Thursday, January 31, 2013

Entry Tanpa Nama

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Assalamualaikum W.b.t


hati dan perasaan aku bercampur baur.Gembira kerana Mujahidah ini meninggalkan dunia dengan nama yang terpahat dalam hati semua orang,bukan kerana dia seorang artis tapi kerana kisahnya didunia yang memberi iktibar kepada semua.Sedih kerana hilangnya seorang daie,yang menegakkan syiar Islam dimata dunia yang semakin hari semakin hilang nilai Islam itu sendiri.

Cemburu dengan akhlak Mujahidah ini yang sungguh jauh bezanya dari diri aku sendiri,dengar khabarnya kubur allahyarhamah ini berbau wangi.Allahurabbi.Sebak.Sungguh.Bibir kelu tanpa sepatah kata,hanya mutiara jernih memberi tindakbalas pada pembacaan aku.

Adakah SAAT KEMATIAN aku juga sebegitu rupa? Adakah PEMERGIAN aku akan ditangisi ? Adakah aku memberi SUMBANGAN pada agama Islam? Adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi SAKARATULMAUT? Adakah aku mampu melepasi TEMUDUGA yang diketuai oleh Mungkar dan Nakir?

Bertubi2 soalan yang berlegar2 dalam benak fikiranku. Neuron didalam otak berusaha memproses jawapan pada soalan2 tersebut.Ditimbang-timbang, disukat-sukat.Dan jawapan yang terhasil ialah TIDAK.Terkulai jasad,lemah.


Hati aku menangis dan sedikit tertekan.Di 'push' dengan keterikatan dunia itu sendiri menjadikan jiwa aku meronta-ronta untuk berlari jauh dari situasi ini.Terfikir 'alangkah baiknya andai aku sebagai full timer daei' tanpa kerja dan belajar.

Astagfirullahalazim 3x.

Aku teringat pesan salah seorang ukhti yang baru aku kenali.

"Ilmu Dunia itu penting, Tapi Ilmu Akhirat juga penting.Jangan tinggalkan ilmu akhirat demi dunia dan jangan tinggalkan dunia untuk mendapatkan akhirat."

Aku sedikit terkesan.Jazakallah khairan khatira, ukhti. :)

Disaat aku menyatakan aku punya iman hanyalah senipis kulit bawang,ada seorang akhi menyatakan;

"Kat dunia ni takde satu orang pun yang dapat ukur keimanan dia.Tetapi bertambah atau berkurangnya iman seseorang itu kita dapat lihat dalam perbuatannya.Tidak baik menilai sesuatu yang tak nampak bagi orang lain.
Dalam kaedah ilmu ushul fiqih 'Nahnu nahkumu bizzowahir wallahu yatawallas saroir'. Kita hanya dapat menilai sesuatu yang tampak oleh kita je,dan ALLAH akan menilai sesuatu yang kita tak nampak"


Alhamdulillah.Dalam kejahilan,Aku dikelilingi dengan Mawar-Mawar dan Mujahid Agama yang hebat. Semoga aku menjadi sehebat mereka. Aamiin.



Monday, January 28, 2013

Nikah Khitbah : Green Light Untuk Bercouple.



Isu  Kaf Ha Waw Ya Nun sedang hangat diperkatakan di sana sini.Di Facebook,twitter,blog dan seangkatan dengannya semuanya 'pakar' dalam memperdebatkan isu ini.Tapi dalam banyak pihak yang mengangguk2 dan mengiyakan perkahwinan itu sangat digalakkan dalam Islam, ramai juga yang mengutarakan persoalan dan permasalahan yang bunyi dia macam lain tapi maksud dia seakan akan sama. (Angkat kening sebelah)

 “Mana nak korek duit buat belanja kahwin?Apa kau ingat guna air liur je?”

 “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa? Sky juice dengan scrambled egg hari hari?”
 “Mak Ayah tak bagi!”
 “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah? Kau nak sponsor? ” 

(Mostly soalan tersebut diajukan oleh pelajar)

Islam itu Mudah dan bukannya Susah. Permudahkanlah, ianya sangat indah.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan.Tetapi memandangkan permasalahan masyarakat kita sekarang yang terlalu mementingkan adat dan juga memerlukan kos yang berganda2 dari jumlah yang sepatutnya dalam perkahwinan,ramai yang memilih untuk terus berpasangan tanpa ikatan yang halal.

 Sabda Rasulullah saw:
“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Sebab itu islam menganjurkan Nikah Khitbah
Khitbah secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”.Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan .Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah.Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya (Sengeh). Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”.


Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan.





Klik untuk tengok banyak lagi illustrasi kartun berkaitan Nikah Khitbah Vs Tunang.

Contoh nikah khitbah 1:

Saya ada seorang kawan, Azizah namanya. Perkenalan kami dimulakan oleh Azizah, sewaktu dia menegur saya di surau. Agaknya dia tahu saya orang asing melalui pakaian saya, lalu dimulakan salam dan perkenalan.

Dia sangat baik orangnya, alim dan cantik. Setiap kali berjumpa, pasti saya akan dipeluk dengan kuat dan diciumnya pipi dengan erat. Hari-hari di semester satu berlalu dengan indahnya dengan perkongsian cerita dan ilmu. Walaupun Azizah pelajar Ilmu Sosiologi, saya pula dalam bidang Bahasa Arab, tetapi bagaikan ada satu kimia yang menghubungkan hati kami dan kami sangat selesa bersama.

Sehinggakan sewaktu kami berjumpa lagi di dalam surau, Azizah bertanya kepada saya:

"Husna, apa yang awak dah buat kat saya ni?"

"Saya selalu rindu awak."

Terharu mendengarkan ayatnya, saya membalas,

"Saya pun tak tahu kenapa, semoga dengan ukhuwah ini membawa kita ke syurga." Sambil tersenyum memandangnya.

Pada suatu hari, kebetulan kami memang tiada kelas pada waktu yang sama, Azizah mengajak saya berjalan-jalan bersama ke taman. Kami duduk di tepi taman berhadapan court bola. Soal Azizah kepada saya memulakan bicara.

"Boleh tak awak ceritakan serba sedikit adat perkahwinan di tempat awak?" Ligat otak saya mencari ayat, menyusun cerita mengenai adat. Haruslah dikongsi dari awal pertemuan bukan?

Secara ringkas, saya bercerita turutan daripada tunang hinggalah ke majlis perkahwinan. Dia bertanya lagi.

"Kamu sudah bertunang ke?"Tersengih senyuman saya melebar ke telinga.

"Semestinya belum lagi." jawab saya.

Rupa-rupanya, Azizah ingin memberitahu bahawa dia sudah bertunang tiga hari lepas dengan anak jirannya. Dia tidak pernah kenal siapa, tetapi ibunya sangat berkenan dengan Azizah dan ingin masuk meminang. Azizah bersetuju kerana jejaka tersebut katanya sangat sopan dan baik budi pekerti menghormati ibu bapa walaupun tidak pernah bersua muka.

Seminggu berlalu, kami berjumpa lagi. Kini Azizah dengan penuh perasaannya menceritakan bahawa dia sudah berkahwin di atas kertas. Menulis akad. Tetapi masih belum melangsungkan majlis perkahwinan.

Katanya, dia masih duduk bersama ibunya dan bukan bersama suaminya. Selepas tiga bulan, suami mengumpul wang secukupnya, rumah sudah tersedia barulah Azizah akan berpisah dengan ibunya. Terkejut. Keliru. Masih tidak faham. Itulah situasi saya ketika Azizah menceritakan statusnya pada bulan April ketika itu.

Tiga bulan berlalu, saya dan Yusra dijemput untuk ke majlis perkahwinannya. Meriah! Berwarna-warni penuh dengan muzik taqlidi dan madah nabawi. Kami dibawa Azizah dari awal sebelum majlis perkahwinan bermula sehingga majlis tamat. Sempat kami menjamah kuskus di rumah ibunya.

Selesai kuskus habis dijamah, suami Azizah datang untuk menjemputnya, pada saat itu ibunya mengalirkan air mata kerana Azizah tidak akan lagi tinggal bersamanya. Kemudian dari rumah ibu Azizah kami dibawa ke rumah barunya yang lengkap berperabot, peti ais, microwave, TV LCD Skrin dan lain-lain lagi.

Seterusnya kami dibawa pula ke tempat bersolek dan akhirnya kami ke majlis perkahwinannya di sebelah malam yang tamat sehingga pukul lima pagi. Fuhh, pertama kali tidak tidur malam hadiri majlis kahwin.

Ini contoh Nikah Khitbah.

Indah bukan?





Penjelasan dari ustaz azhar idrus mengenai tanggungjawab suami dan wali si isteri sebelum,semasa dan selepas majlis nikah khitbah.


Dan ini pula sumber lain berkaitan Nikah Khitbah. Membincangkan isu berkaitan tanggungjawab ayah akan jatuh pada suami apabila pasangan khitbah itu sudah bersetubuh. (Jimak)


Tapi ingat,kahwin awal ni memerlukan ilmu,dan sebaik-baiknya memerlukan pembimbing. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.


Dalam usia muda,meniti kehidupan itu seperti meraba-raba di dalm terang,mencari-cari keperluan untuk melengkapi kehidupan yang di idam-idamkan.Sebagai suami isteri yang masih muda,faham memahami peranan masing-masing perlu jelas.Percayalah,dalam antara kasih mengasihani itu ada ruang yang dapat pasangan itu bertaut bersama-sama untuk menuju kejayaan.Dan ruang itu ialah Iman dan Islam. :)






Thursday, January 17, 2013

LAYAKKAH KITA BERGELAR UMAT NABI MUHAMMAD SAW?


Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya,
 "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" 
Rasulullah s.a.w menjawab,
 "Tidak".
 Lelaki itu bertanya lagi,
 "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" 
Jawab Rasulullah s.a.w,
 "Kerana aku tidak mengenalimu." 
Lalu lelaki itu menambah,
 "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya."
 Rasulullah s.a.w menjawab, 
"Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."


Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, 
"Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

 Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)

 Diantara KELEBIHAN selawat adalah seperti berikut:

1. Mendapat SYAFAAT Nabi S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima syafaatku.” (Hadis Riwayat Ibnu Adi & Al-Baihaqi)

2. Mendapat PERLINDUNGAN dan PEMBELAAN dari Nabi S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)

3. Mendapat KEAMPUNAN dosa dari Allah.

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)

Sabda Nabi S.A.W. “Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
Allahumma salli `ala muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, Allahumma barik `ala muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim.


Thursday, January 3, 2013

Warkah Cinta Dari Sahabat untuk Sahabat

Assalamualaikum W.b.t.



Rasulullah SAW bersabda: 
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. 
[HR Muslim]

Pertama sekali, maafkan aku  kerana tidak mampu menegur secara lisan mahupun dengan perbuatan. Sungguh iman aku lemah. Ye,senipis kulit bawang. 
Jangan berkecil hati dengan warkah ini,tapi ingatlah sahabat,
aku menegur kerana aku sayang.




Ukhti, saudariku,
kau cantik, ku akui itu
karena memang kau terlahir untuk itu
Ku tahu kecantikanmu anugerah
dari Tuhanku dan Tuhanmu

tapi, bukankah Tuhanku dan Tuhanmu
punya aturan untuk itu
Kau harus menjaganya
dari mata lelaki jalang yang belum halal bagimu.
Tahukah kau itu atau kau sama sekali tidak tahu?
atau pura-pura tak tahu?



Di dalam Al-Quran Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

“Wahai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 
(QS. Al-Ahzaab: 59)


Seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 4 orang lelaki,

1 - ayah kandung
2 - adik beradik lelaki
3 - suami
4 - anak lelaki kandung




SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT.



Sayidina Ali R.A menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis dan kemudiannya puteri Baginda, Fatimah datang menyapanya.

Lalu kedua-duanya bertanya mengapa Rasulullah S.A.W menangis. Baginda menjawab,

“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka menerima seksaan yang berat dan mengerikan.

Fatimah kemudiannya bertanyakan apakah yang dilihat oleh ayahandanya.

“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih......"



Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa. Lalu, Rasullulah S.A.W menjawab;

“Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.








Belum cukup rasanya ilmu agama yang aku miliki untuk menjawab keraguanmu sahabat.Jadi aku sertakan soalan serta jawapan dari seorang ahli ulama kita,Ustaz Azhar Idrus. 

✿~ Soalan :  Ustaz, saya ini orang yang tidak bertudung, ada orang bertanya bila hendak bertudung? Saya jawab, TUNGGU SAMPAI SERU, saya tidak mahu pakai tudung kerana dipaksa..takut nanti tidak ikhlas..apa pandangan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI..ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..




✿~ Soalan : Ada sesetengah orang yang tidak bertudung berkata, "tidak bertudung tidak semestinya jahat..jangan terlalu kecilkan skop pemikiran sebab mentaliti manusia hari ini tidak seperti itu, kalau ada orang yang berfikiran seperti itu, orang itu SILAP..",apa pandangan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Memang betul, tidak bertudung tidak semestinya jahat menurut AKAL MANUSIA..tetapi Rasulullah saw telah TEGASKAN, siapa yang TIDAK BERTUDUNG..dia seorang penderhaka, dia MENDERHAKA kepada Penciptanya dan penderhaka tempatnya di dalam NERAKA.

Aku juga seorang pendosa yang penuh dengan calitan lumpur.  
Ingatkan aku bila aku lupa. 
Ingatkan aku bila terleka dengan dunia
Ingatkan aku sebelum aku terlena.

Related Posts with Thumbnails