Tuesday, July 10, 2012

Pencarian Bakal Imam/ Tulang Rusuk


Assalamualaikum w.b.t

Aku dapat idea ni lepas aku terbaca salah satu entry sahabat aku.Di dalam entry beliau yang bertajuk SUATU PENCARIAN DAN PENANTIAN menarik minat aku untuk mengupdate blog cabuk ni.Dalam ketidaksedaran diri masih lagi di musim Final exam,orang lain sibuk study aku sibuk ber'entry'.Oh my EPE.! Maafkan saya. (^^)y

Bercerita tentang jodoh.Semua mahukan yang terbaik.Jika wanita mahukan lelaki yang soleh dan begitu jugak sebaliknya. Berkawan dengan orang lain. Bercinta dengan orang lain. Berkahwin dengan orang lain. Sering terjadi. Sebab jodoh itu rahsia Allah.Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.



Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita.

Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik.Perbaiki diri, bila Allah kita jadikan sebagai yang utama, insyaAllah, Allah akan bagi jodoh yang baik.

Kita dalam memilih pasangan jangan terlalu memilih paras rupa.Jangan Sedap di mata tetapi sakit di hati.Jika kerana paras rupa engkau jatuh cinta, Cinta itu akan hilang bersama pudarnya kecantikan itu.

Pilihlah jodoh dengan dua cara.
Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.

Yang ada dalam Islam ialah berkenalan atau taaruf, bukannya bercinta. Bercintalah selepas nikah kerana ia lebih istimewa. Manisnya cinta selepas kawin itu datang dari restu ibubapa.Dan dengan keberkatan dari ALLAH juga.


Buat Sang Hawa,

Jika inginkan yang soleh,kurangkan agenda mencari si SOLEH. Tetapi berusahalah menjadi yang SOLEHAH. Janganlah kamu mencari siapa pemilik tulang rusuk buatlah dia mencari tulang rusuknya sendiri.

Jadilah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.Agar bidadari syurga cemburu kepadamu.

Buat sang Adam,

Jika inginkan yang SOLEHAH,janganlah cerewet mencari yang SOLEHAH. Tetapi berusahalah menjadi yang SOLEH.


Cantik atau tidak, kurus atau gemuk, asal harum agamanya, kahwini dah perhalusi dia, di syurga dia tetap bidadari.Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu.

Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!

Pesanan untuk bakal Imamku;

Jika ada jodoh,kita akan bertemu..Buat masa ini,Biarlah kita berjauhan dulu.

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).

1 comment:

  1. Salam perkenalan Asiah.. saya suka statement awak di atas.. :)

    btw follow awk..meh follow sy:)
    lotsoflovemia.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails