Thursday, October 28, 2010

aku da kawen...!




220850

Aku dah kawin skarang.
Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..
Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..
Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.
Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..
Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.
Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??
Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje.
Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang,
dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..
Alamak ni dah angau betol..
Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap.
Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je.
Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2..
Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau,
dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu,
kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje..
Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia
untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke?
Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!
So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..
Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??
Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.
Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!
Aku buntu..
Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..
Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.
Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..
Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..
Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,
Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.
*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?
4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?
Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.
Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”
Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..
Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..
Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

Tuesday, October 26, 2010

surat dari FUTUre wife




Surat Dari Future Wife(s). Lelaki mesti baca.


Pagi yang indah. Kelas tak ada. So, apa lagi yang lelaki bujang macam aku akan buat bila tak ada kerja? Apa? Tidur? Oh sorry sikit yea. Aku tak ada lah malas sangat sampai asyik nak tidur. Okay fine aku memang tidur pun. Sampai pukul 11 baru lah aku bangun. Awal lah juga. Awal dari kebiasaan.

Aku bangun pun sebab ada benda pelik yang berlaku. Kisahnya macam ni;

Masa aku tengah dok tidur tu, aku di kejutkan dengan panggilan someone. Aku terus buka mata dan pick up phone aku.

"Hello...." Aku menjawab telipon.

"Walaikummusalam!" Dengar suara perempuan di hujung talian.

Aku memang nak kasi salam tadi. Tapi... tak sempat.

"You tengah buat apa ni? Tidur ke?"

"Erm.. Yer"

"Asyik tido je tau. Pemalas."

Perh, kerek betul minah ni.

"Siapa ni?" Tanya aku bila tengok nombor dia tertulis Private Number.

"Siapa I? You tanya siapa I? You agak I ni siapa?"

"Mana la I tau" Jawab aku yang tengah mamai.

"I ni, wife you lah. I call dari masa hadapan."

Aku terdiam berfikir.

"Masa bila pula I kahwin? I belajar tak habis lagi."

"Kan I dah cakap yang I call dari masa hadapan. You muda-muda dah pekak."

Perh, sabar je. Sabar je. Tapi tak apa. Aku layan.

Aku terus bagun dari katil. Aku pergi kat meje Fakh, dan ambil rokok. Then baru aku ingat, sejak bila pula aku hisap rokok?

"Hey, kat masa hadapan nanti, I hisap rokok tak?" Aku tanya perempuan kerek tu.

" Haha. Tak. You still macam dulu. Semua benda tak reti. Merokok pun tak reti. Entah apa yang you reti pun I tak tahu"

Aku diam. Terasa sebenarnya.

"Well, I call you sebab I nak suruh you buat sesuatu" Sambung dia.

"Buat apa?" "Check mail box you. I hantarkan surat. Khas untuk you" Selepas dia cakap, terus dia letak phone. Manis betul perangai awek-awek sekarang.

So, aku pergi ke luar rumah dan ambil surat. Aku tengok-tengok. Cantik suratnya. Siap ada kesan bedak lagi. Apa tah letak bedak. Orang main perfume dah sekarang. Mana main bedak lagi. Aku buka dan baca.

*Sila baca dengan nada dan intonasi relax serta bersahaja yea.* Wahai my ONLY future husband. Sorry sebab I hantarkan surat ni kat you. I tulis surat ni adalah sebagai reply kepada surat you yang kerek terdahulu. I tak berniat sebenarnya nak tulis ni. Tapi, apakan daya, you dan kaum you kerek sangat dengan ego masing-masing. Biasalah, boysss. You, I tak nak lah tulis intro panjang-panjang. So, apa kata kalau I direct to the point je yea. First of all, I nak bagi tahu yang I paling paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum you mengurat kaum I. I tak faham. Kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti gunakan ayat;

"Kita macam pernah jumpa lah. Tapi kat mana yea?"

You, bertahun-tahun I hidup balik-balik ayat tu yang I dapat. You ingat perempuan tak bosan ke, you? Cheesy punya pick up line (Ayat mengurat) baik tak payah, you. I rasa semua lelaki gunakan pick up line tu mungkin sebab lelaki zaman you dah tak ada idea nak mengurat dah. So, I memang faham kalau kenapa lelaki zaman you ramai yang tak couple dan kahwin lambat. Sayang, I nak tanya you ni. Lelaki ni memang ada supplier nombor telephone ke? I pelik lah bila tiba-tiba ada orang call I kata nak berkenalan. Entah mana kaum you dapat no telephone I pun I tak tahu. Mesti mintak dengan orang lain. Tak ke you rasa mintak nombor telephone orang lain, dari orang lain adalah satu cara yang tak gentleman langsung? Pula tu, bila call je, kata nak berkenalan. Tak pun cakap nak berkawan. Tapi kan, mana ada lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan. Ni mesti nak mengurat punya lah. Macam lah I tak tahu. Lagi satu kan kan you. I tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang mengurat dia, lelaki tu akan cakap yang perempuan tu jual mahal dan sombong? But then, bila perempuan layan, sesedap hati je cakap yang perempuan ni murah dah mudah melayan. What the hell, you?

Dear ONLY you. Tahukah you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? Bila perempuan tegur and layan lelaki tu dengan baik je, mesti lelaki tu perasan kononnya perempuan tu suka dan nak tackle dia. Padahal perempuan tu just being nice. Can't you boys see that? Can't you? Hunny, you bagi tau lah kat kawan-kawan lelaki you tu. Kasi tau dieorang, kalau betul-betul suka kat someone tu, mengurat lah habis-habis. InsyaAllah kalau niat iklas boleh je dapat. Dan masa nak mengurat tu, tak perlu lah ayat manis-manis. Ayat-ayat manis akan membuatkan kami (perempuan) berasa geli tau. Dan jangan risau lah kalau muka you all (Lelaki) macam longkang ke apa ke. Kita orang (Perempuan) boleh terima sebab kita orang ni bukan macam you all (Lelaki) yang hanya tengok luaran. Pantang nampak perempuan cantik, terus jadi ulat bulu yang berbulu-bulu. Tak guna.

Tapi kalau dah dapat perempuan selepas mengurat tu, tak payah lah nak touch and go. Masa belum dapat, sayang bagai nak gila. Tapi bila dah dapat, buat dono je. Masa tengah mengurat, rasa bahagia je main tarik tali. Tapi bila dah lama couple, rasa bosan. Semuanya sebab lelaki lah; mudah sangat bosan sengan sorang awek. Actually, you guys patut bersyukur sebab perempuan mudah terima segala kekurangan yang ada kat you all. Tapi you all, sibuk nak macam-macam dari perempuan. Lelaki memang mengada-ngada lah. Tak reti bersyukur langsung.

You, kenapa bila some girl tu dah reject some kaum lelaki, dieorang akan berdendam? Kacau pak we perempuan tu lah, stalk lah, apa lah. What? Everygirl in this world loves you? Diaorang kena terima you sebagai BF? Kalau tak you akan rosakkan seluruh hidup dia? You dan kaum you akan berdendam dengan dia kalau dia reject you? Bleeeh. Patut lah kaum you makin pupus. Agak-agaknya kalau kaum you sama banyak dengan kaum I, mesti huru hara dunia ni. Oh, oh. I cakap pasal kaum you tau. I tak cakap pasal you. I tau you baik. Dan setia.

Dear my ONLY husband. Hunny, I harap you jaga sikit mata you tu. I tau yang lelaki suka pandang perempuan. I tak kisah pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang perempuan cantik sebab lelaki memang dasar macam tu. Tapi jangan salah kan I kalau I pun pandang lelaki. Ah, awal-awal lagi I dah tau mustahil you tak kisah kalau I pandang lelaki. You pandang perempuan boleh. Tapi I pandang lelaki tak boleh. Kenapa yea, you? Lagi satu. Kenapa it is okay kalau you borak dengan perempuan tapi bila I borak dengan lelaki je, you kata I curang? I borak sebagai kawan. Tapi you tu lelaki. Gatal. Kalau dah borak, mesti dengan perempuan cantik. Lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil borak-borak tak ada makna. Huh. You, I perasan yang you nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you entah macam apa-apa. Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak tinggal. Nak imam apanya. Doa. Doa apa you reti baca? Doa masuk tandas? You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk tandas tu tak perlulah you lead kan. I pun reti lah.

Hubby. Dalam banyak-banyak benda yang I paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu. Kononnya sayang sangat kat I so you kawin lebih dari satu so I boleh masuk syurga? Oh pehlis larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal. You ingat kaum I tak tahu? Kaum I tahu semua tu you. Kami comel with the brain tau. Sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? Dan you pulak, you teruna tak you?

Akhir kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu, kasi lah cara kretif sket. Ubah sikit teknik tu. Guna kan inovasi dan kretiviti. Hantar lagu ke. Hantar bunga ke. Tengok lah sikit cerita korea tu. Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. Macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw Hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem. Kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak handsome. Tak romantik pula tu. Well you. The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever! Ingat tau nasihat I ni. Nasihat iklas dari your future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I."a279;

Saturday, October 23, 2010

as We grOW Up


As we grow up,

We learn that even the one person

That wasn’t supposed to let us down

Probably will..


You’ll have Your heart broken

Probably more than once

And its harder every time


You’ll breaks hearts too,

So remember,

How it felt when

Someone broke yours

You’ll fight With ur bestfriends

And maybe even fall In love with them

You’ll blame A new love for things

An old one did..


You’ll cry

Because time is passing too fast

And you’ll eventually

Lose someone close to you

So,

Take too many pictures

Laugh too much

Love like you never been hurt

Coz every 60 seconds

You spend angry or upset

Is a minutes of happiness

You will never get back..

Friday, October 22, 2010

inikah SUAMI??

teringat balik masa aku practical di ward 11, ward untuk ibu yang belum bersalin dan dah bersalin. . ada satu new case, baru admit ward, dia tunggu masa nak bersalin, mula rasa sakit sakit untuk bersalin tapi bukaan os dia belum sampai 10cm, kena tunggu sampai 10cm baru boleh bersalin . . kebetulan hari tuh ward memang sesak, kitorang terpaksa buka katil extension, dan ibu tuh terpaksa duduk di katil extension. . sememangnya extension bed sesangat tak selesa . . tapi terpaksa terima juga. . masa admit uh, ibu tuh datang dengan mak mertua dan suaminya, menurut record lepas ibu ni mengandung anak kedua. . jadi aku agak dia dah tahu serba sedikit persediaan untuk menunggun waktu bersalin. .

tengah aku sebokk lalu lalang, sempat pulak telinga ni menangkap butir butir dialog antara si ibu, mertua dan suaminya. .

ibu : mak. . gak agak berapa lama lagi nak masuk labour room?
mertua : entah la, ade la sampai petang. . (dengan nada slumber)
suami : lame lagi la. . skrg baru pukol 10am . .
ibu : mak nak balik dulu ker?
mertua : yelahh. . buat ape nak dok sini ganggu nurse dengan doc buat kerja, dahla sesak nii. .
ibu : abang?
suami : abang pun nak balik jugakk, perut lapar nih. . dari pagi tak makan ape kang tak pasal pengsan kat sini (sambil tersenyum pada student yang cun kat katil sebelah)
mertua : alahh . . nanti dah nak beranak tepon la kat laki kau. . (dalam nada bengang)
ibu : boleh tak abang belikan nasi untuk saya? saya lapar. .
suami : emm. . kejap kejap lagi, hospital kasi la nasikk, kita dah bayar masuk sini. . . bukan free . . (nada menyindir)
mertua : yelahh, lagipun nak beranak mane boleh makan banyak kang payah nak teran. .
ibu : takpelah kalu camtu. . (dalam nada sayu)

ya allah, sakit nya hati dengar ayat mereka berdua, sedangkan ibu perlu makan untuk tenaga bila nak meneran. . bodohnya akal manusia yang mementingkan diri sendiri. . ini ker tanggungjawab suami? yang paling bangang, si mertua yang tua bangka, tak pernah beranak ker? senang je lepas tangan . . si suami lagilah . dah sedap, senang senang je kan. . ishhh. . malas nak mengutuk lame lame. . pape pon, kaum BAPA kalau taknak bertanggungjawab, takyah kawin, biar takde baka teruss. . lelaki cam yang kat atas ni, baka kompem kompem bukan spesis baikk. . huh! ...:::end:::...






Related Posts with Thumbnails