Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?"
Rasulullah s.a.w menjawab,
"Tidak".
Lelaki itu bertanya lagi,
"Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?"
Jawab Rasulullah s.a.w,
"Kerana aku tidak mengenalimu."
Lalu lelaki itu menambah,
"Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya."
Rasulullah s.a.w menjawab,
"Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."
Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata,
"Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."
Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)
Diantara KELEBIHAN selawat adalah seperti berikut:
1. Mendapat SYAFAAT Nabi S.A.W.
Sabda Nabi S.A.W. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima syafaatku.” (Hadis Riwayat Ibnu Adi & Al-Baihaqi)
2. Mendapat PERLINDUNGAN dan PEMBELAAN dari Nabi S.A.W.
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)
3. Mendapat KEAMPUNAN dosa dari Allah.
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)
Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
Allahumma salli `ala muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, Allahumma barik `ala muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim.
No comments:
Post a Comment