BESUT: Kejadiannya memang aneh dan mungkin ada menganggapnya tidak logik, namun hakikatnya ia benar-benar berlaku sehingga menggemparkan penduduk setempat dan turut menarik perhatian pemimpin masyarakat.
TAK SEDAR...Siti Balqis ditemani ibunya menceritakan kejadian pelik dialaminya.
Antara lokasi itu di tanah perkuburan, di atas pokok, di atas siling dalam rumahnya dan dalam kejadian terbaru kelmarin, Siti Balqis ditemui dalam mesin pembancuh simen berhampiran rumahnya.
Biarpun dikawal rapi keluarganya, gadis itu tetap ghaib apabila individu yang mengawalnya leka atau terlepas pandang beberapa detik saja.
Kejadian misteri itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali yang meminta penduduk mengawal sekitar rumah keluarga Siti Balqis setiap malam, namun usaha itu tetap gagal.
Ramlan berkata, dia simpati dengan keluarga terbabit kerana sudah banyak mengeluarkan wang untuk khidmat bomoh.
  “Saya sendiri sudah membantu mencari bomoh, tapi keadaannya tetap  serupa apabila gadis terbabit tiba-tiba ghaib terutama pada waktu senja  dan tengah malam,” katanya.
  Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47,   berkata, pelbagai usaha dilakukan keluarganya dan jiran untuk  menghalang anak sulung daripada empat beradik itu ghaib, tetapi apabila  tiba waktunya dia tetap hilang.
   “Kejadian   menimpa anak saya memang aneh. Sejak dua bulan lalu  hampir setiap malam dia ghaib dari rumah menyebabkan kami sekeluarga  terpaksa berjaga malam,” katanya.
  Norizan berkata, apabila  ditemui semula, Siti Balqis kebiasaannya berada di lokasi tidak jauh  dari rumahnya seperti di atas siling rumah, atas pokok manggis dan  terbaru dalam mesin pembancuh simen.
 “Pernah sekali dia temui  semula di tanah perkuburan Islam   kira-kira 10 kilometer dari rumah  kami,” katanya sambil memaklumkan keluarganya sudah mendapatkan khidmat   bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mengatasi masalah itu,  tetapi masih gagal.
   Siti Balqis ketika ditanya mengenai  kejadian aneh dialaminya berkata, dia sendiri sukar memberi penjelasan  dan tidak tahu apa sebenarnya  berlaku ke atasnya.
 “Setiap kali  kejadian   berlaku saya tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati  diri saya berada di tempat lain, sama ada di atas pokok atau kawasan  perkuburan.
  “Saya dapat melihat   orang mencari saya, tapi  saya tak berupaya memanggil mereka. Ketika saya berada di kubur dalam  kejadian Ramadan lalu, saya mendengar pelbagai bunyi termasuk suara  orang mengaji al-Quran dan menangis,” katanya.
 

No comments:
Post a Comment