بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum W.b.t
Membaca kisah ALLAHYARHAMAH SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR,
hati dan perasaan aku bercampur baur.Gembira kerana Mujahidah ini meninggalkan dunia dengan nama yang terpahat dalam hati semua orang,bukan kerana dia seorang artis tapi kerana kisahnya didunia yang memberi iktibar kepada semua.Sedih kerana hilangnya seorang daie,yang menegakkan syiar Islam dimata dunia yang semakin hari semakin hilang nilai Islam itu sendiri.
Cemburu dengan akhlak Mujahidah ini yang sungguh jauh bezanya dari diri aku sendiri,dengar khabarnya kubur allahyarhamah ini berbau wangi.Allahurabbi.Sebak.Sungguh.Bibir kelu tanpa sepatah kata,hanya mutiara jernih memberi tindakbalas pada pembacaan aku.
Adakah SAAT KEMATIAN aku juga sebegitu rupa? Adakah PEMERGIAN aku akan ditangisi ? Adakah aku memberi SUMBANGAN pada agama Islam? Adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi SAKARATULMAUT? Adakah aku mampu melepasi TEMUDUGA yang diketuai oleh Mungkar dan Nakir?
Bertubi2 soalan yang berlegar2 dalam benak fikiranku. Neuron didalam otak berusaha memproses jawapan pada soalan2 tersebut.Ditimbang-timbang, disukat-sukat.Dan jawapan yang terhasil ialah TIDAK.Terkulai jasad,lemah.
Hati aku menangis dan sedikit tertekan.Di 'push' dengan keterikatan dunia itu sendiri menjadikan jiwa aku meronta-ronta untuk berlari jauh dari situasi ini.Terfikir 'alangkah baiknya andai aku sebagai full timer daei' tanpa kerja dan belajar.
Astagfirullahalazim 3x.
Aku teringat pesan salah seorang ukhti yang baru aku kenali.
"Ilmu Dunia itu penting, Tapi Ilmu Akhirat juga penting.Jangan tinggalkan ilmu akhirat demi dunia dan jangan tinggalkan dunia untuk mendapatkan akhirat."
Aku sedikit terkesan.Jazakallah khairan khatira, ukhti. :)
Disaat aku menyatakan aku punya iman hanyalah senipis kulit bawang,ada seorang akhi menyatakan;
"Kat dunia ni takde satu orang pun yang dapat ukur keimanan dia.Tetapi bertambah atau berkurangnya iman seseorang itu kita dapat lihat dalam perbuatannya.Tidak baik menilai sesuatu yang tak nampak bagi orang lain.
Dalam kaedah ilmu ushul fiqih 'Nahnu nahkumu bizzowahir wallahu yatawallas saroir'. Kita hanya dapat menilai sesuatu yang tampak oleh kita je,dan ALLAH akan menilai sesuatu yang kita tak nampak"
Alhamdulillah.Dalam kejahilan,Aku dikelilingi dengan Mawar-Mawar dan Mujahid Agama yang hebat. Semoga aku menjadi sehebat mereka. Aamiin.
No comments:
Post a Comment