Tuesday, September 18, 2012

Dimakan Sumpah Ketika Hidup



Assalamulaikum W.b.t

Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Zainal Abidin ketika aku menghadiri kuliah subuh beberapa hari lepas di Sungai Petani,Kedah.Sekadar perkongsian kita bersama.Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Ustaz Zainal Abidin merupakan bekas tentera dan berpengalaman dan mengendalikan jenazah.Pernah satu hari,beliau mendapat panggilan telefon untuk menguruskan jenazah yang hanyut.Menurut beliau jenazah tersebut dijumpai setelah 12 hari hanyut di lautan.Yang mengejutkan ialah jarak mayat dijumpai bermula dari perlis ke johor.Arwah di dalam lingkungan awal 60 an.Subhanallah,betapa jauhnya perjalanan mayat tersebut sebelum dijumpai.Dan yang paling mengejutkan ialah mayat tersebut ditemui tanpa kepala.Astaghfirullahhalazim.

Sepanjang proses memandikan jenazah,beliau dan rakan rakannya menghadapi kesukaran memandangkan jenazah tersebut sudah agak reput.Apabila disentuh,kulitnya akan terperosok ke dalam.Mereka menjumpai beberapa ekor sotong didalam jenazah tersebut.Rupa rupanya,di dalam laut,hanya udang dan sotong je yang makan mayat,tetapi tidak ikan.

Selesai memandikan dan mengkafankan jenazah ,mereka mula mengangkat jenazah untuk dimasukkan kedalam van.Tetapi mereka menghadapi kesukaran sehinggakan memerlukan kudrat 12 orang lelaki untuk mengangkat jenazah.Ketika jenazah diangkat masuk ke dalam van,dengan serta merta van tersebut merendah dan ke empat2 rim tersebut kemek.Mereka tetap meneruskan perjalanan ke masjid untuk disembahyangkan.Setibanya di depan pintu masjid,van tersebut berhenti.Ustaz yang pada awalnya menaiki kereta dan sampai terlebih dahulu melambaikan tangan menyuruh pemandu van masuk tapi pemandu tersebut menggeleng gelengkan kepala.

"Masuk la.Tunggu apa lagi?" kata Ustaz

"Tak boleh masuk ustaz,pintu ni sempit sangat" jawab pemandu van tersebut.

"Sempit apenye,pintu pagar masjid ni kan besar.Lori treller pun boleh masuk,xkan van jenazah tak boleh masuk?"

"Ya ALLAH.Ustaz,tak kan saya nak tipu.Betul tak boleh masuk ni"

Ustaz mula meragui jawapan kawan beliau lalu mula mengambil alih van tersebut.Subhanallah.Memang pintu pagar masjid tersebut sempit.Beliau Mengucap panjang.Apa yang berlaku sebenarnya ni.

"Takpelah.Kita sembahyangkan Jenazah dekat rumahnya.Lagipun rumah arwah tak jauh dari masjid" kata beliau.

Selesai sembahyang jenazah,mereka menuju tanah perkuburan tetapi malangnya kubur arwah belum siap digali.Hanya 50% siap.Ustaz dan rakan beliau mengambil keputusan untuk minum di kedai kopi yang berdekatan.Dengan kuasa ALLAH,ustaz dan rakan2 terlupa yang mereka perlu mengebumikan jenazah.Selepas hampir 2 jam,kelihatan seorang lelaki yang menghampiri mereka.

"Ustaz,kubur dah siap digali.Dah boleh kebumikan jenazah."

"Jenazah mana pulak ni?" Tanya Ustaz terpinga terpinga.

Memang mereka betul2 terlupa pasal jenazah tersebut.Selepas diterangkan oleh pemuda tersebut barulah mereka meneruskan proses pengebumian.





ALLAH MAHA BESAR.Sekali lagi perkara yang mengaibkan arwah terjadi.Jenazah tidak dapat dibaringkan menghadap kiblat.Setiap kali dibaringkan ke arah kiblat,jenazah tersebut akan terjatuh.perkara yang sama berulang beberapa kali.Lalu Ustaz dan rakan2 beliau mengambil keputusan untuk membaringkan jenazah sekali lagi ke arah kiblat dan cepat2 menutup jenazah tersebut.Proses pengebumian jenazah dilakukan dengan pantas untuk mengelakkan perkara lain yang mengaibkan berlaku.

Usai bacaan talkin,Ustaz kembali semula ke rumah si arwah.Ustaz bertanyakan kepada anak arwah,

"Kamu rasa kenapa arwah kamu boleh jadi begini?"

Jawab anak si mati,

"Semasa hidupnya,arwah pernah bersumpah.'Sepanjang aku hidup aku tak akan jejakkan kaki ke Masjid.'"

Astaghfirullahhalazim.Ketika hidupnya arwah tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid sedangkan rumah arwah hanyalah berselang beberapa buah rumah lain.dan dengan kuasa ALLAH,ketika mati pun arwah tidak dibenarkan memasuki masjid.


Semakin maju dunia,semakin kosong masjid.Semakin ditinggalkan oleh kita sendiri.Bilangan rumah ibadah ini semakin bertambah tetapi bilangan manusia yang mengimarahkan rumah tersebut semakin kurang.Dimanakah kita ketika ini?

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang yang mendapat petunjuk." (Surah at-Taubah, ayat 18)

Mati tidak mengira Usia,Tempat mahupun Sebab kerana itu Rahsia ALLAH.
Perbanyakkan Istighfar.Memohon ampun kepada yang Maha Esa.kerana kita ini insan yang sering lupa untuk bersyukur kepadaNYA.Semoga kita semua tergolong dalam golongan Ahli Syurga.Aamiin.

Sama samalah kita mendoakan kepada semua muslimin dan muslimah,saudara mara kita yang telah tiada semoga mereka dijauhkan azab kubur dan siksa api neraka.

Al Fatihah.


1 comment:

  1. huhu takut bila baca cerita2 macam ni.
    terima kasih atas perkongsiannya. semoga menjadi teladan untuk kita semua

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails