Thursday, September 30, 2010

12 barisan di Akhirat


12 barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah
SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah SWT: “Pada sangkakala ditiup,maka kamu
sekalian datang berbaris-baris” Surah An-Naba’:18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka…”

Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka…”

Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah
orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah
orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka…”

Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka
itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka…”

Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka…”

Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka…”

Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika
engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu
sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah
engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam.

Wednesday, September 29, 2010

pantai kat uma aku femes kot??


haha!pas aku ngan hosmetku pegi mnuntun wayng cite MAGIKA,(yg dgembar gemburkan sbg best oleh dak ne ntah)make...kecoh la satu umah..dok menyanyi lagu lam cite tu..
yg pling ktowg hengat..
"nak kemane kamu bertiga,jgn sampai kejutkan naga"
hahaha!!
dari lam kete kat JJ Sampaila lam umah,tu je yg kuyu dok nyanyi...

dsebabkan de dak2 uma aku yg x join g tgok wayang sekali,make dgan kuase bulan..(cam cite sailormoon la plak),dowg suh aku cari kat u tube...da tgok2 sume..tnampak la trailer cite HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA...

tgok2..la...pantai kat kg aku upenye...aku pom da hengat2 lupe sal nih..mase dowg shooting tuh aku memg tade kat kg..p sempt la tgok dowg ngah siapkan umah2 ngam sampan..props len la..tgok trailer cam besh..aku ngam blagak nye tunjuk video tuh kat hosmet aku..siap post kat fb ag..hahaha!yg xtahan tuh siap tunjuk bukti ag..hehe..
bangge siot!






xsaba tggu filem nih masuk panggung,nak tgok!macam besh je...huu...fisrt time aq tgok cite mlayu camnih..arap2 tade istilah indah khabar dari rupe la yek??
bakal ditayangkan di 25 BUAH NEGARA..memakn bajet sebnyak 8 JUTA..kluaran KRU PRODUCTIONS..


AG INFO SAL FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Genre:
Action / Epic
Status:
Coming Soon
Director:
Yusry Abdul Halim
Language:
English

Cast:
Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu,
Gavin Rees Stenhouse, Craig Robert
Fong, Eric Karl Henrik Norman,
Keith Chong, Keith Chong,
W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali,
Khir Rahman, Ummi Nazeera,
Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida,
Kuswadinata, Mano Maniam,
Ravi Sunderlingam

Tuesday, September 28, 2010

Gadis Melayu Akan Disiasat


SECARA luarannya, pertandingan program televisyen (TV) realiti, Gadis Melayu bertujuan melahirkan gadis-gadis Melayu yang bukan setakat ayu, berpendidikan dan berketrampilan tinggi, tetapi juga sebagai selebriti TV pelapis pada masa depan.

Malah, program terbitan TV9 itu turut menjaga nama baik serta penampilan setiap pesertanya agar ia selaras dengan imej gadis Melayu yang dikatakan mempunyai jati diri dan maruah yang tinggi di kalangan masyarakat sejak dari dulu lagi.

Menyedari pentingnya elemen-elemen itu, stesen TV di bawah naungan Media Prima Berhad itu akan lebih menitikberatkan soal latar belakang sosial para peserta Gadis Melayu pada musim akan datang bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai rekod bersih sahaja dibenarkan bertanding.

Menurut Penerbit Gadis Melayu musim ke-2, Shukri Ibrahim, perkara itu timbul apabila ada di kalangan peserta pertandingan itu yang menjadi bualan ramai selepas gambar-gambar tidak senonoh mereka seperti meminum arak di disko telah diedarkan menerusi Internet baru-baru ini.

Pengurusan TV9 ujarnya, memandang serius tentang perkara tersebut dan stesen itu akan membuat saringan terlebih dahulu untuk memastikan peserta program itu bersih daripada rekod buruk.

“Kami juga akan siasat latar belakang mereka. Bagaimanapun, ada juga perkara yang di luar bidang kuasa kami, contohnya aktiviti-aktiviti masa lampau mereka yang kami tidak ketahui dan ia hanya diketahui selepas bermulanya musim baru Gadis Melayu itu di kaca TV.

“Kalau betul mereka ada rekod tidak baik atau melakukan aktiviti-aktiviti negatif yang boleh menjejaskan nama baik pertandingan ini, memang awal-awal lagi kami akan singkirkan mereka,” katanya kepada Hits sewaktu ditemui sebelum sidang media Gadis Melayu 2 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Shukri mendedahkan, terdapat peserta pertandingan itu yang terbabit dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat di mana perlakuan itu akhirnya telah didedahkan menerusi Internet iaitu ketika bermulanya pertandingan tersebut.

Namun katanya, peserta terbabit telah pun tersingkir dan pada masa sama beliau turut memberi jaminan bahawa lima finalis Gadis Melayu 2 tidak mempunyai rekod buruk yang boleh menjejaskan kredibiliti pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 buat juaranya itu.

Pengalaman yang berlaku sebelum ini kata Shukri, memberi pengajaran kepada stesen itu dan kerana itu TV9 tidak teragak-agak memanggil peserta terbabit untuk memberi penjelasan.

Menurut Shukri, peserta itu mendakwa, gambar tidak senonohnya telah tersebar di Internet selepas dia terpilih bertanding dalam Gadis Melayu 2.

“Katanya, ia disebarkan oleh kawan-kawannya sendiri yang mungkin iri hati atau sengaja mahu mensabotajnya.

“Perkara tidak senonoh yang dilakukannya itu dilakukan sebelum peserta terbabit menyertai Gadis Melayu 2 dan ia berada di luar pengetahuan kami,” ujarnya pada majlis pengumuman lima finalis pertandingan itu.

Lima finalis yang akan bersaing pada pertandingan akhir di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada 5 November ini (esok) bermula pukul 8.30 malam itu ialah Putri, Lyn, Finas, Fiqa dan Nadia dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV9.

Gadis Melayu 2 merupakan program TV realiti yang mengadili para pesertanya menerusi 50 peratus daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS), manakala 50 peratus lagi melalui pemilihan panel juri profesional.

Para juri yang akan mengadili para peserta Gadis Melayu 2 ialah Datin Seri Normala Shamsudin, Nurfarahin Jamsari, Izza Safinaz Ibrahim, Rosyam Nor, Syafinaz Selamat dan Adam Salleh.

Tambah Syukri, lima finalis pertandingan itu bukan setakat mempunyai rekod bersih, malah mereka juga berpendidikan tinggi, versatil dan mampu diserapkan sebagai selebriti seperti pengacara pelbagai rancangan di TV9 ataupun TV3 pada masa akan datang.

“Kami dapati kesemua finalis Gadis Melayu cukup versatil untuk diserapkan sebagai pengacara TV yang baru termasuklah dalam rancangan yang berkonsepkan hiburan. Apatah lagi menerusi tugasan-tugasan berbentuk kewartawanan yang kami berikan kepada mereka turut membantu ke arah itu.

“Kami harap dengan adanya pertandingan seperti ini kita akan dapat mencari pengacara pelapis seperti Normala Shamsudin, Wan Zaleha Radzi dan Ras Adiba Radzi.

“Malah, kami juga optimis rancangan ini akan mendapat sambutan hangat pada masa depan. Setakat ini sahaja rancangan ini ditonton oleh lebih 1.4 juta penonton selepas ia bersiaran 12 episod,” ujarnya lagi.

Pada pertandingan akhir Gadis Melayu 2 kelak, pasangan pelakon, Adlin Aman Ramlie dan isterinya, Emelda Rosmila akan menjadi pengacara pertandingan yang semakin popular di TV9 tersebut.- Utusan Malayisa

Monday, September 27, 2010

cik WAHIDAA FAUZI


semoga panjang umo
murah rezeki
ceria2 selalu
bahagie ngam owg tesayang



may GOD bless u..
success sokmo...


p.s: kamu suda tue..huhu


tolong INGATKAN aku!




nice song that make me addicted!

Sunday, September 26, 2010

~MeNcArI tErLaLu "SEMPURNA" ????



*gambar hiasan semata mata..


Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja..


Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja..
by JomSayang on Saturday, September 25, 2010 at 1:02pm

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.



Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.



Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"



Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukum-Mu".



Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.

Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.



Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".



Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.



Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib. Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.

Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.



Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya. Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak.



Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.



Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!



Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.

Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.



Butirannya seperti ini, soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)



Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!



Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.



Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.



Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?



Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?



Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!



Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.



Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.



Annisa: apakah hakikat tudung?



Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.

Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.



Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?



Isteri jiranku:



Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.



Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua. Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis. Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.



Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.



Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu



"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"



Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisi-Nya. Amin.



Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua, wassalam.

credit to JomSayang

Saturday, September 25, 2010

macam besh jer....uuuuuuuu

pas tgok cite RESIDENT EVIL(4 star tok cite nih..best!)..ase nak tgok cite melayu la plak..MAGIKA!

Sebuah filem yang memuatkan pelbagai elemen termasuklah romantik, komedi dan kasih sayang. Itulah genre yang terdapat dalam Magika, sebuah filem terbaru terbitan KRU Studios Sdn. Bhd.

Minggu lalu pihak media telah diberi peluang menyaksikan filem berkenaan di Siam Film Development (SFD), Bangkok, Thailand.SFD adalah pusat penyuntingan dan memproses filem ternama yang sering menjadi tumpuan penerbit-penerbit filem termasuklah Malaysia sebelum ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).Untuk mengulas filem ini secara keseluruhan masih terlalu awal kerana ia akan menemui penonton di pawagam pada Mac tahun hadapan.

Tetapi apa yang pasti ingin disentuh bagaimana Edry selaku pengarah mendapat ilham menghasilkan sebuah filem yang merupakan wadah baru untuk dihidangkan kepada penonton hari ini.Magika sarat dengan pengajaran dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan.Ini kerana elemen muzikal dengan 14 buah lagu yang digabungkan menjadi pelengkap kepada sebuah filem genre sebegini.Ia mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain .Bagaimanapun Ayu bernasib baik baik kerana dia bertemu dengan Bad (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.Magika adalah filem hebat kerana berjaya mengumpulkan lebih 20 artis popular termasuklah M.Nasir, Maya Karin, Ning Baizura, Adibah Noor, Vanidah Imran, Nabil (Raja Lawak) dan Aznil Nawawi.

Mungkin ada yang berkata ini bukan filem muzikal pertama kerana filem Qabil Khushry Qabil Igam juga pernah menampilkan unsur sedemikian.Tetapi tidak kepada sebuah filem yang menampilkan lirik-lirik lagu yang merupakan sebahagian daripada dialog.Malah jumlah lagu yang dimuatkan juga melebihi filem-filem tempatan lain sebelum ini.Lirik yang ditampilkan turut berkait dengan setiap adegan yang dipaparkan seterusnya menjadi pelengkap kepada watak yang ditonjolkan dalam Magika.

Apa yang lebih penting kata Edry, dia mahu membawa penonton melihat sebuah kisah fantasi orang tua-tua untuk ditatap oleh generasi baru hari ini.Contohnya orang tua-tua selalu berpesan agar tidak bermain diwaktu senja, takut nanti disorok bunian.Filem ini membawa penonton melihat bagaimana Malik terjatuh ke dalam perigi buta dan muncul di alam bunian kerana ingkar nasihat bapa yang melarang bermain pada waktu senja.Tambah Edry lagi, hasrat menghasilkan filem ini tercetus apabila dia teringat akan teater muzikal pertama yang ditonton ketika berusia 12 tahun di London berjudul Tommy.

Tambah Edry lagi dalam masa yang sama dia cuba mencari kelainan dalam memperkembangkan karya untuk industri perfileman tempatan agar penggiat filem mampu menghasilkan satu genre filem yang baru.Filem ini juga kata Edry turut menampilkan teknik janaan komputer (CGI) sama seperti filem-filem terbitan KRU lain iaitu Cicak Man I dan Cicak Man II."Lebih menarik saya juga menggunakan watak seperti Mahsuri, Badang, Puteri Gunung Ledang, Pak Pandir, Bawang Putih dan Bawang Merah yang menjadi legenda kepada kita," katanya.Lebih menarik, kebanyakan lagu yang dimuatkan dinyanyikan sendiri oleh para pelakonnya yang menjadi kekuatan kepada filem ini.

Kata Edry, Magika yang dihasilkan dengan kos keseluruhan sebanyak RM2.4 juta itu merupakan satu eksperimen pertama beliau untuk melihat adakah masyarakat Malaysia mahu menerima satu bentuk filem baru hari ini.Bukan untuk kanak-kanak sebaliknya filem ini adalah untuk semua golongan yang bertujuan memupuk perasaan rasa sayang sesama keluarga."Kita memerlukan satu cabang filem yang baru dan saya berharap selepas ini ada penerbit lain akan turut menghasilkan filem muzikal untuk tatapan penonton," katanya.



Friday, September 24, 2010

AKU JATUH CINTA

1st time aku dengar lagu nih..aku da jatuh cinta..haha..p versi akustik la..
yg biasenye bley la..p kan lagu ni mnimbulkan kontroversi kerna sdikit sebnyak mniru lagu HAPPY ENDING by AVRIL LAVIGNE..lagu yg dmaksudkan ialah AKU JATUH CINTA by LIYANA JASMAY..enjoy dis song...





AKU JATUH CINTA


Sudah lama mencari
Tapi tak ku temui
Rasa yang selalu
Ada di hati
Ada di hati (Yeahh..)

Kini aku temui
Jalan cerita cinta
Sekian lama mencari
Cinta..

Dulu cinta
Tiada lagi
Dan aku masih mencari-cari
Kerna hati ku sanggup menunggu
Cinta dari mu
Cinta dari mu (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar aku hampir jadi resah
Bila cinta dari mu hadir bagai lena dari mimpi
Bagai perasa
Bagai perasa

Hey, yeahh.. (Ohh..)
Hey, yeahh..X2

Dulu cinta
Tiada lagi
Dan aku masih mencari-cari
Kerna hati ku sanggup menunggu
Cinta dari mu
Cinta dari mu (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar aku hampir jadi resah
Bila cinta dari mu hadir bagai lena dari mimpi
Bagai perasa
Bagai perasa (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar kata hati ku pada mu
Tapi aku tak kuasa
Mengatakan pada mu
Rasa cinta ku
Rasa cinta ku

Ku akur selamanya..

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar kata hati ku pada mu
Tapi aku tak kuasa
Mengatakan pada mu
Rasa cinta ku
Rasa cinta ku

Ku akur selamanya..

Thursday, September 23, 2010

ayat membunuh dari buah hatimu..

UNTUK JEJAKA DI LUAR SANA..


1) ok,fine!

ni la kate2 gurl tok menamatkan pertengkaran bile diowang btol dan kowg mesti tutup mlut..(diam2 suda)

2) tade pape

ni maknenye kilat sabung menyabung sblom guruh la..ha..(pandai2 je aku)..tade pape maknenye ade la tu..so,jagn blah taw..stay kat ctu je.pertengkaran yg bermula dgn tade pape biasenye akan berakhir dengan aman..


3) 5 minit

kalu sang puteri tgh bersiap,maknenye setengah jam la tu..5 minit akn jadi lima minit bile anda dberi lagi 5 minit tok men game dan buat kerja umah..haha..tunggu la kowg sampai lebam..


4) buatlah

ni bukan lampu ijaw taw..jgn buat!kang kowg dpt rase kakiku dibibirmu..


5) keluhan berat

ni sebenarnye perkataan yang taleh ungkap ngam kate2..(pelik kan?)dan bnda alah ni biasenye disalh tafsir olek sang jejake..ni maknenye kamu ni bengap dan wondering napela die membazir mase stay ngam kamu yg sgt la mbosankan..(rujuk ayat 3)


6) takpela

ni ayt paling bahaya tok laki2 ye..ditekankan..BAHAYA..ni maknenye dye ngah pk bile la dan camne nak buat kamu mnerima blasan tuh..(gile pendendam),huhu


7) terima kasih

gadis berterima kasih sama kamu..jgn pengsan ke gelabah ke..jawab je same2..
p lau dye cakap terima kasih bnyak2,jgn plak kowang cakp same2..terimakasih tu ialh sarkasme suci dan tade niat nak ucap tima kasih pom(keadaan tertentu ye)..n ni leh mnuju ke ayat 8.


8) pape jelah

ni maknenye..blah la.. dye da fed up.mlas da nak lyan kamu..haha..kejam di situ


9) jangan risau..saye paham

lagi ayt berbisa..maknenye kamu xpaham2 bahase.. da cakp bape kli p x gheti2 ag..ngerti ngak??


*untuk suke suki je...

IBU GERAM LIHAT GAMBAR

GEORGETOWN: “Ini pertama kali saya tengok gambar dua budak lelaki ini. Jika dapat dua budak ini, saya kenakan depa cukup-cukup, hidup anak saya musnah kerana mereka,” kata Che Noriah Che Hat, 48, ibu kepada Suhaily Abdul Razak, 14, yang menghilangkan diri bersama rakannya, pasangan kembar berusia 14 tahun, Nurulain Kamarazmi dan Nurulashiqin sejak Aidilfitri kedua lalu.
Che Noriah dan Harlizah Damah, 44, ibu kepada pasangan kembar berkenaan mulanya tidak bercadang pergi melihat anak mereka yang hilang sejak 18 September lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan hanya mahu menunggu polis membawa mereka pulang ke Kampar, Perak.


Bagaimanapun, naluri keibuan membuatkan mereka mengambil keputusan menemui anak mereka, lewat malam kelmarin di HPP.


Dua wanita itu bertolak dari Kampar kira-kira jam 7.30 malam kelmarin sebelum tiba di HPP kira-kira jam 10.30 malam dan selepas meluangkan masa bersama anak masing-masing, wanita berkenaan yang ditemani Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira jam 12 tengah malam.


Harian Metro difahamkan, dua wanita itu diambil keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit dan akibat keletihan, mereka lebih banyak berdiam diri ketika ditemui di luar balai berkenaan.


Bagaimanapun, selepas mereka melihat gambar kekasih kepada Nurulashiqin dan Suhaily, mereka mulai berang dan menyumpah dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu.


Harlizah berkata, mereka tidak mahu anak mereka menjalin sebarang hubungan dengan dua lelaki itu dan akan mempertimbangkan untuk bertemu keluarga dua lelaki berkenaan.


“Saya tidak akan membenarkan anak kembar saya menjalin hubungan dengan lelaki yang menghancurkan hidup mereka, apatah lagi membenarkan mereka mengikat tali perkahwinan dengan mereka.


“Kini, saya hanya berharap anak saya sedar dengan kesilapannya dan balik ke pangkal jalan, kami akan memberi sokongan penuh kepada mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga seperti sedia kala,” katanya.


Menurutnya, dia dan keluarga juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap dua lelaki itu dan kini menunggu hingga siasatan polis selesai.


Tiga remaja perempuan itu yang dilaporkan hilang selepas beraya di rumah rakan pada Aidilfitri kedua lalu ditemui polis di sebuah rumah pangsa di Taman Green Garden, Paya Terubong, di sini, kelmarin.

Pakai TUDUNG?? ewww...kampung nye u....

"ko ingat owg yang pakai tudung tu baek sangat ke??"

g mane2 je mesti kowang pena dengar ayat ni kan..
umm...tetibe je aku trase nak mnulis tentang pemakaian tudung nih..
at da same time aku nak perbetulkan diri aku sendiri gak..insyaALLAH..


kat u tube blambak kes pompuan mlayu atau bak kate laen ISLAM berzina..nauzubillah..

kini tudung sudah tidak mempunyai peranan
utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam
lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi,
maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada
hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan
pemakaian tudung. Ramai wanita yg memakai
tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn
suasana. Mereka lihat adik beradik, teman
sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai
memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana
mereka sahaja yg masih tidak bertudung.
Lantaran itu mereka mengambil keputusan utk
memakai tudung, walaupun hati tidak berapa
menyetujuinya.

sebenarnya perkara macam ni berlaku tak mengira bangsa cuma bangsa lain tak le radikal macam bangsa melayu kita ni.bangsa kita memang expert dalam bab menuding jari atau kuman di laut nampak,gajah depan mata tak nampak.lebih kurang macam tu lah.memang la sangat tak sopan dan menjatuhkan maruah agama sebab bertudung menutup aurat itukan tuntutan agama.kat negara luar sana nun pun ada juga yang macam ni,tapi budaya mereka kan berbeza dengan budaya kita orang melayu malaysia.jadi,masyarakat sana tak la kisahkan sangat sebab dah normal sangat.negara kita memang dah maju membangun tapi masih taboo nak bercerita pasal pendidikan seks,sebab itulah jadi macam ni.ibu dan bapa kita pun tak pernah berfikiran terbuka tentang hal yang melibatkan perhubungan seks,jadi anak-anak tersalah langkah tanpa pantauan.tak dinafikan memang susah nak mengawal nafsu seks kalau dah pernah mencuba.majoriti rakyat malaysia yang sudah pernah melakukan seks walaupun masih di bawah umur pun ramai sangat cuma tak cakap je.



Umm...
aku nak chow lu..
nak balek lak..


.t.e.g.u.h.k.a.n. i.m.a.n.k.u

Monday, September 20, 2010

shushi + char kue tiaw + peach+grape juice

hummm...
juadah bukak pose yang spesel tok arini...huhu..kombinasi yang langsung xseswai..

lau ikotkn plan nak je mkn kat fudkot jusco,p plan btukar last minute..tade selera la plak..hehe..rase nak makan char kue tiaw..

da beli 5 jnis shushi..then beli jus lam kotak je..
nak cari apricot+grape jus p tade la plak..so,tpakse ambik yg ni..ok gak rasenye..
bley la tahan..

pas temankan si fara shopping baju segale,ktowang gerak g warung sebelah masjid yang famous di kalangan student2 mutiara uitm pulau pinang ngam char kue tiaw nye..hehe

tepat jam 7.20..azan pom bkumndang menandakan masuk waktu maghrib bg wilayah permatng pauh dan sewaktu dengannye..huu..de bakat x??

pastu ktowg sampai ngam2 azan..aku ode char kue tiaw spesel..de telur mate kat atas...memang sedap r wa cakap sama lu..meletop!!
mule ngam shushi semntra ode sampai..kenyang2..

balek uma lak dok mlantak kueh raye..kbetulan delivery dari mak agkat sampai..so,kite enjoy!!

naek lagi la berat aku..


k.e.k.e.n.y.a.n.g.a.n.

Sunday, September 19, 2010

jutaan time kasih sama BEN ASHAARI

salam satu malaysia..

hehe..
entry ni dbuat khas tok abg ensem kite,BEN ASHAARI..
erk..ni bukan nak mgushar aw..
takot de yang mara jeww..hehe

tujuan shayer ialah mau mgucapkan selamat ari raye,hee..
dan jutaan time kasih diucapkan kerna meletakkan blog shayer bshame2 blogger yg laen
dlam blog enchek ben ye..

makaseh bnyak2..tatw nak bg pe..dwet raye memang xdapt coz xdatng raye umah(padahal tade wet)hehe..kueh raye pom da abes..huhu

so..ucapan time kasih je la ek??
tenkiu2..



y.a.n.g b.e.r.t.e.r.i.m.a k.a.s.i.h

Saturday, September 18, 2010

halal tapi haram

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.

Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.

Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.

Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah.

Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.

Adik-adik remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.

Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.

Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.

Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.

Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Ustaz harap adik-adik remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.

Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'

Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.

t.e.r.a.s.a t.e.m.p.i.a.s

hilangnye seorang seniman berbakat besar..

17.9.2010

AMPANG: Pelakon dan pelawak, Mohd Rajoli Mohamed Zin, 65, atau M Rajoli disahkan meninggal dunia akibat penyakit barah pada kelenjar otak atau lymphoma di Hospital Ampang,



KENANGAN...Allahyarham M Rajoli bersama kedua-dua isterinya.

Pelakon yang sering membawa watak ustaz dan ahli korporat itu, terlantar di hospital sejak dua hari lalu selepas mengalami masalah pernafasan. Dia kemudiannya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ditempatkan di wad pesakit dua jam kemudian. Keadaannya yang kritikal membuatkan dia bertarung dengan nyawa sejak ditahan di wad berkenaan.


Adik iparnya, Mohlis Mohd Din, M Rajoli yang dihubungi malam tadi mengesahkan kematian pelakon itu sambil memberitahu sebelum itu allahyarham hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan. “Sebelum inipun keadaannya amat kritikal. Dia hanya mampu menggerakkan mata dan isyarat jari. Keadaan itu dipercayai kesan penyakit barah otak yang dihidapi sejak tiga tahun lalu. “Pada Hari Raya lalu keadaannya stabil walaupun tidak banyak bercakap dan kurang minum air,” katanya.


M Rajoli meninggalkan dua balu iaitu isteri pertama Hashimah Mohd Din, 56, dan isteri kedua, bekas penyampai radio, Wan Chik Daud, 70. Hasil perkongsian hidup bersama Hashimah selama 36 tahun mereka dikurniakan empat anak iaitu Siti Dzaleha, 34, Nur Mohamad, 33, Siti Nazirah, 28 dan Muhd Ariff, 23. Pelakon berasal daripada Pasir Mas, Kelantan membintangi ratusan drama dan filem antaranya Mekanik, Azura, Anaknya Sazali, Lang Buana, Cinta Fotokopi, Lady Boss dan Histeria. Dia cukup dikagumi menerusi lakonan dengan kebolehannya membawakan watak dengan berkesan.

Friday, September 17, 2010

10 mitos tentang cinta

10 mitos tentang cinta
Apabila berbicara tentang cinta kita sering mngaitkannya dengan pengorbanan,keserasian,cinta pandang pertama dan kesempurnaan..jom kita semak antara mitos2 yang sering dikatakan dengan dalam hubungan cinta ini..

• CINTA PANDANG PERTAMA

Dalm bahasa inggerisnye love at first sight.jangan percaya kalu ada lelaki yang cakap

“i jatuh cinta kat u first time i tgok u”

Haaa..ini kerna pandangan pertama mungkin bererti dye terpesona ngan kecantikan kamu ataupun ASET kamu yang mantap dan bukannya kerna hati..lelaki yg jatuh cinta pandang pertama ni kbnyakannya lbih pada nafsu..so,be carefull girls!

• YOU COMPLETE ME ; JERRY MCGUIRES SYNDROME

“kehadiran dye melengkapkan idop kamu”

Berenti dari berfikir sedemikian kerna untuk bahagia kamu harus rase lengkap tanpa bntuan owg laen..pasangn yg tepat mungkin memenuhi sebahagiaan orang laen tapi x sume..ade bebrape hal yang tidak boleh si dye berikan seperti harga diri..mustahil kamu mnuntut keprluan yang seharusnye kamu penuhi sendiri.

• MINAT DAN SELERA HARUS SAMA

“i suke bnda tu,so u mesti suke jugak taw”

Secara genetik,fizikal dan psikologi kamu dan su dye adalh owang yg bebeza..berusaha menyamai dye atau sebaliknye merupakan sikap yang tidak sepatotnya.malah andai dilakukan secara terpaksa itu akan mnimbulkan konflik. Perlu diingtkan adanya perbezaan mint dan selera lebih mnyenangkan kerna akn mbuatkan idop lbey berwarna warni dan ceria..jadi hargai perbezaan antara kamu dan dia..

• HARMONI=TIDAK PERNAH BERTENGKAR

Salah besar!!pasangn paling harmoni pun pernah bertengkar,tetapi bukan bererti retak.bile ade pertengkaran maknenye kamu akan lbey mengenali si dye dan belajar dari kesilapan..tapi,jangn terlalu emosi dan menyalahkan antara satu sama lain.berbincang dan dapatkan kata sepakat,masalh pasti akn selesai..


• CINTA ADALH SEGALANYA

“lantak la ape owang kate.yang penting i love u”

• Untuk membina sebuah hubungan cinta saje x cukup..ini kerna cinta perlukan komitmen,kematangan,kewangan yang stabil,saling menghargai,hormat menghormati,dan sbgnya.jadi jgan kate cinta saje da memadai dan mampu mgalhkan segala galanya manakal yang len bley diketepikan.ini bukan cite dongeng ye..ini realiti.percayalah cinta x kan berhasil hanya dengan ungkapan i love u saje.



.
• MELEPAS SEMUA KETIDAK PUASAN HATI ADALAH YANG TERBAIK
“kalau u xpuas ati u cakap je taw..jagn selindung2..”
• Mengeluarkan semua perasaan yang terpendam memang terasa melegakan. Namun bila Anda mengucapkan kata-kata tanpa dipikirkan terlebih dahulu pada saat situasi sedang memanas, Anda berisiko merusak hubungan asmara selamanya. Banyak hubungan yang hancur pada saat salah satu pasangan tidak dapat memaafkan kata-kata yang dikeluarkan oleh pasangannya pada saat mereka bertengkar.

• Sebelum mengucapkan kata-kata yang bakal Anda sesali, gigit lidah Anda dan beri waktu pada diri sendiri untuk mempertimbangkan apa yang Anda rasakan. Kata-kata yang kita ucapkan pada saat sedang marah, sering tidak mewakili apa yang betul-betul kita rasakan dan tidak perlu diucapkan terutama bila kata-kata tersebut berpotensi merusak hubungan asmara.



• HUBUNGAN MESRA TIDAK ADA HUBUNGANNYA DENGAN SEKS

• Jangan batasi pemikiran dengan anggapan seks hanya merupakan hubungan intim atau sentuhan fisik seperti ciuman atau pelukan. Belaian, berpegangan tangan, dan banyak lagi yang berhubungan dengan sentuhan fisik yang memberikan rasa nyaman, dapat dikategorikan sebagai bagian dari kehidupan seks yang terpenuhi.


• Mungkin seks memang bukan segalanya, tetapi seks (dalam perkawinan) memegang peranan penting (90 persen) dari sumber frustrasi di dalam suatu hubungan. Bila kehidupan seks di perkawinan Anda tidak terpenuhi, hal ini akan merupakan masalah besar. Di sisi lain, pasangan yang memiliki kehidupan seks yang memuaskan hanya mengalami 10 persen rasa frustrasi.

• HUBUNGAN MESRA TAK BISA MENUTUPI KEKURANGAN PASANGAN


• Tidak ada seorang pun yang sempurna. Sejauh pasangan tidak kasar, kejam, dan perusak, Anda dapat belajar hidup dengannya.

• Daripada memusatkan perhatian pada kekurangan-kekurangan pasangan, ingatlah
kelebihan yang dimilikinya, yang membuat Anda tertarik.

• Hati-hati dalam membedakan antara pasangan yang memiliki perilaku aneh dengan pasangan yang memiliki gangguan yang serius seperti penganiaya dan kasar.

• ADA CARA YANG TEPAT & SALAH DALAM MENCIPTAKAN HUBUNGAN SERASI


• Tidak ada definisi yang tepat untuk menjadi pasangan yang baik ataupun menjadi orang tua yang baik.

• Lakukan apa yang cocok bagi Anda. Bila apa yang Anda atau pasangan lakukan
merupakan prinsip yang sesuai bagi Anda berdua, berpeganglah pada prinsip tersebut

• Jangan kaku terhadap cara yang diperlihatkan oleh pasangan dalam mengungkapkan perasaan cintanya. Bila pasangan mengekspresikan perasaannya dengan cara yang berbeda dengan yang dilakukan kebanyakan orang, tidak berarti cintanya kurang bernilai atau kurang meyakinkan.



JUJUR ADALAH SEGALANYA


• Jangan terjebak dengan pandangan yang mengatakan, bila dapat mengubah pasangan, maka hubungan akan menjadi lebih baik. Anda berdua bertanggung jawab terhadap kerenggangan hubungan.

• Hilangkan pendapat bahwa jatuh cinta berarti menemukan seseorang yang akan bertanggung jawab terhadap kebahagiaan Anda. Anda perlu bertanggung jawab pula terhadap kebahagiaan Anda sendiri.


• Bila hubungan mengalami kesulitan, orang yang paling penting untuk berubah mungkin Anda sendiri. Begitu menyadari perilaku yang tidak baik, Anda dapat memilih untuk menghilangkannya dari kehidupan Anda.***
Related Posts with Thumbnails