Saturday, September 25, 2010

macam besh jer....uuuuuuuu

pas tgok cite RESIDENT EVIL(4 star tok cite nih..best!)..ase nak tgok cite melayu la plak..MAGIKA!

Sebuah filem yang memuatkan pelbagai elemen termasuklah romantik, komedi dan kasih sayang. Itulah genre yang terdapat dalam Magika, sebuah filem terbaru terbitan KRU Studios Sdn. Bhd.

Minggu lalu pihak media telah diberi peluang menyaksikan filem berkenaan di Siam Film Development (SFD), Bangkok, Thailand.SFD adalah pusat penyuntingan dan memproses filem ternama yang sering menjadi tumpuan penerbit-penerbit filem termasuklah Malaysia sebelum ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).Untuk mengulas filem ini secara keseluruhan masih terlalu awal kerana ia akan menemui penonton di pawagam pada Mac tahun hadapan.

Tetapi apa yang pasti ingin disentuh bagaimana Edry selaku pengarah mendapat ilham menghasilkan sebuah filem yang merupakan wadah baru untuk dihidangkan kepada penonton hari ini.Magika sarat dengan pengajaran dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan.Ini kerana elemen muzikal dengan 14 buah lagu yang digabungkan menjadi pelengkap kepada sebuah filem genre sebegini.Ia mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain .Bagaimanapun Ayu bernasib baik baik kerana dia bertemu dengan Bad (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.Magika adalah filem hebat kerana berjaya mengumpulkan lebih 20 artis popular termasuklah M.Nasir, Maya Karin, Ning Baizura, Adibah Noor, Vanidah Imran, Nabil (Raja Lawak) dan Aznil Nawawi.

Mungkin ada yang berkata ini bukan filem muzikal pertama kerana filem Qabil Khushry Qabil Igam juga pernah menampilkan unsur sedemikian.Tetapi tidak kepada sebuah filem yang menampilkan lirik-lirik lagu yang merupakan sebahagian daripada dialog.Malah jumlah lagu yang dimuatkan juga melebihi filem-filem tempatan lain sebelum ini.Lirik yang ditampilkan turut berkait dengan setiap adegan yang dipaparkan seterusnya menjadi pelengkap kepada watak yang ditonjolkan dalam Magika.

Apa yang lebih penting kata Edry, dia mahu membawa penonton melihat sebuah kisah fantasi orang tua-tua untuk ditatap oleh generasi baru hari ini.Contohnya orang tua-tua selalu berpesan agar tidak bermain diwaktu senja, takut nanti disorok bunian.Filem ini membawa penonton melihat bagaimana Malik terjatuh ke dalam perigi buta dan muncul di alam bunian kerana ingkar nasihat bapa yang melarang bermain pada waktu senja.Tambah Edry lagi, hasrat menghasilkan filem ini tercetus apabila dia teringat akan teater muzikal pertama yang ditonton ketika berusia 12 tahun di London berjudul Tommy.

Tambah Edry lagi dalam masa yang sama dia cuba mencari kelainan dalam memperkembangkan karya untuk industri perfileman tempatan agar penggiat filem mampu menghasilkan satu genre filem yang baru.Filem ini juga kata Edry turut menampilkan teknik janaan komputer (CGI) sama seperti filem-filem terbitan KRU lain iaitu Cicak Man I dan Cicak Man II."Lebih menarik saya juga menggunakan watak seperti Mahsuri, Badang, Puteri Gunung Ledang, Pak Pandir, Bawang Putih dan Bawang Merah yang menjadi legenda kepada kita," katanya.Lebih menarik, kebanyakan lagu yang dimuatkan dinyanyikan sendiri oleh para pelakonnya yang menjadi kekuatan kepada filem ini.

Kata Edry, Magika yang dihasilkan dengan kos keseluruhan sebanyak RM2.4 juta itu merupakan satu eksperimen pertama beliau untuk melihat adakah masyarakat Malaysia mahu menerima satu bentuk filem baru hari ini.Bukan untuk kanak-kanak sebaliknya filem ini adalah untuk semua golongan yang bertujuan memupuk perasaan rasa sayang sesama keluarga."Kita memerlukan satu cabang filem yang baru dan saya berharap selepas ini ada penerbit lain akan turut menghasilkan filem muzikal untuk tatapan penonton," katanya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails