Tuesday, March 6, 2012

Selagi belum sah, dia BUKAN JODOH..

Entry ni mungkin akan mengguris perasaan sesetengah pihak.
So read at ur own risk. Heh.



Di kalangan rakan seperjuangan, mungkin akulah yang paling awal mendirikan rumahtangga. Umur 22 tahun. Dan mungkin sebab tu jugak aku selalu jadi tempat rujukan rakan-rakan lain dalam soal perhubungan ni.
Terus-terang aku cakap, walaupon dah nak masuk 7 bulan aku kawen, aku masih dalam proses menyesuaikan diri. Banyak lagi benda baru yang aku kena belajar.
Banyak sangat.



So kalau orang mengadu kat aku pasal masalah percintaan diorang pon, aku cuma mampu dengar dan bagi encouragement sebagai seorang kawan.
Kalau nak aku solve masalah, sesungguhnya aku tak mampu.



Sebelum ni aku pernah buat entry pasal kawan aku, Cik M yang baru putus cinta and datang mengadu kat aku. Korang boleh la baca.



Dan dua hari lepas, aku dapat SMS dari sorang lagi kawan aku. Kali ni lelaki.
Nama dia Davy Jones (bukan nama sebenar).
Nama awek dia, Paris Hilton (bukan nama sebenar).

So ni SMS dari Davy Jones yang aku terima:

Salam. Jiji, kau ape cer? Fifi amacam? Ok?



Aku reply:

Okay. Sihat.. bla..bla..Apsal tetiba je msg aku nih? Ada good news ke?



Davy Jones reply balik:

Banyak la kau good news. Masalah ade la. Paris Hilton desak aku la. Dia nak kawen. Aku ajak dia tunang dulu tapi dia taknak. Dia nak kawen jugak. Bengang giler aku weh. Dia tu tak paham aku la. Aku dah la baru je keje. Belum stabil lagi. Aku nak beli rumah. Nak beli kereta. Kau lain lah family boleh tolong. Aku kena cari duit dulu nak kawen. Tapi Paris Hilton taknak paham. Dia desak aku, dia mintak clash doh. Dah 5 tahun kitorang kapel wei..Senang-senang je dia wat taik..Aku ni nampak je gengster, tapi dalam hati ada taman. Haha




Hmmmm..so ape pendapat korang dengan situasi yang dihadapi oleh Davy Jones dan Paris Hilton tadi?
Untuk pengetahuan korang, Davy Jones ni kawan aku masa degree dulu. Sebaya dengan aku (23tahun). Sebaya jugak lah dengan Paris Hilton yang aku pernah kenal masa Matriks dulu. Memang cun orangnya, tapi agak Queen Control.



Ape-ape pon, bagi aku lah kan...



1) Kau bercintalah lama mana pon, 10 tahun ke doploh tahun ke.. Perkahwinan tu tetap akan jadi sesuatu yang baru. Kau tetap kena siapkan diri, mental, ilmu untuk tempuhinya. Kau jangan ingat kau dah bercinta sakan, kau dah kenal dia 101%! Memang kau silap. Bercinta is just the SURFACE! Berkahwin is something DIFFERENT yang kau takkan faham, selagi kau tak kawen.



2) Kenapa kena mendesak bagai, sedangkan Jodoh tu dah ditentukan sejak azali. Ye betul, memang kena berusaha untuk ketemu jodoh, tapi bukan dengan mendesak! Bagi aku, jodoh tu akan tiba just at the right time and place! By the time jodoh dah sampai, segalanya pasti dipermudahkan olehNya.



3) CINTA sahaja tak cukup untuk dijadikan modal untuk kawen. Aku taknak cakap pasal duit. Tu terpulang kepada pendapat masing-masing. Tapi aku lagi suka guna term nafkah. NAFKAH ZAHIR DAN BATIN. Kau dah ready ke? Mampu sediakan tempat tinggal? Makan pakai anak bini? Mampu imamkan isteri waktu solat? Fikirkan.. bukan bakal suami je kena fikir, si isteri juga.. Kena faham.



4) Selagi kau belom kawen, si dia belum dikatakan JODOH. Baguslah kalau kau dah "niat" nak sunting si dia sebagai isteri/suami satu hari nanti. At least niat kat situ suci dan ikhlas.TAPI! Kau kena faham, semua tu belum pasti. Yang menentukan ialah Tuhan. Bukan kau. So selagi belum ada ape-ape ikatan, bersedialah atas semua kemungkinan.. MUNGKIN DIA BUKAN JODOH KAU..ADA YANG LEBIH BAIK.



5) Kenapa nak bermati-matian sangat masa bercinta? Sampai makan diri? Bukan ke CINTA tu sepatutnya sesuatu yang indah. Dah tu kenapa kena sacrifice segalanya masa bercinta sampai kau menderita? Islam sendiri tak suka susah/menyusahkan. JODOH tu SEBENARNYA MUDAH. Kau kena yakin.



6) Aku rasa umur 23 tahun untuk seorang lelaki yang sederhana nak mengakhiri zaman bujang adalah sangat awal. Macam yang Davy Jones cakap tadi, dia baru je mulakan kerjaya dia. So belum cukup mampu untuk berkahwin. Laki aku sendiri kawen umur 27. Tapi bab-bab umur ni terpulanglah jugak kan. Yang penting MAMPU. Paris Hilton tu pon sepatutnya faham keadaan ni. Dia patutnya lebih membantu/bagi sokongan instead of mendesak. Kalau sekarang pon dah macam tu perangainya, lepas kawen apatah lagi. Lebih banyak hal yang perlukan persefahaman macam ni.




Aku cuma mampu harapkan yang terbaik buat Davy Jones dan Paris Hilton.
Sebab kedua-duanya kawan aku.
Sama ada berpisah atau masih bersama, aku harap dua-dua kuat dan teruskan hidup.
This is not the end of the world.
Tuhan akan bagi hujan dulu, sebelum Dia bagi pelangi.
Aku yakin lepas ni korang pasti lebih matang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails