Assalamualaikum w.b.t.
entry kali ni bukan bertujuan untuk menyakitkan ati mane2
pihak lebih2 lagi peminat fanatik K-pop tetapi sekadar pandangan peribadi dan juge menyentuh isu2 semasa..
korang ingat x mase kite kecik2 dulu (awal 90 an) zaman tu K-Pop xmuncul lagi..tapi kumpulan nasyid dan juga lagu2 nasyid memang femes..
Sepohon Kayu - Kumpulan Saujana,
Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya..
dari budak2 kecik sampai la mak2 dan jugak pangkat datuk dok menyanyi lagu ni. dan secara tidak langsung lagu tersebut memberi nasihat dan juga menyeru kite2 yang mendengar ni menunaikan solat..sebab takut dengan siksaan yang dinyatakan didalalam lagu tersebut.
Dan jugak kumpulan nasyid yang femes dengan lagu
Demi Masa - Raihan.
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Bile dengar lagu tu,bawu la aku tau sebenarye lirik lagu tu merupakan terjemahan Surah Al-Asr..yang menyeru umat islam supaya menghargai masa dan beramal soleh.
Tapi,bile zaman da berubah ni..lagu2 nasyid seolah2 tenggelam dek arus zaman. nak dengar lagu nasyid dekat radio pun semput2 aje.. kalau ade pun lepas azan.. tapi kalau lagu K-Pop 24 jam ade..haha! x dinafikan aku jugak peminat lagu2 korea tetapi tidak la terlalu fanatik.walaupun sepatah haram aku x faham maksud lagu die tapi nak jugak dengar..
antara lagu yang bermain di bibir remaja malah kanak2 berusia 3 taun mase kini.
malangnya pengaruh K-Pop ke negara kite memberi impak yang besar..terlalu banyak pengaruh negatif berbanding positif. sampai ke satu tahap untuk menghadiri konsert sahaje seseorang itu sanggup mengeluarkan ratusan ringgit,x dtambah lagi dengan poster2,aksesori dan sebagainya.
Hiburan yang berlebihan umpama meneguk air laut.
Makin diteguk makin terasa dahaganya.
Air laut itu pun tak mampu nak hilangkan dahaga.
Yang membuat aku tergelak bile ade artis2 malaysia sanggup 'copy n paste ' gaya serta cara pemakaian yang secara terang terangan bertentangan dengan hukum agama..nauzubillah. (demam k-pop punye pasal)
Satu yang menarik untuk disedari dan dihayati,hiburan dalam Islam diperlukan hanya dalam kuantiti yang sedikit.Maknanya umat Islam tidak memerlukan Hiburan dalam kuantiti yang banyak apatah lagi berlebihan..
kat bawah ni ade satu video yang agak menarik untuk tontonan umum..
No comments:
Post a Comment