Monday, January 28, 2013

Nikah Khitbah : Green Light Untuk Bercouple.



Isu  Kaf Ha Waw Ya Nun sedang hangat diperkatakan di sana sini.Di Facebook,twitter,blog dan seangkatan dengannya semuanya 'pakar' dalam memperdebatkan isu ini.Tapi dalam banyak pihak yang mengangguk2 dan mengiyakan perkahwinan itu sangat digalakkan dalam Islam, ramai juga yang mengutarakan persoalan dan permasalahan yang bunyi dia macam lain tapi maksud dia seakan akan sama. (Angkat kening sebelah)

 “Mana nak korek duit buat belanja kahwin?Apa kau ingat guna air liur je?”

 “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa? Sky juice dengan scrambled egg hari hari?”
 “Mak Ayah tak bagi!”
 “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah? Kau nak sponsor? ” 

(Mostly soalan tersebut diajukan oleh pelajar)

Islam itu Mudah dan bukannya Susah. Permudahkanlah, ianya sangat indah.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan.Tetapi memandangkan permasalahan masyarakat kita sekarang yang terlalu mementingkan adat dan juga memerlukan kos yang berganda2 dari jumlah yang sepatutnya dalam perkahwinan,ramai yang memilih untuk terus berpasangan tanpa ikatan yang halal.

 Sabda Rasulullah saw:
“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Sebab itu islam menganjurkan Nikah Khitbah
Khitbah secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”.Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan .Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah.Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya (Sengeh). Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”.


Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.





Klik untuk tengok banyak lagi illustrasi kartun berkaitan Nikah Khitbah Vs Tunang.

Contoh nikah khitbah 1:

Saya ada seorang kawan, Azizah namanya. Perkenalan kami dimulakan oleh Azizah, sewaktu dia menegur saya di surau. Agaknya dia tahu saya orang asing melalui pakaian saya, lalu dimulakan salam dan perkenalan.

Dia sangat baik orangnya, alim dan cantik. Setiap kali berjumpa, pasti saya akan dipeluk dengan kuat dan diciumnya pipi dengan erat. Hari-hari di semester satu berlalu dengan indahnya dengan perkongsian cerita dan ilmu. Walaupun Azizah pelajar Ilmu Sosiologi, saya pula dalam bidang Bahasa Arab, tetapi bagaikan ada satu kimia yang menghubungkan hati kami dan kami sangat selesa bersama.

Sehinggakan sewaktu kami berjumpa lagi di dalam surau, Azizah bertanya kepada saya:

"Husna, apa yang awak dah buat kat saya ni?"

"Saya selalu rindu awak."

Terharu mendengarkan ayatnya, saya membalas,

"Saya pun tak tahu kenapa, semoga dengan ukhuwah ini membawa kita ke syurga." Sambil tersenyum memandangnya.

Pada suatu hari, kebetulan kami memang tiada kelas pada waktu yang sama, Azizah mengajak saya berjalan-jalan bersama ke taman. Kami duduk di tepi taman berhadapan court bola. Soal Azizah kepada saya memulakan bicara.

"Boleh tak awak ceritakan serba sedikit adat perkahwinan di tempat awak?" Ligat otak saya mencari ayat, menyusun cerita mengenai adat. Haruslah dikongsi dari awal pertemuan bukan?

Secara ringkas, saya bercerita turutan daripada tunang hinggalah ke majlis perkahwinan. Dia bertanya lagi.

"Kamu sudah bertunang ke?"Tersengih senyuman saya melebar ke telinga.

"Semestinya belum lagi." jawab saya.

Rupa-rupanya, Azizah ingin memberitahu bahawa dia sudah bertunang tiga hari lepas dengan anak jirannya. Dia tidak pernah kenal siapa, tetapi ibunya sangat berkenan dengan Azizah dan ingin masuk meminang. Azizah bersetuju kerana jejaka tersebut katanya sangat sopan dan baik budi pekerti menghormati ibu bapa walaupun tidak pernah bersua muka.

Seminggu berlalu, kami berjumpa lagi. Kini Azizah dengan penuh perasaannya menceritakan bahawa dia sudah berkahwin di atas kertas. Menulis akad. Tetapi masih belum melangsungkan majlis perkahwinan.

Katanya, dia masih duduk bersama ibunya dan bukan bersama suaminya. Selepas tiga bulan, suami mengumpul wang secukupnya, rumah sudah tersedia barulah Azizah akan berpisah dengan ibunya. Terkejut. Keliru. Masih tidak faham. Itulah situasi saya ketika Azizah menceritakan statusnya pada bulan April ketika itu.

Tiga bulan berlalu, saya dan Yusra dijemput untuk ke majlis perkahwinannya. Meriah! Berwarna-warni penuh dengan muzik taqlidi dan madah nabawi. Kami dibawa Azizah dari awal sebelum majlis perkahwinan bermula sehingga majlis tamat. Sempat kami menjamah kuskus di rumah ibunya.

Selesai kuskus habis dijamah, suami Azizah datang untuk menjemputnya, pada saat itu ibunya mengalirkan air mata kerana Azizah tidak akan lagi tinggal bersamanya. Kemudian dari rumah ibu Azizah kami dibawa ke rumah barunya yang lengkap berperabot, peti ais, microwave, TV LCD Skrin dan lain-lain lagi.

Seterusnya kami dibawa pula ke tempat bersolek dan akhirnya kami ke majlis perkahwinannya di sebelah malam yang tamat sehingga pukul lima pagi. Fuhh, pertama kali tidak tidur malam hadiri majlis kahwin.

Ini contoh Nikah Khitbah.

Indah bukan?





Penjelasan dari ustaz azhar idrus mengenai tanggungjawab suami dan wali si isteri sebelum,semasa dan selepas majlis nikah khitbah.


Dan ini pula sumber lain berkaitan Nikah Khitbah. Membincangkan isu berkaitan tanggungjawab ayah akan jatuh pada suami apabila pasangan khitbah itu sudah bersetubuh. (Jimak)


Tapi ingat,kahwin awal ni memerlukan ilmu,dan sebaik-baiknya memerlukan pembimbing. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.


Dalam usia muda,meniti kehidupan itu seperti meraba-raba di dalm terang,mencari-cari keperluan untuk melengkapi kehidupan yang di idam-idamkan.Sebagai suami isteri yang masih muda,faham memahami peranan masing-masing perlu jelas.Percayalah,dalam antara kasih mengasihani itu ada ruang yang dapat pasangan itu bertaut bersama-sama untuk menuju kejayaan.Dan ruang itu ialah Iman dan Islam. :)






No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails