Thursday, March 22, 2012

AKU TIDAK AKAN SUNYI


Apa maksud sunyi?

Sunyi bila tiada yang ada disisi?….
Sunyi bila makan seorang diri,
Sunyi bila tiada orang disekeliling kita?..
Sunyi bila tiada yang pedulikan kita?….

Ermmm….
Sunyi bagi kamu2 semua apa?…
Sunyi tak bila tak da couple?………..

Yups…itu la yang diutarakan oleh seorang sahabat aku….
Dah lama soalan ini ditanyakan…
Tiba-tiba je terasa nak update kat sini…
Satu hari kawan aku tanya..
“Ko ada couple?” tanya dia pada aku.

Dah terang lagi bersuluh. Aku jawab “tak pernah lak kenapa?” sambil terfikir kenapa dia tanya soalan cepu emas ini.
Dengan muka yang terkejut, dia sambung bertanya lagi. “kau tak rasa sunyi ke tak da couple?”
ermm, aku tidak pernah terfikir soalan itu akan diajukan kepada aku, lama aku berfikir. Sebab selama 20 tahun aku hidup tanpa couple, aku tidak pernah fikir pasal sunyi dan alhamdullilah belum pernah lagi terdetik di hati ini menyatakan sunyi sebab tidak bercouple.

Sambil tersenyum aku menjawab “ Alhamdullilah, tak pernah pulak aku rasa sunyi sebab tidak bercouple ini.”

Lalu aku biarkan dia sendiri berfikir sejenak.

Ya Allah SWT sepanjang hidup ini belum pernah aku merasakan sunyi dalam hidup aku. Aku benar-benar bersyukur dengan kemudahan yang telah diberikan kepada aku. Betapa syukurnya aku dengan kasih sayang-Mu kerana kebahagiaan yang telah kau berikan kepada aku. Dalam hati aku berbisik… Aku tidak pernah merasakan apa itu sunyi selagi…


Ada cinta yang teragung yang telah terbentang indah di depan mata..iaitu CINTA dari ALLAH SWT…
Ada KASIH dan RINDU yang terindah dari RASULULLAH SAW…
Ada KELUARGA yang sentiasa menjaga dan mengambil berat perihal diri ini…
Ada SAHABAT yang selalu mewarnai hidup ini Ada GURU yang tidak pernah lelah dalam mencurahkan ilmu…

Dan insyallah aku tidak akan merasai sunyi kerana…
CINTA dari ALLAH SWT akan kekal terbentang luas untuk hambnya..
Kasih dan rindu Rasulullah SAW tidak akan pernah padam walau seketika untuk umatnya..
Aku hanya punya keluarga ini sahaja untuk seumur hidup ini, mereka lah akan sentiasa mengambil berat akan diri ini… Sahabat yang aku miliki akan sentiasa ada di saat susah dan senang aku..
Setiap masa akan sentiasa ada guru yang memberikan ilmu..
bukan sahaja manusia tetapi pengalaman juga kan menjadi guru buat diri ini…

Akan datang, insyallah akan hadir seorang yang akan menjadi pemimpin dalam hidup ini. Jodoh aku, yang akan menjadi halal buat diri ini. Dia juga akan tidak membiarkan hidup ini sunyi. Selagi aku menjadi yang halal untuknya.

Amin. Mudah-mudahan…

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails