia kehidupan yang lebih besar dan luas. Lihatlah bagaimana segala bentuk perhubungan itu semuanya berasal daripada hubungan seorang lelaki (suami) dan seorang wanita (isteri).

Maha suci Allah yang menyatukan manusia dalam pakej-pakej perhubungan yang bernama keluarga, masyarakat, daerah, negeri, negara dan dunia antarabangsa. Semua itu untuk apa? Ya, untuk bersatu bagi menjalankan peranan mereka sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Tugas yang berat dan mencabar itu akan terasa lebih mudah jika dipikul bersama-sama. Tanpa hubungan dan bantuan daripada orang lain, manusia tidak akan terpikul amanah yang besar itu.

Sesungguhnya, untuk memulakan tapak asas atau benih permulaan hubungan antara manusia dengan manusia itulah Allah ciptakan rasa cinta. Allah datangkan rasa rindu, sepi dan inginkan teman di dalam hati Nabi Adam. Pada hal Nabi Adam tinggal di syurga – tempat terhimpunnya segala nikmat dan keindahan.

Namun, tanpa seorang “teman wanita”, Nabi Adam masih terasa kesepian jua. Allah jugalah yang mengurniakan rasa itu, untuk menjadi sebab terbentuk hubungan suami-isteri yang kemudiannya menjadi sebab pula lahirlah zuriat demi zuriat yang melahirkan generasi manusia.

Dan kemudian datanglah musim ujian. Cinta mereka berdua terpisah ketika “tercampak” ke alam dunia. Setelah sekian lama cinta mereka terpisah (sebagai kafarah satu kesalahan), akhirnya mereka bertemu di padang Arafah. Dan dari situlah bergabunglah jiwa, minda, perasaan dan tenaga mereka berdua untuk menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia.

Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”

Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.

Mungkin rasa seperti itulah yang berbunga di dalam jiwa si suami yang diimbau nostalgia cinta lama oleh bekas kekasihnya yang saya sebut pada awal tulisan ini. Kerana cinta, terdetik dalam hatinya untuk bersama bekas kekasih walaupun terpaksa mengorbankan anak dan isterinya. Mungkin rasa cinta itulah juga yang menyebabkan ramai wanita mengorbankan kehormatan diri kepada kekasih hati demi membuktikan ketulusan cintanya. Mungkin kerana itulah juga seorang anak sanggup berpisah dengan ibu-bapanya demi memburu cinta.

Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu. Bila tujuan suci dan hakiki dipinggirkan, timbullah tujuan keji dan ilusi sebagai ganti. Sering terjadi nafsu seks dijadikan tujuan di sebalik rasa cinta. Cinta yang berbaur dengan kehendak seks inilah yang pernah dikecam oleh Al Farabi dengan katanya:
“Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan!”

Ironinya, ada yang berkata, “lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta.” Eksploitasi dan manipulasi cinta ini tidak akan memberi kebahagiaan kepada sesiapa – baik kepada lelaki mahupun kepada wanita. Lelaki yang mendapat seks dengan memperalatkan cinta, tidak akan pernah puas. Kehendak nafsu tidak terbatas dan tidak akan pernah puas. Melayani nafsu, umpama minum air laut… semakin diminum, semakin haus.
Manakala wanita yang memberi seks, kononnya untuk mendapat cinta, tidak akan mendapat cinta yang sejati. Mereka hanya akan menemui kasanova dan lelaki hidung belang yang hanya cinta sebelum dapat apa yang diidamkan, tetapi tunggulah sebaik sahaja habis manis sepahnya dibuang. Wanita-wanita malang ini bukan hanya kehilangan cinta, tetapi hilang maruah, kehormatan dan harga diri.

Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah. Wujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegaknya kalimah Allah.

Related Posts with Thumbnails