Sunday, October 27, 2013

Al Mulk - Peneman Kubur

Pernahkah kita membayangkan bahawa apabila tiba masanya, kita akan terbujur kaku dan tidak bergerak-gerak lagi. Kemudian orang ramai akan memandikan, mengkafankan dan mengusung kita di atas tandu jenazah. Lalu nampaklah oleh kita sebuah lubang yang selama ini ditakuti oleh semua manusia yang hidup; lubang kubur.

Pernahkah kita membayangkan bahawa saat itu mereka bagaikan tidak mengasihani kita, terus dan tanpa ragu menyumbatkan jasad kita ke lubang lahad, menutupnya dengan beberapa bilah kayu atau batang pisang. Dan kemudian menguburkan kita dengan tahan, berdoa dan pergi meninggalkan kita selama-lamanya.





Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."


Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."


Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Friday, July 5, 2013

“Puas hati kau sekarang?”

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah..setelah agak lama aku mendiamkan diri,terfikir untuk berhenti menulis diruangan sempit ini. Saat ini aku terpanggil untuk meng'update' kembali tulisan yang mungkin menjadi bekalan untuk aku dikemudian hari. 

“Semua Penulis itu akan mati, hanya karyanyalah yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.” (Ali bin Abu Thalib k.w.)

5/7/2012.
Dunia digemparkan dengan khabar berita Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi berjaya digulingkan dengan cara yang sangat tidak terhormat. Detik hitam berulang semula dalam sejarah Mesir.

“Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi.

 “Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. 

Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.” 

(Tuan Guru Nik Aziz)

Ada yang bersimpati, ada juga yang tidak ambil peduli. Ada yang menyumbang bakti, ada juga yang goyang kaki. 

Aku terbaca satu komen dari sahabat seIslam kita yang peduli yang ingin aku kongsikan bersama sama kalian. 

 Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Berdekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. 

Beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

 Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran. Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. 


Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain.

 Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

 Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati. 

Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” 

Setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

 Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

 Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini?? 

Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini?? Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.


 Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

 Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. 

Sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! 

ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka??

 Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..” 

Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” 


Dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?” 

Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, InshaALLAH syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan,“Puas hati sekarang?” 

P/s : Keaslian Artikel ini bukan hak milik saya. Jika ingin berkongsi di alu-alukan. Dan aku bukanlah taksub dengan Dr Mursi,kerana Pemimpin umat Islam yang sebenar ialah Nabi Muhammad SAW. Tapi fikirkanlah wahai sahabat,dimana kita hendak mencari pemimpin seperti Dr Mursi di akhir zaman ini? Sungguh,umat Islam sekarang sudah tenat.SANGAT TENAT.


Thursday, June 13, 2013

KEMATIANNYA DITANGISI MALAIKAT DILANGIT DAN DIBUMI.


Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah.

Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali”. Lalu Rasulullah bekata, “Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”. Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, Saad dan sahabat-sahabat dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat-sahabat yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminang anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita itu kemudiannya gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebenar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut.

Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita itu pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. Rasulullah lalu bertanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali.

Kemudian Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya. Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinannya, Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah. “Wahai pemuda-pemuda Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita”. Lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang dan siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang. Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat-sahabat lain.


Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut. Selepas perang jihad tersebut, sahabat-sahabat terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad. Mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya. Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “Di saat kematian Saad, bergegar Arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”.

Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?

KENALI SA'AD BIN MUAZ

Wednesday, May 1, 2013

INI BARU POLITIK ISLAM.POLITIK RASULULLAH SAW


Politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru ia adalah sebahagian daripada cara hidup manusia. Namun politik yang bagaimana?  Ini yang menjadi persoalan.  Sebahagian daripada pejuang Islam sendiri kabur dengan makna dan kehendak politik sebenarnya.  Mereka terikut-ikut dengan aliran politik barat dan mengharapkan Islam dapat ditegakkan dengan cara itu.  Malah mereka marah jika ada pejuang Islam lain yang tidak mahu terjebak dengan perangkap musuh-musuh Islam melalui bidang politik tajaan orang-orang kafir.

Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan umat Islam tidak pernah didedahkan kepada  satu bentuk politik yang bersih, kuat dan stratejik.  Kini sudah tiba masanya kita mendedahkan apa itu politik Rasulullah dan bagaimana matlamat serta perlaksanaannya.  Jarang benar ketokohan Rasulullah SAW ditonjolkan dalam bentuk bagaimana  baginda berpolitik untuk menaikkan Islam di tengah jahiliah.  Bagaimana ia  memproses peribadi-peribadi yang dulunya menentang Islam?  Ke arah cinta dan sanggup mati kerana Islam.  Jika rahsia ini terserlah, ertinya semakin cerahlah jalan ke arah mencontohi Rasulullah sebagai ahli politik
.
Politik ialah bagaimana hendak mentadbir manusia mengikut jalan dan matlamat yang telah ditentukan.  Politik Islam bercita-cita untuk mendidik dan membawa manusia supaya mempunyai kesedaran, kefahaman, penghayatan dan seterusnya dapat menegakkan kalimatullah di seluruh bidang kehidupan.  Ini dibuat melalui saranan, contoh tauladan, memberi pimpinan dan lain-lain cara yang dibolehkan oleh syariat.  Tujuannya agar semua manusia terhindar daripada Neraka dan dapat masuk ke dalam Syurga. 

Jadi, inilah garis politik Rasulullah.  Dan di bidang ini tiada siapa yang dapat menandingi baginda.  Rasulullah SAW tidak memimpin secara politik demokrasi, secara diktator atau pun secara autokrasi.  Dengan kefahaman yang tinggi tentang jiwa, akal, dan perasaan manusia, Rasulullah SAW telah berjaya memimpin secara fitrah.  Maksudnya, Rasulullah SAW membawa manusia ke jalan yang diyakininya tanpa paksaan dan tekanan.  Ia mampu memindahkan hasrat yang terpendam dilubuk hatinya menjadi hasrat orang lain.  Ertinya politik Rasulullah ialah politik dari hati ke hati.

Allah berfirman
"Tiada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kesesatan."

Atas dasar ini, Rasulullah SAW berjaya menawan jiwa manusia dan daripada situlah seluruh harta, tenaga dan nyawa pengikut-pengikutnya diserah bulat-bulat untuk Islam.

Di antara fitrah semulajadi manusia ialah mahu pandangannya dihormati dan dihargai.  Rasulullah sedar hakikat ini.  Oleh itu apabila Rasulullah berhadapan dengan ahli ekonomi seperti Abd Rahman bin Auf, yang minat serta kecenderungannya di bidang perniagaan, beliau memupuk bakat itu supaya terus subur dan berkembang.  Akhirnya Abdul Rahman Bin Auf pun menjadi pengusaha yang berjaya.

Bila Rasulullah SAW berhadapan dengan pakar di bidang ketenteraan seperti Khalid Al Walid, maka semangat perwiranya terus disuburkan ke arah jihad fisabilillah, kebalikan daripada semangat Assobiyah (Nasionalisma).

Bila baginda berhadapan dengan ahli fikir, pakar strateji dan kepala perancang seperti Umar IbnulKhattab, maka Rasulullah SAW terus mendorong ke arah bagaimana untuk menggunakan kepakaran itu buat kemenangan dan kejayaan Islam.

 Oleh itu setiap individu di kalangan para sahabat akan rasa dihargai kerana bakat dan kelebihan semulajadinya berperanan dalam perjuangan Islam. Seorang buruh, petani, peniaga, pentadbir dan semua lapisan masyarakat telah disusun oleh Rasulullah SAW dalam satu barisan  yang mempunyai kegunaan dan peranan masing-masing. Atas dasar ini, jika ada gerakan Islam  yang menumpukan perhatian mereka kepada golongan 'elit' dan 'intelek' sahaja, perjuangan mereka sebenarnya telah menyimpang daripada sirah Rasulullah SAW.!

Mari kita lihat secara dekat bagaimana individu-individu (yang mempunyai berbagai-bagai kepakaran) itu dapat diubah daripada membina jahiliyah (dengan kelebihan-kelebihan itu) kepada membina Islam. Sebelum para sahabat diajak menegakkan Islam melalui bidang masing-masing, Rasulullah terlebih dahulu menanam iman di dalam jiwa mereka.  Agar dengan itu mereka akan menjadi orang yang cintakan hidup akherat, rindu dengan syurga, gerun dengan neraka dan kasih sayang sesama Islam.  Keadaan daripada penanaman iman dan tauhid di dalam hati individu-individu itu, maka lahirlah peribadi-peribadi yang telah berubah wataknya.  Dari watak yang bengis dan kejam kepada kasih sayang dan pemaaf.  Daripada seorang yang pembohong, jahil dan mengutamakan hawa nafsu kepada seorang yang jujur, berilmu dan menegakkan hukum Allah. 

Tegasnya, Rasulullah SAW telah berjaya menukar mereka yang dulunya menyembah berhala kepada menyembah Allah.  Mereka yang dulunya terbiar, hidup dalam perhambaan dan terasuh dengan jalan yang salah oleh para pemimpin jahiliyyah kepada satu cara hidup dan perjuangan  di mana bakat semulajadi terus dipupuk dan dibajai.

Daripada  penanaman iman ini lahirlah ahli fikir yang agung sedangkan dahulu ia adalah peminum arak.  Lahirlah pentadbir-pentadbir yang cekap sedangkan dahulunya mereka adalah golongan bawahan yang tertindas.  Individu-individu yang dulunya diperhambakan oleh hawa nafsu kini menjadi panglima perang yang gigih berperang menentang orang kafir dan menjadi abid yang sentiasa berzikir.  Inilah hasil siasah Rasulullah SAW.

Soalnya sekarang, bagaimana Rasulullah SAW menanam Iman ke dalam jiwa para sahabat?  Bagaimana Rasulullah berjaya menukar watak-watak jahiliyyah kepada peribadi mukmin sekaligus dapat menggunakan bakat-bakat mereka untuk Islam?  Jawabnya, melalui dakwah dan tarbiah.  Untuk itu Rasulullah SAW datang ke tengah masyarakat dengan menyebarkan ilmu pengetahuan, memberi tunjukajar yang baik, lunak dan menarik, bijaksana, berakhlak serta membina model masyarakat yang disarankan melalui amal makrufat yang memberi menafaat kepada masyarakat.

Dengan ini secara otomatik Islam akan diyakini sebagai cara hidup yang terbaik untuk mengatur kehidupan manusia.  Islam nescaya diterima sepenuhnya untuk mengatur dan menguruskan harta, perniagaan sawah ladang, keluarga, kampung halaman,  negeri, negara dan dunia seluruhnya.

Apabila Islam diterima untuk mengatur kehidupan maka terbuktilah keindahan dan kegagahannya.  Bidang ekonomi ditadbir penuh jujur, cermat, cekap dan mendapat keuntungan yang lumayan .  Begitu juga di bidang pertanian, tanaman dan penternakan mendapat  hasil yang berkat oleh tangan petani yang beriman. Kampung ditadbir oleh ketua-ketua yang bijaksana sehingga terbinalah kampung seperti mana yang disifatkan oleh Allah Taala di dalam Al Quran:

"Jikalau penduduk-penduduk satu kampung beriman kepada Allah dan bertakwa nescaya sesungguhnya Kami (Allah)akan bukakan ke atas mereka itu keberkatan daripada langit dan bumi." 

Begitu juga , Rasulullah SAW berjaya menghasilkan pentadbir-pentadbir peringkat negara sehingga tertegaklah apa yang difirmankan Allah:

"Negara makmur yang mendapat keampunan Tuhan." 

Ini lah rahsia politik Rasulullah.  Bermula dengan tapak dakwah dan tarbiah yang menanamkan iman didalam hati sanubari setiap individu, sehinggalah keyakinan kepada ALlah, rasul dan hari akherat tergambar dalam sikap dan tindakan.  Tahap kedua ialah memupuk bakat dan kelebihan semulajadi yang ada pada individu-individu yang beriman itu dan mula mengatur bidang-bidang yang sesuai supaya bakat mereka terus berperanan.

 Akhirnya mulalah satu bentuk kehidupan Islam yang menyeluruh dapat dilihat dan dirasakan oleh masyarakat.  Kemudian dengan sendirinya Islam akan diakui sebagai satu-satunya agama yang mampu mengatur hidup manusia. Ertinya politik Islam bermula daripada mentadbir diri, keluarga kemudian membina cara hidup Islam di seluruh aspek kehidupan samada di bidang  pertanian, perniagaan, perubatan, pendidikan dan akhirnya sampailah ke peringkat mengatur negara dan dunia!

Bentuk politik yang beginilah yang wajib ada dalam gerakan Islam. Dan siapa yang menolaknya, ertinya ia telah memisahkan agama daripada politik.  Politik tidak boleh difahami secara dangkal mengikut kefahaman setengah-setengah pihak.  Politik bukanlah sekadar mengundi dalam pilihanraya "ala-demokrasi" Barat, bukan sekadar mendaftar sebagai anggota mana-mana pertubuhan politik atau sekadar mahu dan bercita-cita untuk menjadi anggota parlimen dan lain-lain lagi.  Jika fahaman-fahaman ini masih berakar umbi dalam kepala kita...ini  bererti kefahaman politik kita masih sekular, masih politik yang terpisah dari agama yang pada hakikatnya masih jauh daripada politik Rasulullah SAW.


Secara terus terang kita ingin bertanya, adakah ahli-ahli politik beragama Islam sekarang mengikut jejak politik Rasulullah? Tidak ! Tidak ! Kebanyakan ahli politik pada hari ini mencedok bulat-bulat politik demokrasi Barat yang penuh dengan rebutan kuasa, guling mengguling dan tidak pernah sunyi dengan pertarungan sesama sendiri.  Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan politik Barat mempunyai satu matlamat iaitu kuasa.  Dengan kuasa mereka yakin dapat mengatur hidup manusia mengikut lunas-lunas ideologi yang mereka yakini.  Kapitalis dahagakan kuasa untuk melagang cara hidup kapitalis, pemuja faham sosialis inginkan kuasa untuk menyusun masyarakat berdasarkan cara hidup sosialis... tetapi Islam tidak menganggap kuasa sebagai satu-satunya jalan untuk menegakkan cara hidup Islam. Ertinya pejuang Islam tidak perlu mencontohi pejuang Nasionalis, kapitalis, sosialis, kominis yang menganggap kuasa adalah penentu segala-galanya.

Atas dasar ini, politik Rasulullah SAW bukan politik yang bertujuan untuk mendapat kuasa. Rasulullah berjuang terhadap orang kafir bukan hendak meruntuhkan kuasanya, tetapi hendak meruntuhkan akidah dan keyakinan yang karut marut dalam jiwa mereka.  Mereka boleh duduk pada tempat masing-masing . Bila akidah dan keyakinan berubah, berubahlah akhlak, sikap dan pentadbiran.  Sejarah telah membuktikan kejayaan politik Rasulullah ini, Khalid Al Walid pada masa jahiliyyah adalah panglima tentera yang menggugat tentera Islam, manakala beliau memeluk Islam, beliau tetap dikekalkan sebagai panglima tentera.  Saidina Umar, pada masa sebelum Islam adalah seorang pembesar Quraisy, manakala memeluk Islam, beliau tetap dianggap Rasulullah SAW sebagai pembesar juga. Begitulah juga yang berlaku kepada saudagar besar dan ketua-ketua suku Arab seperti Abdul Rahman bin Auf, Abu Sufian, Amru Al As dan lain-lain lagi.  Mereka tetap duduk dan terus berperanan dengan bakat masing-masing...cuma hati dan jiwa sahaja yang telah diubah!

Jika orang bertanya,  akan berjayakah kalau kita ikut cara Rasulullah berpolitik? 
Soalan ini samalah seperti kita bertanya adakah kita akan berjaya jika kita mengikut Rasulullah di bidang perniagaan?  Jawabnya,  Rasulullah memang berjaya.  Tidak ada catitan sejarah yang menunjukkan Rasulullah "bangkrup" dalam perniagaannya, sedangkan selama kita mengikut sistem perniagaan dan ekonomi Barat berapa ramai yang jatuh muflis? Berapa banyak hutang negara kita?  Berapa ramai taukeh-taukeh besar bertukar menjadi banduan sekelip mata?  Berapa banyak tanah yang dicagar di bank tergadai? Inilah jawapan kepada orang yang mahu mempertahankan sistem ekonomi Barat.

Dan inilah juga yang akan menimpa jika kita terus menafikan sistem politik Rasulullah.  Kejayaan Rasulullah di bidang siasah telah jelas dan siapa yang menurut jejak langkahnya, InsyaAllah akan turut berjaya.  Tanpa bersusah-susah memerah otak untuk mencari punca krisis politik yang menimpa dunia hari ini, akui sahajalah kerana kita menolak sistem politik Rasulullah.

Sukarno terperangkap dengan permainan politiknya sendiri dan akhirnya mati sebagai tahanan di dalam rumahnya sendiri. Benn Bella digulingkan dan disumbatkan di dalam penjara.  Sadat ditembak dan mati terhina di muncung senjata perajuritnya sendiri.  Dan ramai lagi pemimpin-pemimpin Islam yang telah, sedang dan akan jatuh terhina akibat berpolitik cara Barat iaitu cara politik yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW.
Malah pejuang-pejuang Islam yang benar-benar ingin menegakkan Islam tetapi masih menerima jalan politik Baratpun, turut terhina dengan kekalahan memanjang.....

Politik berpilihanraya ala-barat bukanlah politik yang dicetuskan oleh sunnah.  Cara ini menyeret orang yang tidak tahu menahu dalam pemerintahan seperti orang kampung, para petani, para nelayan ke kancah politik yang penuh tipu daya dan putar belit.....  

Memang mereka boleh berhujah dengan kata-kata, "Politic is not dirty, but politicians make it dirty," tetapi kita tidak pernah melihat kejujuran dihargai dalam politik.  Memang ada ahli politik yang jujur, tetapi politik bukanlah satu medan yang mana orang jujur boleh bertahan lama!!

Sebab itu kita ingin menyatakan bahawa," Politic is a dirty game, the politicians make it dirtier," Sudah lumrah mengikut falsafah politik barat, matlamat menghalalkan cara.  Sedangkan mengikut politik Islam, matlamat yang benar mesti diperjuangkan mengikut jalan yang benar.  Dan Islam menolak jalan perjuangan yang salah walaupun cita-cita dan matlamatnya baik.

Inilah politik barat.  Satu bidang yang memang ada jurang yang dirancang di hujungnya.  Mahu tidak mahu, kita "terpaksa" jatuh ke dalamnya. Oleh itu kita mesti menolak 100% matlamat, kaedah dan apa saja yang berkaitan dengannya.  Menerimanya bererti menjemput kehinaan.  Bertolak ansur dengannya bererti rela menerima kemusnahan.  Sekarang timbul persoalan,  siapakah ahli siasah yang sebenarnya?
Ahli siasah yang sebenarnya ialah dia yang dapat merancang, bertindak dan berjuang menegakkan Islam dalam apa keadaan sekalipun.

Rasulullah adalah 'Bapa Politik Islam'.  Baginda dapat mencari ruang di celah-celah asakan jahilyyah untuk menegakkan Islam.  Rencananya dapat menembusi dinding Darul Nadwah, "Parlimen" orang Arab  jahiliyyah dan berjaya menukar orang yang pernah duduk di kerusi Darul Nadwah menjadi "orang penting" dalam pemerintahan Islam. Sebab itu bukanlah mustahil jika ada pejuang Islam yang mampu mengubah tokoh-tokoh politik yang sedang berkuasa sekarang kepada cara pemerintahan dan pentadbiran Islam.  Sekali lagi, kita katakan....Ini tidak mustahil!!!

Tetapi kenyataan ini akan menimbulkan isu kontravesial terutamanya di kalangan parti-parti politik yang bercorak Islam.  Apa yang dilakukan oleh parti-parti ini bukanlah hendak menawan hati lawannya dengan menanam iman dan takutkan Allah, tetapi hendak menawan kedudukan dan kerusi-kerusi kebesaran mereka.  Sebab itu tidak hairanlah jika datang tentangan yang hebat dari lawan mereka dan timbul tuduhan-tuduhan daripada masyarakat Islam yang mengatakan mereka inginkan pangkat dan kedudukan, bukan hendak meninggikan syariat Islam.

Lebih-lebih lagi , parti-parti politik ini suka mencari kesalahan parti musuhnya, kemudian ditelanjangkan di khalayak ramai.  Ini bukan cara politik Rasulullah dan ini menyimpang terus dari ajaran Islam.  Jika kita terus menerus mengamalkan cara ini, percayalah, perjuangan kita tidak akan sampai ke mana, orang semakin hari semakin lari dan benci kepada kita.  Akibat daripada ini, kita tuduh masyarakat lari dari Islam, walaupun yang sebenarnya mereka lari daripada kita.  Sebaliknya di pihak masyarakat pula , mereka menganggap Islam itu ganas, kasar dan menyusahkan sedangkan yang sebenarnya ahli politik itulah yang bersikap demikian, bukan ajaran Islam!

Pengalaman-pengalaman yang kita telah alami, terutamanya peristiwa-peristiwwa pahit yang melanda masyarakat Islam akibat perebutan kuasa sepatutnya telah lama mengajar kita bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk kembali kepada sistem politik Rasulullah.  Masyarakat sepatutnya dapat menilai politik yang mana yang dapat memberi kebahgiaan dan keamanan untuk negara.  Apakah kita masih mahu mempertahankan sistem politik yang menimbulkan huru-hara?  Atau mulai saat ini kita menerima politik Rasulullah yang telah terbukti berjaya?  Terpulanglah kepada masyarakat menimbangkannya.

(Artikel dari pembacaan)

Monday, April 1, 2013

Akakku 'Pejuang' yang Awesome!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Aku punya ukhtun kabiir.
Namanya se gah orangnya.

KHAIRUNISSA yang bermaksud sebaik-baik wanita. InshaALLAH, perjuangkan maksud namamu.

Dia bukanlah secantik Rozita Che Wan mahupun se'hot' Angeline Jolie. Namun, cantiknya dia dalam ketabahannya dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang daie,seorang anak,seorang kakak dan juga seorang isteri.

Dia tidaklah segenius Ainan Cawley ( kalau xkenal sila jangan segan silu tanye Encik Google) namun die punye kepandaian dalam masakan dan cookies.

Dia tidak punye suara semerdu Siti Nurhaliza, namun gelak tawanya mampu menggegar satu dunia. (Apakah ini satu pujian?)Tidak mengapa kak,kita sememangnya berdarah speaker. XD

Dia bukan pelajar jurusan agama, namun semangatnya mengaut ilmu akhirat melebihi segalanya.

Kamu sama semacam ibu kita.Kamu mewarisi ketabahan dan kecekalan beliau.

* Kamu menolak untuk sambung belajar dekat universiti kerana kamu tahu kami adik-adik masih perlukan sokongan dari seseorang selain seorang ibu.Ma seorang tak mampu nak tanggung pelajaran akak dengan kami semua.Tabik hormat untuk kamu.

* Kamu kecewa sebab terpaksa habiskan zaman kanak-kanak dengan menjaga kami semua.Tapi dalam sedar atau tidak kamu masih tunaikan tanggungjawab tersebut dengan sempurna.Tabik hormat untuk kamu lagi.

* Kamu jimatkan duit perbelanjaan makan ketika kamu bekerja di kilang. Pertama kali kamu keluar dari negeri Terengganu. Hasrat untuk beli nasi lemak untuk santapan dipendam memikirkan adikmu di universiti. Aku patut boleh mengagak bila badanmu susut ketika itu. Tabik hormat untuk kamu kali ke-3.

* Kamu lah orang yang memenuhi ruang kecil rumah usang kita dengan televisyen,radio,cd player dan perkakas lain. Supaya kami tidak merasa jauh ketinggalan dari penduduk kampung lain. Baju baru kami dan ma kamu belikan.Beruntungnya kami mempunyai kamu dalam hidup kami.

* Kamu orang yang menentang sekerasnya ma kahwin untuk kali ke 2. Aku tahu kamu bimbang ma semakin terbeban. Tapi Alhamdulillah,Tuhan itu Maha Adil.Dia hadiahkan ayah untuk ma kita.Hidup kita makin lama makin berubah.Aku yakin ayah mampu bawa ma ke Syurga.InshaALLAH. :)

* Kamu diuji dengan ketidakhadiran zuriat selepas bergelar isteri. Bibirmu mengukir senyum tatkala ditujah dengan soalan dari manusia yang tidak memahami tatkala hatimu hanya Tuhan yang tahu. Sungguh aku kecewa dengan diri sebab tidak mengerti perasaanmu apabila kamu mengadu. Maaf kerana tidak memahami...

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)

* Kamu diuji lagi dengan bukan sakit biasa. Zahirnya kamu kelihatan sihat,tapi bukan batinmu. Aku tidak merasa,jadi aku tidak memahami.Untungnya kamu mempunyai seorang suami yang sentiasa dibelakangmu untuk bertongkat saat jatuh rebah. 

* Dan kali ini kamu diuji lagi.Kerapnya kamu diuji.Allahurabbi.Tapi aku percaya kamu mampu kerana aku tahu kamu seorang yang kuat.Kumpulkan kesabaran kamu. Biar ia menjadi gelombang kuasa kame hame ha yang mampu mengalahkan anasir2 'jahat'.


Kamu yang Diuji,


“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)




Thursday, January 31, 2013

Entry Tanpa Nama

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Assalamualaikum W.b.t


hati dan perasaan aku bercampur baur.Gembira kerana Mujahidah ini meninggalkan dunia dengan nama yang terpahat dalam hati semua orang,bukan kerana dia seorang artis tapi kerana kisahnya didunia yang memberi iktibar kepada semua.Sedih kerana hilangnya seorang daie,yang menegakkan syiar Islam dimata dunia yang semakin hari semakin hilang nilai Islam itu sendiri.

Cemburu dengan akhlak Mujahidah ini yang sungguh jauh bezanya dari diri aku sendiri,dengar khabarnya kubur allahyarhamah ini berbau wangi.Allahurabbi.Sebak.Sungguh.Bibir kelu tanpa sepatah kata,hanya mutiara jernih memberi tindakbalas pada pembacaan aku.

Adakah SAAT KEMATIAN aku juga sebegitu rupa? Adakah PEMERGIAN aku akan ditangisi ? Adakah aku memberi SUMBANGAN pada agama Islam? Adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi SAKARATULMAUT? Adakah aku mampu melepasi TEMUDUGA yang diketuai oleh Mungkar dan Nakir?

Bertubi2 soalan yang berlegar2 dalam benak fikiranku. Neuron didalam otak berusaha memproses jawapan pada soalan2 tersebut.Ditimbang-timbang, disukat-sukat.Dan jawapan yang terhasil ialah TIDAK.Terkulai jasad,lemah.


Hati aku menangis dan sedikit tertekan.Di 'push' dengan keterikatan dunia itu sendiri menjadikan jiwa aku meronta-ronta untuk berlari jauh dari situasi ini.Terfikir 'alangkah baiknya andai aku sebagai full timer daei' tanpa kerja dan belajar.

Astagfirullahalazim 3x.

Aku teringat pesan salah seorang ukhti yang baru aku kenali.

"Ilmu Dunia itu penting, Tapi Ilmu Akhirat juga penting.Jangan tinggalkan ilmu akhirat demi dunia dan jangan tinggalkan dunia untuk mendapatkan akhirat."

Aku sedikit terkesan.Jazakallah khairan khatira, ukhti. :)

Disaat aku menyatakan aku punya iman hanyalah senipis kulit bawang,ada seorang akhi menyatakan;

"Kat dunia ni takde satu orang pun yang dapat ukur keimanan dia.Tetapi bertambah atau berkurangnya iman seseorang itu kita dapat lihat dalam perbuatannya.Tidak baik menilai sesuatu yang tak nampak bagi orang lain.
Dalam kaedah ilmu ushul fiqih 'Nahnu nahkumu bizzowahir wallahu yatawallas saroir'. Kita hanya dapat menilai sesuatu yang tampak oleh kita je,dan ALLAH akan menilai sesuatu yang kita tak nampak"


Alhamdulillah.Dalam kejahilan,Aku dikelilingi dengan Mawar-Mawar dan Mujahid Agama yang hebat. Semoga aku menjadi sehebat mereka. Aamiin.



Monday, January 28, 2013

Nikah Khitbah : Green Light Untuk Bercouple.



Isu  Kaf Ha Waw Ya Nun sedang hangat diperkatakan di sana sini.Di Facebook,twitter,blog dan seangkatan dengannya semuanya 'pakar' dalam memperdebatkan isu ini.Tapi dalam banyak pihak yang mengangguk2 dan mengiyakan perkahwinan itu sangat digalakkan dalam Islam, ramai juga yang mengutarakan persoalan dan permasalahan yang bunyi dia macam lain tapi maksud dia seakan akan sama. (Angkat kening sebelah)

 “Mana nak korek duit buat belanja kahwin?Apa kau ingat guna air liur je?”

 “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa? Sky juice dengan scrambled egg hari hari?”
 “Mak Ayah tak bagi!”
 “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah? Kau nak sponsor? ” 

(Mostly soalan tersebut diajukan oleh pelajar)

Islam itu Mudah dan bukannya Susah. Permudahkanlah, ianya sangat indah.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan.Tetapi memandangkan permasalahan masyarakat kita sekarang yang terlalu mementingkan adat dan juga memerlukan kos yang berganda2 dari jumlah yang sepatutnya dalam perkahwinan,ramai yang memilih untuk terus berpasangan tanpa ikatan yang halal.

 Sabda Rasulullah saw:
“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Sebab itu islam menganjurkan Nikah Khitbah
Khitbah secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”.Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan .Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah.Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya (Sengeh). Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”.


Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.





Klik untuk tengok banyak lagi illustrasi kartun berkaitan Nikah Khitbah Vs Tunang.

Contoh nikah khitbah 1:

Saya ada seorang kawan, Azizah namanya. Perkenalan kami dimulakan oleh Azizah, sewaktu dia menegur saya di surau. Agaknya dia tahu saya orang asing melalui pakaian saya, lalu dimulakan salam dan perkenalan.

Dia sangat baik orangnya, alim dan cantik. Setiap kali berjumpa, pasti saya akan dipeluk dengan kuat dan diciumnya pipi dengan erat. Hari-hari di semester satu berlalu dengan indahnya dengan perkongsian cerita dan ilmu. Walaupun Azizah pelajar Ilmu Sosiologi, saya pula dalam bidang Bahasa Arab, tetapi bagaikan ada satu kimia yang menghubungkan hati kami dan kami sangat selesa bersama.

Sehinggakan sewaktu kami berjumpa lagi di dalam surau, Azizah bertanya kepada saya:

"Husna, apa yang awak dah buat kat saya ni?"

"Saya selalu rindu awak."

Terharu mendengarkan ayatnya, saya membalas,

"Saya pun tak tahu kenapa, semoga dengan ukhuwah ini membawa kita ke syurga." Sambil tersenyum memandangnya.

Pada suatu hari, kebetulan kami memang tiada kelas pada waktu yang sama, Azizah mengajak saya berjalan-jalan bersama ke taman. Kami duduk di tepi taman berhadapan court bola. Soal Azizah kepada saya memulakan bicara.

"Boleh tak awak ceritakan serba sedikit adat perkahwinan di tempat awak?" Ligat otak saya mencari ayat, menyusun cerita mengenai adat. Haruslah dikongsi dari awal pertemuan bukan?

Secara ringkas, saya bercerita turutan daripada tunang hinggalah ke majlis perkahwinan. Dia bertanya lagi.

"Kamu sudah bertunang ke?"Tersengih senyuman saya melebar ke telinga.

"Semestinya belum lagi." jawab saya.

Rupa-rupanya, Azizah ingin memberitahu bahawa dia sudah bertunang tiga hari lepas dengan anak jirannya. Dia tidak pernah kenal siapa, tetapi ibunya sangat berkenan dengan Azizah dan ingin masuk meminang. Azizah bersetuju kerana jejaka tersebut katanya sangat sopan dan baik budi pekerti menghormati ibu bapa walaupun tidak pernah bersua muka.

Seminggu berlalu, kami berjumpa lagi. Kini Azizah dengan penuh perasaannya menceritakan bahawa dia sudah berkahwin di atas kertas. Menulis akad. Tetapi masih belum melangsungkan majlis perkahwinan.

Katanya, dia masih duduk bersama ibunya dan bukan bersama suaminya. Selepas tiga bulan, suami mengumpul wang secukupnya, rumah sudah tersedia barulah Azizah akan berpisah dengan ibunya. Terkejut. Keliru. Masih tidak faham. Itulah situasi saya ketika Azizah menceritakan statusnya pada bulan April ketika itu.

Tiga bulan berlalu, saya dan Yusra dijemput untuk ke majlis perkahwinannya. Meriah! Berwarna-warni penuh dengan muzik taqlidi dan madah nabawi. Kami dibawa Azizah dari awal sebelum majlis perkahwinan bermula sehingga majlis tamat. Sempat kami menjamah kuskus di rumah ibunya.

Selesai kuskus habis dijamah, suami Azizah datang untuk menjemputnya, pada saat itu ibunya mengalirkan air mata kerana Azizah tidak akan lagi tinggal bersamanya. Kemudian dari rumah ibu Azizah kami dibawa ke rumah barunya yang lengkap berperabot, peti ais, microwave, TV LCD Skrin dan lain-lain lagi.

Seterusnya kami dibawa pula ke tempat bersolek dan akhirnya kami ke majlis perkahwinannya di sebelah malam yang tamat sehingga pukul lima pagi. Fuhh, pertama kali tidak tidur malam hadiri majlis kahwin.

Ini contoh Nikah Khitbah.

Indah bukan?





Penjelasan dari ustaz azhar idrus mengenai tanggungjawab suami dan wali si isteri sebelum,semasa dan selepas majlis nikah khitbah.


Dan ini pula sumber lain berkaitan Nikah Khitbah. Membincangkan isu berkaitan tanggungjawab ayah akan jatuh pada suami apabila pasangan khitbah itu sudah bersetubuh. (Jimak)


Tapi ingat,kahwin awal ni memerlukan ilmu,dan sebaik-baiknya memerlukan pembimbing. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.


Dalam usia muda,meniti kehidupan itu seperti meraba-raba di dalm terang,mencari-cari keperluan untuk melengkapi kehidupan yang di idam-idamkan.Sebagai suami isteri yang masih muda,faham memahami peranan masing-masing perlu jelas.Percayalah,dalam antara kasih mengasihani itu ada ruang yang dapat pasangan itu bertaut bersama-sama untuk menuju kejayaan.Dan ruang itu ialah Iman dan Islam. :)






Thursday, January 17, 2013

LAYAKKAH KITA BERGELAR UMAT NABI MUHAMMAD SAW?


Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya,
 "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" 
Rasulullah s.a.w menjawab,
 "Tidak".
 Lelaki itu bertanya lagi,
 "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" 
Jawab Rasulullah s.a.w,
 "Kerana aku tidak mengenalimu." 
Lalu lelaki itu menambah,
 "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya."
 Rasulullah s.a.w menjawab, 
"Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."


Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, 
"Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

 Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)

 Diantara KELEBIHAN selawat adalah seperti berikut:

1. Mendapat SYAFAAT Nabi S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima syafaatku.” (Hadis Riwayat Ibnu Adi & Al-Baihaqi)

2. Mendapat PERLINDUNGAN dan PEMBELAAN dari Nabi S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)

3. Mendapat KEAMPUNAN dosa dari Allah.

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
Allahumma salli `ala muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, Allahumma barik `ala muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim.


Thursday, January 3, 2013

Warkah Cinta Dari Sahabat untuk Sahabat

Assalamualaikum W.b.t.



Rasulullah SAW bersabda: 
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. 
[HR Muslim]

Pertama sekali, maafkan aku  kerana tidak mampu menegur secara lisan mahupun dengan perbuatan. Sungguh iman aku lemah. Ye,senipis kulit bawang. 
Jangan berkecil hati dengan warkah ini,tapi ingatlah sahabat,
aku menegur kerana aku sayang.




Ukhti, saudariku,
kau cantik, ku akui itu
karena memang kau terlahir untuk itu
Ku tahu kecantikanmu anugerah
dari Tuhanku dan Tuhanmu

tapi, bukankah Tuhanku dan Tuhanmu
punya aturan untuk itu
Kau harus menjaganya
dari mata lelaki jalang yang belum halal bagimu.
Tahukah kau itu atau kau sama sekali tidak tahu?
atau pura-pura tak tahu?



Di dalam Al-Quran Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

“Wahai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 
(QS. Al-Ahzaab: 59)


Seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 4 orang lelaki,

1 - ayah kandung
2 - adik beradik lelaki
3 - suami
4 - anak lelaki kandung




SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT.



Sayidina Ali R.A menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis dan kemudiannya puteri Baginda, Fatimah datang menyapanya.

Lalu kedua-duanya bertanya mengapa Rasulullah S.A.W menangis. Baginda menjawab,

“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka menerima seksaan yang berat dan mengerikan.

Fatimah kemudiannya bertanyakan apakah yang dilihat oleh ayahandanya.

“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih......"



Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa. Lalu, Rasullulah S.A.W menjawab;

“Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.








Belum cukup rasanya ilmu agama yang aku miliki untuk menjawab keraguanmu sahabat.Jadi aku sertakan soalan serta jawapan dari seorang ahli ulama kita,Ustaz Azhar Idrus. 

✿~ Soalan :  Ustaz, saya ini orang yang tidak bertudung, ada orang bertanya bila hendak bertudung? Saya jawab, TUNGGU SAMPAI SERU, saya tidak mahu pakai tudung kerana dipaksa..takut nanti tidak ikhlas..apa pandangan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI..ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..




✿~ Soalan : Ada sesetengah orang yang tidak bertudung berkata, "tidak bertudung tidak semestinya jahat..jangan terlalu kecilkan skop pemikiran sebab mentaliti manusia hari ini tidak seperti itu, kalau ada orang yang berfikiran seperti itu, orang itu SILAP..",apa pandangan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Memang betul, tidak bertudung tidak semestinya jahat menurut AKAL MANUSIA..tetapi Rasulullah saw telah TEGASKAN, siapa yang TIDAK BERTUDUNG..dia seorang penderhaka, dia MENDERHAKA kepada Penciptanya dan penderhaka tempatnya di dalam NERAKA.

Aku juga seorang pendosa yang penuh dengan calitan lumpur.  
Ingatkan aku bila aku lupa. 
Ingatkan aku bila terleka dengan dunia
Ingatkan aku sebelum aku terlena.

Related Posts with Thumbnails